Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live

Jutawan Malaysia Bina 5,000 Rumah Orang Miskin Filipina

$
0
0
Jutawan Malaysia bina 5,000 rumah orang miskin Filipina


[Image: terrancetan.jpg]
Tan Sri Vincent Tan akan melaksanakan projek itu dengan bantuan sebuah yayasan di Filipina.

PETALING JAYA: Jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan berjanji untuk membina 5,000 rumah untuk golongan miskin Filipina, lapor portal berita Filipina Inquirer.net.

Beliau akan melaksanakan projek itu dengan bantuan Yayasan Pembangunan Masyarakat Gawad Kalinga (GK).

“Orang kaya jadi kaya kerana ramai orang miskin menyokong perniagaan mereka,” kata Tan pada Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Dunia ke-4 di GK Enchanted Farm di Angkat, Bulacan, Manila.

Tan, pengasas syarikat Berjaya Group mendermakan 100 juta pesos (RM8.9 juta) kepada GK pada 2012.

Ia sebahagian daripada janjinya untuk memberikan 300 juta pesos (RM26.7 juta) bagi pembinaan 3,000 rumah bagi rakyat Filipina yang dilanda bencana alam.

Tan berkata Berjaya dan GK setakat ini berjaya membina 1,000 rumah, menurut portal itu.

“Kami berjanji membina 3,000 rumah beberapa tahun lalu dan jika anda membinanya dengan cepat, kami menjanjikan 5,000 rumah.

“Saya janjikan separuh kekayaan saya untuk kerja amal. Orang ramai sokong perniagaan kami dan siapa mereka? Kebanyakannya ialah golongan miskin,” katanya.

Beliau berkata mereka merancang untuk melakukan perkara sama di Malaysia, seperti dilakukan GK di Filipina dan menyediakan rumah perlindungan percuma untuk masyarakat miskin Malaysia.

Pengasas GK, Antonio Meloto berkata Berjaya ialah salah seorang rakan kerjasama GK yang paling pemurah.

Menurut yayasan itu, terdapat 12 perkampungan Berjaya-GK di negara itu, termasuk 2 yang pertama bagi mereka yang terselamat ribut taufan “Pablo” di Compostela Valley. - FMT

Anak Kelahiran Malaysia Juara Ratu Cantik Pondan Di Australia

$
0
0
[Image: ?w=620&h=413&crop=1&hash=2FD7BB36775E1BD...E5B36063E4]
Laeticia Ravenna (kanan) memenangi Miss Transeksual Australia 2017.

[Image: CpehAsgWEAYzIuX.jpg]

PETALING JAYA: Anak kelahiran Malaysia, Laeticia Phylliscia Raveena memenangi Pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia 2017 di Melbourne semalam, menewaskan 12 peserta lain.

Berasal dari Kuala Lumpur, Laeticia, seorang chef pastri, memenangi hadiah baucar bernilai AS$15,000 daripada Hospital Kosmetik Kamol, Bangkok.

Menurut laman Facebook Miss Gay & Miss Transeksual Australia Beauty Pageant, Laeticia juga memenangi kategori “Best in Rio Carnival Costume”.

Menurut biografi beliau yang disiarkan dalam Philippine Community Herald bulan lepas, Laeticia menyifatkan dirinya sebagai “kreatif, sensitif, dan wanita transgender yang hidup sejahtera”.

Beliau berkata jika memenangi pertandingan itu, beliau akan menggunakan gelaran yang diterima untuk mempromosikan Rising Star, organisasi yang ditubuhkannya untuk memberi inspirasi kepada wanita transgender berbakat untuk mencapai potensi diri mereka sepenuhnya.

Laeticia juga menyifatkan dirinya sebagai seorang warganegara dunia kerana pernah menetap di beberapa buah negara seperti England, Ireland, Malaysia dan Thailand.

Beliau kini menetap di Melbourne.

Rakannya, aktivis Nisha Ayub, meraikan Laeticia di Facebook, berkata beliau membuat komuniti itu berbangga dengannya.

“Anda layak menjadi ratu,” kata Nisha dalam status yang dikemas kini hari ini.

Laeticia adalah lulusan sekolah masakan terkenal, Le Cordon Bleu.
 
