Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live

Tokong Cina Menyerupai Masjid Di Klang Dirobohkan

$
0
0
[Image: image.jpeg]
ANGGOTA pejabat tanah daerah dan MPK merobohkan tokong Cina.-UTUSAN ONLINE

KLANG 31 Jan. - Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengambil tindakan merobohkan tokong Cina menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini pada pukul 9 pagi tadi.


Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pembinaan tokong Cina itu dilakukan di atas tanah milik kerajaan.


“Pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun Baharu Cina tetapi gagal berbuat demikian. Oleh itu, kita telah membantu pejabat tanah daerah Klang merobohkannya binaan tokong Cina ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin, tindakan tidak bertanggungjawab individu bukan beragama Islam telah membina sebuah tokong Cina menyerupai masjid itu telah menimbulkan kemarahan penduduk.


Tokong yang siap dibina Jumaat lalu itu bukan sahaja dicat dengan warna hijau dan kuning, tetapi lengkap dibina dengan kubah serta bulan sabit yang kebiasaannya menjadi simbol bagi sesebuah masjid. - Utusan

Ron95 Naik 15 Sen Malam Ini?

$
0
0


[Image: pam_minyak_1485846512.jpg]

Kuala Lumpur: Kenaikan harga runcit petrol RON95 bagi Februari dikatakan sebanyak 15 sen manakala RON97 dan diesel naik 5 sen dan 20 sen, bermula tengah malam ini tular sejak pagi tadi.



Namun Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, perkara itu belum dapat disahkan lagi.

Khairul Annuar berkata, penentuan harga minyak di pam kebiasaannya dibuat berdasarkan harga sebenar pasaran oleh kerajaan.

“Kenaikan yang tular di laman sosial termasuk WhatsApp itu mungkin logik namun tidak semestinya tepat. Nilai sebenar kenaikan harga minyak di pam itu hanya akan diumumkan malam ini selepas mendapat maklumat rasmi saja,” katanya.

Berdasarkan spekulasi itu, harga bagi RON95 naik kepada RM2.25 berbanding RM2.10 seliter sebelum ini.

Harga RON97 pula naik kepada RM2.45 berbanding RM2.40 seliter manakala diesel ialah RM2.25 seliter berbanding RM2.05 seliter. - Metro

Budak Jalan Mengundur Jatuh Dalam Periuk Berisi Air Panas

$
0
0
[Image: image.jpg]
Mohd Aizul Aiman yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas terjatuh ke dalam periuk berisi air panas di sebuah rumah kenduri.

KULIM - "Tok wan pernah jatuh macam ini tak?," tanya kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Mohd Aizul Aiman Mohd Khairul Nizam yang melecur hampir seluruh badan akibat terjatuh dalam periuk berisi air panas.

Menurut datuknya, kanak-kanak malang itu, Seha Zain, 54, tragedi hitam yang menimpa cucunya itu berlaku pada Sabtu lalu ketika berada di rumah kenduri.

"Ketika itu saya bawa dua orang cucu berusia lapan tahun dan enam tahun datang ke rumah kenduri ini untuk membantu memasak.

"Saya sudah pesan dekat cucu-cucu, banyak kerja nak kena buat. Kira-kira jam 1 tengah hari saya berehat sambil berbual dengan orang kampung di bahagian dapur tempat orang bergotong royong memasak cucu pun ikut sekali.

"Tiba-tiba sahaja orang depan saya menjerit beritahu cucu sudah terjatuh ke dalam periuk air panas yang tengah dijerang dalam keadaan pinggulnya terendam ke dalam air,"katanya.

Katanya, tanpa berfikir panjang dia terus berlari mendapatkan cucunya yang hanya berjarak dua meter dari tempatnya berada dan bawa ke paip air untuk dijirus.

"Saya terkejut dan tak dapat nak fikir apa-apa terus jirus cucu saya dengan air paip. Saya buka seluar panjang yang dipakai cucu dan nampak kulit dibahagian pinggul dan kaki luruh," katanya.

Tambahnya, orang kampung yang ada di situ turut menasihati supaya cucunya terus di bawa ke hospital dengan segera.

"Ada orang kampung ajak saya cepat-cepat ke hospital, bila dalam perjalanan cucu sempat bertanya adakah saya pernah alami nasib yang sama sepertinya," katanya.

Seha juga berkata, cucunya telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan pemulihan kulit.

"Sekarang cucu ada di Hospital Pulau Pinang, esok (hari ini) saya difahamkan dia akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kulitnya,"katanya.

Selain itu, katanya orang kampung yang melihat kejadian berkenaan memaklumkan punca cucunya itu terjatuh ke dalam periuk berisi air panas itu ialah apabila Mohd Aizul secara tiba-tiba berjalan mengundur ke belakang dan mengelak meja.

"Dia dok nak bergurau dengan adik dan berjalan mengundur kebetulan ada meja, dia cuba elak meja sebelum terjatuh ke dalam periuk itu,"katanya. - Sinar

Putera Arab Saudi Beli 80 Tiket Kapal Terbang Untuk Burung Helang Miliknya

$
0
0
[Image: helang.ashx?w=620&h=413&crop=1&]
Gambar yang menjadi tular di internet dan menimbulkan kekecohan di Reddit. -foto Reddit

[Image: falcons-1.jpg]

ARAB SAUDI - Mustahil untuk kita membawa 80 ekor burung pemangsa menggunakan kapal terbang, kecuali anda seorang Putera Arab Saudi yang mampu menyewa pesawat untuk tujuan itu.

Kejadian ini bukan lagi mustahil selepas gambar berpuluh-puluh ekor burung sedang bertenggek di tempat duduk penumpang sebuah pesawat menjadi tular.

Gambar itu disiarkan di reddit oleh pengguna bernama 'lensoo', yang berkata ia telah dihantar kepada mereka oleh 'seorang rakan kapten'.

Reddit user lensoo, “My captain friend sent me this photo. Saudi prince bought ticket for his 80 hawks.”

Pengguna itu berkata 80 ekor helang itu telah dibawa masuk ke pesawat dengan sayap mereka diikat supaya mereka tidak boleh terbang.

Burung-burung itu dipercayai berada dalam penerbangan Qatar Airways tetapi ia tidak dapat disahkan.

Ia menimbulkan kekecohan di laman sosial, dengan ramai orang mempersoalkan dakwaan 'lensoo' sama ada benar ia adalah burung helang atau Falcon (helang kecil).

Pengangkutan burung Falcon menggunakan syarikat penerbangan di Timur Tengah agak biasa, dengan Qatar Airways membenarkan sehingga enam ekor burung jenis ini diangkut dalam kelas ekonomi, dengan harga antara £90 hingga £500 bagi setiap ekor burung bergantung kepada destinasi.

Difahamkan burung-burung ini sering diangkut untuk perburuan, dengan kerusi diperuntukkan dan mereka diletakkan di atas kain untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Etihad juga memperuntukkan pengangkutan untuk burung-burung dan kenyataan di laman webnya menyatakan bahawa: "Kami menerima pengangkutan burung Falcon dalam kabin pesawat utama dengan syarat semua dokumen yang diperlukan telah diperolehi. Kami juga menerima burung Falcon sebagai bagasi berdaftar."

Burung Falcon adalah salah satu simbol Emiriah Arab Bersatu dan mereka layak mempunyai pasport sendiri untuk perjalanan udara, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memerangi penyeludupan.

Bagaimanapun, gambar yang jarang-jarang dapat dilihat ini mendapat pelbagai reaksi.

Seorang pengguna berkata: "Bagi mereka yang tertanya-tanya, mungkin ini salah seorang kerabat diraja dari negara teluk yang mahu pergi memburu.

"Jika anda sering terbang dengan Etihad, Emirates atau Qatar, anda akan dapat melihat seseorang terbang di kelas pertama dengan burung Falcon duduk di sebelah mereka.

"Mereka mempunyai pasport sendiri supaya mereka boleh melakukan perjalanan untuk memburu dan ada undang-undang khas di negara-negara teluk untuk mengelakkan diskriminasi terhadap burung Falcon." - MStar

Aiskrim Nasi Lemak Hasil Air Tangan Amoi

$
0
0
[Image: melissa.ashx?w=620&h=413&crop=1&]
Penjual 'aiskrim nasi lemak' Melissa Tan Chia Hui, 25, menunjukkan hidangan yang dihasilkannya menggunakan jenama Skream Softserve di Cafe Diem di Jalan Penjara Lama, Pekan Cina, Selasa. 
Hidangan itu mengandungi telur puyuh, kacang, ikan bilis, sambal tumis, timun, serai dan ais krim perisa santan.
 Produk unik itu berjaya mendapat sambutan menggalakkan.

ALOR SETAR: Nasi Lemak Aiskrim, bunyinya kedengaran agak janggal dan pelik namun makanan kegemaran rakyat Malaysia ini berjaya diinovasikan oleh seorang gadis, yang menghasilkan aiskrim perisa nasi lemak.

Melissa Tan Chia Hui, 25, lulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dari Universiti Middlesex, London nekad meninggalkan kerjaya sebagai pereka grafik di sebuah syarikat di Pulau Pinang, untuk menghasilkan produk jenama sendiri, 'Skream Softserve'. 

Melissa yang juga penggemar nasi lemak, berkata tujuannya menghasilkan makanan itu adalah bagi menyuntik inovasi baharu terhadap makanan tradisi Melayu itu yang turut diminati oleh pelbagai kaum di negara ini. 

"Bukan kerana gimik atau ingin mendapatkan perhatian malah jauh sekali ingin digelar hipster.

"Matlamat saya ialah untuk menghasilkan perisa yang lazat, orang ramai akan menyukainya dan mereka akan berkata, 'oh ini benar-benar aiskrim perisa nasi lemak'.

"Bagi memastikan menu ini adalah tulen dan merupakan menu istimewa dari kampung halaman kami, saya jadikan ia lebih bersifat tempatan, semua kaum boleh makan," katanya ketika ditemui Bernama di Kafe Diem, di Jalan Penjara Lama, Pekan Cina di sini. 

Walaupun namanya Nasi Lemak Aiskrim, namun ia dihidangkan tanpa nasi, dan di atas aiskrim itu akan ditabur dengan bahan utama yang terdapat pada menu nasi lemak seperti kacang tanah, ikan bilis, sambal, telur (telur puyuh) dan timun.

Melissa berkata aiskrimnya dihasilkan menggunakan perisa serai dan santan kelapa dan apabila dijamah, rasanya tidak ubah seperti nasi lemak yang sebenar.

"Kesemua bahan-bahan ini saya hasilkan sendiri dan kesemuanya adalah segar tanpa bahan pengawet atau kimia, saya ambil masa tiga bulan untuk buat kajian terlebih dahulu dan belajar menghasilkan nasi lemak sendiri. 

"Perkara paling sukar saya nak hasilkan ialah sambal, sebab saya perlu buat sambal kering yang ada rasa pedas kerana sambal yang terlalu berminyak tidak sesuai jika dicampurkan bersama aiskrim," katanya. 

Melissa baru sahaja seminggu memulakan perniagaan di kafe tersebut yang merupakan kolaborasi beliau dengan pemilik kafe itu yang menghidangkan kek dan pelbagai jenis kopi.

"Pada hari pertama saya memulakan jualan, saya berjaya menjual 30 cawan aiskrim nasi lemak, bagaimanapun semalam saya berjaya menjual 144 cawan (harga satu cawan RM10)," katanya dan menambah, permintaan semakin meningkat selepas cuti Tahun Baharu Cina. 

Jelasnya beliau sama sekali tidak mengambil hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial kerana menurutnya, ia merupakan ruang untuk beliau memperbaiki kelemahan.

"Ramai yang kata saya macam-macam, kerana hasilkan idea seperti ini tapi saya tidak kisah kerana saya tahu ini adalah satu daripada cabaran untuk saya berjaya.

"Ada yang kata saya tidak waras, ada yang kata rasa makanan ini mungkin meloyakan, tapi apa kata, cuba dulu baru mereka boleh tahu rasanya," katanya. 

Melissa turut berhasrat untuk mewujudkan perniagaan francais atas jenama sulung beliau itu dan berharap agar Tahun Ayam pada tahun ini mampu membawa lebih banyak tuah dan kejayaan pada dirinya. -- Bernama/Mstar

Suami Isteri Leftenan Komander Tldm Mengaku Terima Rasuah

$
0
0
[Image: TLDM_1485849590.jpg]
Rizalman dan Rozlin masing-masing dikenakan hukuman penjara sembilan bulan dan enam bulan serta denda keseluruhan RM100,000 kerana rasuah. FOTO Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang juga suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, terhadap tuduhan pilihan kerana menerima rasuah pada 2014 dan 2015.

Leftenan Komander Rizalman Ghazali, 38, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 28 (1) © Akta SPRM 2009 iaitu menerima benda berharga keseluruhan RM420,852.

Isterinya, Leftenan Komander Rozlin Mustafa, 35, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima benda berharga keseluruhan RM230,011.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan pasangan terbabit yang mempunyai dua anak di Persiaran Venice Intan 5/1, Desa Seri Manjung, Seri Manjung, antara Oktober dan Disember 2014 serta Januari 2015.

Hakim S Indra Nehru menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara terhadap Rizalman bagi setiap pertuduhan yang dijalankan serentak bermula hari ini serta denda RM20,000 bagi setiap pertuduhan yang jika gagal dibayar dikenakan penjara tiga bulan.

Rozlin dikenakan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan yang turut dijalankan serentak bermula hari ini dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan serta penjara tiga bulan jika gagal bayar.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nur Azah Kasran manakala pasangan terbabit diwakili peguam Leftenan Komander (B) Norhasham Hasan dan Shahril Adli Zain. - Metro

Viral Honda Civic Dirempuh Keretapi Gara-gara Salah Parking

$
0
0




[Image: langgarkargo1.jpg.transformed.jpg]
KERETA yang dilanggar kereta api kargo di Klang semalam.

SHAH ALAM: Akibat tidak mengikut larangan meletak kereta, seorang lelaki mengalami kerugian apabila kenderaan jenis Honda Civic miliknya dilanggar kereta api kargo, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pelabuhan Selatan itu, pemilik kereta berkenaan, seorang lelaki berusia 56 tahun, meletakkan kenderaannya di dalam kawasan larangan meletak kenderaan kira-kira jam 9.30 pagi, sebelum ke Pulau Ketam.

Katanya, pada jam 10 pagi, pekerja operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menyedari kereta berkenaan diletakkan berdekatan dengan landasan kereta api, segera mencari pemiliknya, namun gagal.

"Pada jam 12 tengah hari, Polis Bantuan KTMB dan orang awam cuba mengalihkan kereta itu ke tengah jalan memandangkan sebuah kereta api dijadualkan melalui landasan itu pada jam 1 tengah hari.

"Namun, pada jam 1 tengah hari, ketika sebuah keretapi kargo melalui landasan berkenaan, ia bergesel dengan bahagian kiri belakang kereta itu. Selepas kejadian itu, pemandu lokomotif bertindak membuat laporan polis," katanya.

Alzafny berkata, siasatan awal mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, mendapati kereta itu diletakkan di kawasan pagar diturunkan untuk memberi laluan kepada kereta api.

"Video kejadian tersebar dalam laman sosial Facebook. Pemilik kenderaan hanya menyedari mengenai kejadian itu selepas pulang dari Pulau Ketam pada jam 4 petang semalam dan kemudian membuat laporan polis," katanya.

Difahamkan, pemilik kereta itu boleh dikenakan kompaun antara RM1,000 dan RM5,000 jika sabit kesalahan. - BHarian

Februari 2017: Harga Ron95, Ron97 Naik 20 Sen

$
0
0
[Image: 2013_Toyota_Vios_fuel_test-001-e14189632...00x742.jpg]

Well, turns out the fuel price hike rumour was fake after all – the price of RON 95 will not see a 15 sen hike for February 2017.

Instead, it will go up by 20 sen. That’s right, confirmed fuel prices have been announced, and they’re even higher than expected.

For the month of February 2017, RON 95 will be priced at RM2.30 per litre (up 20 sen compared to January 2017), RON 97 at RM2.60 per litre (up 20 sen), diesel at RM2.15 per litre (up 10 sen) and Euro 5 diesel at RM2.25 per litre (up 10 sen).

Just to put it all into perspective, RON 95 was priced as low as RM1.70 per litre as recently as September 2016. That’s a massive 60 sen jump in just five months.

Well anyway, Happy Chinese New Year, everyone. - paultan

Ranau Gegar 3.4 Magnitud Selama Lima Saat

$
0
0
[Image: 31117met1_1485863566.jpg]
GEMPA bumi lemah yang dikesan. FOTO Jabatan Meteorologi Malaysia

Ranau 31 Jan: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berpusat di Ranau dan gegaran kecil turut dirasai penduduk sekitar, 3.44 petang tadi.

Gegaran yang berlaku kira-kira lima saat itu turut mengejutkan orang ramai yang berada di dalam bangunan sehingga menyebabkan mereka terpaksa keluar dari bangunan sebagai langkah keselamatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau Jimmy Lagung berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian bencana alam berkenaan.

"Setakat ini tiada sebarang insiden kecemasan atau kerosakan berlaku sekitar Ranau susulan gempa bumi terbaru ini.

"Bagaimanapun, JBPM dan beberapa agensi keselamatan lain akan sentiasa bersiap siaga berdepan sebarang kecemasan sekiranya berlaku gegaran yang boleh mengancam keselamatan awam dan harta benda di sini,” katanya ketika dihubungi, hari ini. - Metro

Punca Lantai Masjidilharam Sentiasa Sejuk Terbongkar

$
0
0
[Image: 31hmmarble_cropped_1485902488.jpg]
GAMBAR hiasan, pemasangan marmar di sekitar Masjidilharam. - Agensi

Makkah: Bagi mereka yang pernah menunaikan umrah atau haji sudah pasti akan menyedari mengenai kesejukan pada lantai marmar di Masjidilharam dan sekitar Kaabah di Makkah.

Ramai yang menyuarakan pendapat masing-masing di sebalik kesejukan lantai berkenaan, walaupun ketika cuaca panas melanda bandar suci itu.

Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang tertarik dengan perdebatan mengenainya, baru-baru ini mendedahkan punca sebenar lantai di masjid berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, majlis berkenaan berkata: “Alasan sebenar ialah marmar yang kami gunakan. Kami mengimport marmar Thassos dari Greece yang mampu melantunkan sinar matahari dan mengurangkan haba panas.”

Ia juga menyangkal dakwaan kononnya lantai di Masjidilharam sejuk kerana terdapat paip air sejuk dipasang di bawah lantai marmar. - Agensi/Metro

Budak Derita Kanser Sebesar Bola Sepak Pada Mata

$
0
0
[Image: 01hmmatab1_cropped_1485902771.jpg]
KETUMBUHAN sebesar bola sepak pada mata Shehzadi. Sebelahnya, bapanya, Ali. - Agensi

[Image: 0fgjhs1t8468k6u61o.31ea2db4.jpg]

Islamabad: Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun yang buta sebelah mata kerana kanser kini berisiko maut jika tidak mendapat rawatan dalam masa terdekat.

Shehzadi mula mengalami bengkak pada mata kirinya ketika berusia lapan bulan.

Doktor di kampungnya tidak mampu merawat ketumbuhan itu menyebabkan ia semakin membesar sehingga akhirnya dikenal pasti sebagai kanser mata.

Ketumbuhan itu dibuang tetapi kembali tumbuh, malah membesar sehingga sama saiz dengan bola sepak.

Ibunya Musammat Jahan, 50, berkata: “Tidak tahulah jika dia boleh melihat lagi selepas ini. - Metro

Sekolah Di China Benarkan Pelajar Pinjam Markah Untuk Lulus Periksa

$
0
0
[Image: grade-bank-china2-600x448.jpg]
[Image: grade-bank-china3-600x403.jpg]
Photo: Nanjing No 1 High School/Facebook

[Image: grade-bank-china-600x450.jpg]
Photo: Nanjing No 1 High School/Facebook

BEIJING 31 Jan. - Sebuah sekolah menengah di Nanjing mewujudkan sistem ‘bank gred’ unik yang membolehkan pelajar ‘meminjam’ markah untuk lulus dalam peperiksaan dan sebelum ‘membayarnya’ semula pada ujian berikutnya.

Menurut portal Oddity Central, inisiatif berkenaan diwujudkan oleh Sekolah Tinggi No. 1 Nanjing dalam usaha mengurangkan tekanan serta persaingan sengit yang sering dihadapi pelajarnya melalui sistem pendidikan berasaskan peperiksaan.

Sistem inovatif yang diper*kenalkan tahun lalu itu membantu pelajar menambah markah bagi mana-mana mata pelajaran yang gagal, tetapi seperti juga bank sebenar, penggunanya perlu membayar ‘pinjaman’ tersebut mengikut waktu yang ditetapkan bersama faedah.

Pelajar perlu berusaha keras untuk mendapatkan markah tambahan dalam peperiksaan seterusnya namun terdapat juga guru-guru membenarkan anak muridnya membayar balik hutang mereka dengan menjalankan eksperimen makmal atau memberi ucapan umum manakala mereka yang gagal berbuat demikian akan disenarai hitam.

Guru fizik di sekolah ber*kenaan, Mei Hong berkata, bank gred itu diilhamkan oleh pihak pengurusan untuk menawarkan peluang kedua kepada pelajar selain mendorong mereka untuk berusaha lebih keras dalam semua mata pelajaran.

“Perbezaan antara 59 dan 60 markah adalah sangat tipis tetapi menentukan sama ada pelajar itu gagal atau lulus, sekali gus memberi impak yang besar kepada emosi dan gred keseluruhan mereka.

“Dengan adanya bank gred ini, pelajar dibenarkan meminjam satu markah berharga yang diperlukan untuk lulus selagi mereka bersetuju untuk ‘membayar’ kembali berserta ‘faedahnya’,” jelasnya.

Guru Besarnya, Kan Huang berkata, bank gred tersebut adalah sistem perintis yang hanya disediakan untuk 49 pelajar kelas khas gred 10 dan sehingga awal bulan ini, 13 daripada mereka telah membuat pinjaman markah daripada bank itu. - Utusan

3 Rakyat Itali Ditahan Seludup Peluru Berpandu, Helikopter Tentera

$
0
0
[Image: image.jpg]
[Image: rocket-attacks.jpeg]
Kumpulan ini didakwa menyeludup peluru berpandu, helikopter tentera dan kereta kebal ke Libya dan Iran. - Foto hiasan

ROME 31 Jan. - Seramai tiga orang termasuk seorang wanita tempatan ditahan pihak berkuasa selepas didapati terlibat dengan aktiviti penyeludupan peluru berpandu dan helikopter ke Iran dan Libya antara tahun 2011 sehingga 2015 hari ini.

Jurucakap polis dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka ditahan atas akta pelanggaran sekatan antarabangsa kerana mengeksport peralatan industri mempunyai yang digunakan untuk tujuan ketenteraan dan awam tanpa mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Itali.

“Antara yang ditahan termasuk seorang ahli perniagaan berusia 51 tahun yang memiliki sebuah syarikat membaiki helikopter dan pasangan suami isteri.

“Kita masih lagi memburu seorang lagi suspek warganegara Libya yang turut terlibat dalam aktiviti ini,” kata kenyataan itu.

Kumpulan ini didakwa menyeludup peluru berpandu, helikopter tentera dan kereta kebal ke Libya dan Iran. -REUTERS/Utusan

Pengasas Permainan Video Pac Man Meninggal Dunia

$
0
0
[Image: pacman-father.jpg?w=650]
[Image: pacman.ashx?w=620&h=413&crop=1&]

LOS ANGELES: Perintis hiburan arked yang mempelopori permainan video popular 'Pac-Man', Masaya Nakamura meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Beliau mengasaskan syarikat permainan video gergasi Namco dan untuk tempoh 10 tahun, Namco juga menjadi pemilik syarikat filem Nikkatsu.

Kematian Nakamura direkodkan lebih dari seminggu yang lalu, iaitu pada 22 Januari 2017. Tetapi ia hanya diumumkan oleh Namco pada Isnin di laman webnya yang berbahasa Jepun.

Belajar di universiti teknikal di Yokohama, Nakamura dilaporkan mengasaskan Namco pada tahun 1955 sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan kuda mekanikal di atas bumbung sebuah pusat beli-belah.

Selepas Namco digabungkan dengan sebuah lagi firma permainan Jepun, Bandai untuk membentuk Namco-Bandai (kemudian Bandai Namco) pada tahun 2005, Nakamura mengekalkan kedudukan kehormatnya.

Beliau juga telah diberikan anugerah Order of the Rising Sun, oleh kerajaan Jepun untuk perkhidmatan beliau kepada industri.

Pac-Man, yang kelihatan seperti sebiji pizza yang sudah dimakan sepotong, dicipta oleh Toru Iwatani dan mula dijual sebagai permainan yang dikendalikan oleh duit syiling pada tahun 1980.

Ia telah berkembang ke permainan konsol sebelum barangannya dijual secara besar-besaran, dijadikan siri TV, taman tema dan filem.

Namco juga membeli Nikkatsu pada tahun 1993, sebuah studio filem tertua di Jepun yang pernah terkenal dengan pink-Eiga (genre lucah). - MStar

Perogol Dari Malaysia Dipenjara 24 Tahun Di Kanada Dijangka Pulang Minggu Ini

$
0
0
[Image: Selva-Kumar-Subbiah.jpg]
Selva Kumar Subbiah sudah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun, dan dijangka pulang ke Malaysia hujung minggu ini.

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia yang disabitkan melakukan jenayah seks terhadap 30 wanita di Kanada lebih 2 dekad lalu akan ditemani 3 pengawal semasa dihantar pulang ke Kuala Lumpur hujung minggu ini, menurut media Kanada.

Selva Kumar Subbiah, kini berusia 56, memberitahu sesi pendengaran pihak berkuasa sempadan Kanada, dia sudah bersedia pulang ke Malaysia.

“Saya bersedia berlepas, tuan,” katanya pada sesi dipengerusikan Andrew Laut, Isnin lalu.

Pada sesi itu, peguam berkata Subbiah dipercayai turut menyerang beratus-ratus wanita lain.

“Sejumlah 500 hingga 1,000 wanita mungkin diserang,” kata Naima Karimullah, peguam mewakili Agensi Khidmat Sempadan Kanada (CBSA), dipetik akhbar Toronto Star semalam.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Malaysia sudah meluluskan penerbangan untuk Selva.

Pada sesi itu juga, Selva cuba mendapatkan perintah supaya media dilarang menerbitkan gambarnya.

Bagaimanapun, akhbar Toronto Star berkata penting wajah terkini Selva ditunjukkan kepada orang ramai di samping butiran jenayahnya.

Selva merupakan penganut agama Yahudi, dan sebelum ini pernah berhujah dia berdepan diskriminasi di Malaysia.

Dia ditahan sejurus selepas dibebaskan Ahad lalu, selepas 24 tahun menjalani hukuman penjara, atas 19 kesalahan serangan seks, 28 kesalahan dadah, serta 10 kesalahan melibatkan pelbagai jenayah lain termasuk peras ugut.

Subbiah tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap. Dia diberikan visa pelajar dan pelawat, dan mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryerson dalam jurusan agama.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Subbiah bebas seperti individu lain dan tidak ada undang-undang tempatan yang membolehkan pihak berkuasa memantau pergerakannya.

“Tetapi apa pun, pihak polis ada cara memantau mereka yang terlibat dengan jenayah sedemikian,” katanya.

Toronto Star melaporkan, ketika pendengaran mengenai pembebasannya pada Jun tahun lalu, pegawai penjara berkata Subbiah masih tidak kelihatan insaf atau rasa berdosa atas jenayahnya. - FMT

Rakyat Hong Kong Bayar Sewa Rm1,000 Sebulan Untuk Bilik Macam Keranda

$
0
0
[Image: 31hmhong1_cropped_1485902524.jpg]
DUA penyewa ‘rumah keranda’ berehat di bilik yang dibahagi dua, dek bawah dan dek atas. - Agensi

[Image: 31hmkofins_cropped_1485902521.jpg]
WONG menonton televisyen di biliknya yang seluas 1.9 meter persegi. - Agensi

Hong Kong: Kadar sewa rumah yang naik mendadak di bandar raya ini menyebabkan lebih ramai penduduk terpaksa menyewa bilik yang digelar ‘rumah keranda.’

Bilik yang hanya berukuran 1.9 meter persegi itu semakin popular kerana hanya itu yang mampu didiami oleh orang seperti Wong Ziwa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penempatan seperti itu sebagai ‘penghinaan terhadap maruah manusia.’

Tetapi bagi Wong, itu sahaja yang boleh dia anggap sebagai rumah.

Kadar sewa rumah di Hong Kong meningkat hampir 50 peratus sejak 2012, menjadikan kediaman di situ antara yang paling mahal di dunia.

Untuk meraih keuntungan, kebanyakan pemilik apartmen mengubah suai rumah mereka menjadi ‘rumah keranda.’

Wong yang membayar sewa sebanyak AS$226 (RM1,000) sebulan untuk rumah seperti itu, sebelum ini menetap di rumah sangkar, rumah kecil sebelum kewujudan ‘rumah keranda’ - selama lebih 20 tahun.

“Sudah dua tahun saya memohon rumah awam tetapi sehingga ini masih belum ada berita mengenainya. Saya tidak tahu sampai bila saya akan ditawarkan rumah awam,” katanya.

Seorang pekerja kebajikan, Shan berkata: “Rumah keranda itu terlalu sempit dan tercemar. Untuk meluruskan kaki juga amat sukar. Ia pasti memberi kesan psikologi kepada penghuninya.”

Menurutnya, hampir 200,000 orang senasib dengan Wong, tinggal di bilik sempit seperti itu.

Bagaimanapun, jumlah itu dipercayai jauh lebih tinggi. - Metro

Malaysia Kini Dalam Senarai Larangan Imigresen Trump

$
0
0


[Image: image.jpg]

JIKA sebelum ini, hanya tujuh negara disenaraikan sebagai larangan untuk memasuki Amerika Syarikat (AS), terkini, Presiden Donald Trump menambah Malaysia antara bilangan kepada 20 negara.



Malaysia turut tersenarai antara negara yang menerima larangan untuk rakyatnya memasuki AS berikutan seorang rakyat Malaysia ditahan bersama-sama 71 tahanan lain di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kenedy, New York, hari ini.

Penahanan itu dilakukan selepas perintah imigresen terhadap umat Islam yang sudah memasuki hari keempat dikeluarkan Trump dalam perintah eksekutif.

Perkara ini dilaporkan portal Malay Mail Online yang memetik status Twitter wartawan Mic.com, Jack Smith IV yang berpangkalan di AS.    

“Terkini daripada peguam di JFK adalah: 71 tahanan total telah diadakan, dari 20 negara,” kata @JackSmithIV di akaun Twitternya.

Selain Malaysia, negara lain yang tersenarai adalah Turki, Libya, Pakistan, Algeria, Jordan, Mesir, Qatar, dan Senegal.

Menurut Smith lagi, ada juga negara yang turut disenarai hitam biarpun tanpa masyarakat Islam dominan seperti Sri Lanka, Perancis, China dan Switzerland.

Mic.com merupakan syarikat media baru yang ditubuhkan pada 2011, mensasarkan pembaca berusia 18 hingga 34 tahun. Ia dikatakan mendapat perhatian awal berikutan liputan di peringkat akar umbi daripada 2010 Revolusi Tunisia. - Sinar

Janda Tumbuk Muka Bekas Suami Didenda Rm600

$
0
0
[Image: kantoitumb.jpg.transformed.jpg]
RAIHANA Anuar didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh, hari ini selepas menukar pengakuan bersalah menumbuk muka bekas suaminya, Mei tahun lalu. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

AYER KEROH: Seorang pembantu tadbir didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas menukar pengakuan bersalah menumbuk muka bekas suaminya, Mei tahun lalu.

Majistret Norina Maludin memerintahkan Raihana Anuar, 30, menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka bekas suaminya yang berusia 33 tahun di sebuah rumah di Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai, kira-kira jam 8 malam, pada 16 Mei 2016.

Raihana didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Azri Zakaria meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Faiezad Razali, memohon hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan perlu menanggung dua anak berusia empat dan lima tahun, selain berpendapatan RM1,700 sebulan.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua pihak, mahkamah memerintahkan tertuduh didenda RM600. - BHarian

Viral Tikus Dirakam Di Hospital Kuala Lumpur Pula

$
0
0
[Image: tikuss_1485931125.jpg]
Gambar yang dirakam waris pesakit kelihatan seekor tikus mencari makanan di tong sampah. FOTO ihsan pembaca

Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan mengatakan pusat perubatan itu sebagai ‘lubuk’ pembiakan tikus sebaliknya pelbagai usaha menangani haiwan perosak itu sudah dijalankan.

HKL dalam satu kenyataan berkata, kerja pembersihan dan pembuangan sampah dijalankan mengikut waktu ditetapkan manakala pembasmian tikus dilakukan secara mingguan.

Menurutnya, kerja pembasmian dijalankan secara berkala oleh syarikat konsesi Radicare Sdn Bhd dan pemantauan dijalankan Unit Kesihatan Awam HKL.

“Namun ada kalanya pembiakan tikus sukar dibendung memandangkan kedudukan hospital berhampiran dengan kawasan medan selera dan Pasar Chow Kit.

“Selain itu juga, persekitaran yang penuh dengan aktiviti pembangunan menyebabkan habitat haiwan ini terganggu sekali gus mencari lokasi yang selamat,” katanya.

Menurutnya, keadaan wad yang penuh dengan makanan yang dibawa dari luar turut menjadi tarikan kepada spesis berkenaan.

“Pihak kami akan meneruskan usaha pembersihan dan pembasmian sebagaimana ditetapkan Unit Kesihatan Awam.

“Bahan yang digunakan untuk pembasmian tikus perlu mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak menjejaskan kesihatan pesakit,” katanya.

Sebelum ini, beberapa gambar menunjukkan seekor tikus cuba memasuki tong sampah di sebuah wad tular di laman sosial.

Gambar terbabit dimuat naik di Facebook (FB) oleh seorang wanita yang juga penjaga kepada seorang pesakit di HKL kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Dalam status itu, wanita terbabit menyatakan tikus selalunya muncul 11 malam ke atas.

Malah haiwan perosak terbabit dikatakan turut merayap di badan pesakit untuk mendapatkan makanan. - Metro

Wanita Dipaksa Perah Payudara Di Lapangan Terbang Jerman

$
0
0
[Image: gayathiri-bose.jpg?crop=0px%2C0px%2C1200...=644&h=322]
[Image: frankfurt-airport--bose.jpg.transformed.jpg]
GAYATHIRI Bose (gambar kecil) mendakwa 'dimalukan' polis Jerman apabila diminta memerah susu di lapangan terbang di Frankfurt. - Foto Reuters/BBC

BERLIN: Seorang wanita Singapura berketurunan India mendakwa 'dimalukan' polis Jerman apabila diminta memerah susu di lapangan terbang di Frankfurt untuk membuktikan beliau menyusukan bayinya.

Gayathiri Bose, 33, yang mempunyai dua anak berusia tiga tahun dan tujuh bulan, berkata beliau memfailkan aduan dengan polis Jerman mendakwa diarah berbuat demikian di unit keselamatan lapangan terbang.

Bose memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), beliau 'dimalukan' dan 'amat trauma' dengan pengalaman itu dan akan memfailkan tindakan undang-undang.

Katanya, polis di Lapangan Terbang Frankfurt mengesyaki sesuatu kerana beliau membawa pengepam susu badan tetapi berkunjung ke Jerman tanpa membawa bayinya.

Polis Jerman enggan memberi ulasan mengenai dakwaan itu tetapi berkata langkah berkenaan 'jelas' bukan sebahagian prosedur rutin.

Bose yang bersendirian, berkata beliau dalam perjalanan menaiki pesawat ke Paris Khamis lalu apabila dihalang di stesen imbasan keselamatan.

Katanya, selepas beg yang dibawa, mengandungi pam susu badan, melalui mesin sinar X, beliau dibawa ke bilik untuk disoal siasat.

"Mereka bertanya dengan nada meragukan. Adakah anda menyusu anak? Di mana anak anda? Anak anda di Singapura?" katanya.

Mereka memegang pasport Bose dan beliau dibawa ke bilik lain oleh pegawai polis perempuan untuk siasatan lanjut.

"Di situ, saya diminta menyelak baju dan menunjukkan payudara saya. Pegawai itu meminta saya menunjukkan kepadanya dengan memerah sedikit payudara.

"Saya patuh dan memerah payudara saya. Saya terkejut kerana terpaksa melalui pengalaman itu. Saya seorang diri dan tidak pasti apa akan berlaku jika mereka mahu memberi masalah kepada saya," katanya.

Pakar penerbangan daripada penerbitan penerbangan, Flightglobal, Ellis Taylor, menyifatkan tindakan meminta seorang ibu membuktikan beliau menyusukan bayi 'mengarut.' - AGENSI/BHarian
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live