Beliau juga mempelajari selo dan mampu bermain piano dengan baik.

Beliau pernah membuat beberapa persembahan kabaret di seluruh dunia.

Pertandingan berkenaan adalah yang terbesar seumpamanya di Australia, khas untuk penyamar perempuan, transeksual, penghibur “drag queen” dan wanita transgender. - FMT

Tayar Meletup, Pegawai Polis Wanita Dan Anak Maut Tercampak Keluar

$
0
0
[Image: kereta_290117.jpg]
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan. — Foto ihsan Facebook/Putera Karya

[Image: bt_04.1.jpg]

MELAKA, 29 Jan — Seorang anggota polis wanita dan anak lelakinya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 199.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, awal pagi tadi.

Noor Aini Hamdan, 27, dan anak lelakinya Muhammad Aisy Aryan Mohd Taufik,1, maut di tempat kejadian manakala suaminya Mohd Taufik Rosli, 34, tidak cedera dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka Pemangku Supt Mohd Sham Abdullah berkata Noor Aini, anggota polis berpangkat Lans Koperal di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Muhammad Aisy Aryan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Kedua-dua mangsa menaiki kenderaan yang dipandu Mohd Taufik, yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal di JSJ IPD Ampang Jaya, dari arah Batu Pahat menghala ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar kiri bahagian belakang kereta Toyota Wald yang dipandu Mohd Taufik dipercayai tiba-tiba meletup menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal lalu melanggar pembahagi tengah jalan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Akibat pelanggaran itu,  Noor Aini dan Muhammad Aisy Aryan tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala kenderaan terlibat dibawa ke balai polis trafik Alor Gajah di sini untuk siasatan lanjut. — Bernama


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tayar-meletup-polis-dan-anak-maut-tercampak-dari-kereta#sthash.lslXHdMd.dpuf

Pemandu Myvi Maut Cuba Elak Bangkai Babi Hutan

$
0
0
[Image: image.jpeg]
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 51, Jalan Kuantan-Kemaman dekat Chendor di Kuantan, Pahang malam tadi. - UTUSAN ONLINE

[Image: myvi_1485757666.jpg]
Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan. (Gambar kecil) Hamzatul Saira. FOTO Rosli Ilham

Kuantan: Seorang wanita maut selepas kereta dipandu memasuki laluan bertentangan ketika cuba mengelak bangkai babi di Kilometer 50, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Hamzatul Saira Juhairi, 34, yang memandu Perodua MyVi dikatakan terbabas ketika cuba mengelak bangkai sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Waja.

Akibat kejadian, mangsa yang berasal dari Kijal, Terengganu maut di tempat kejadian manakala pemandu Proton Waja yang masih belum dikenal pasti identiti parah dan dirawat di Hospital Kemaman.

Turut dirawat penumpang Proton Waja, Mohd Izuddin Razak, 31, isteri, Nurul Mardiah Mahusin, 31, dan anak mereka, Amar Zarif berusia setahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Metro

Modal Permulaan Rm124, Kini Raih Rm220,000 Sebulan

$
0
0
[Image: image.jpg]
Noorain Mohd. Said menerima anugerah Perniagaan Pelajar Terbaik pada Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2016.

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Hanya bermula dengan modal sebanyak RM124, kini syarikat pengeluar produk penjagaan diri, Norah Beautyline Sdn. Bhd. mampu menjana nilai jualan berjumlah RM220,000 sebulan, malah pada tahun lalu sahaja nilai jualan syarikat tersebut mencecah sebanyak RM3.2 juta.

Berkongsi kisah, pengasas Norah Beautyline Sdn. Bhd., Noorain Mohd. Said, 25, berkata, perniagaannya bermula di asrama semasa belajar di Universiti Malaya dan setelah mendapati kurangnya produk penjagaan diri berasaskan organik di pasaran.

“Produk pertama dikeluarkan adalah produk ‘hair removal’ di mana saya memasaknya di dalam kuali di asrama pelajar. Selepas sejam pertama saya mempromosikan produk tersebut di Instagram saya berjaya mendapat hasil jualan sebanyak RM35.

“Tidak perlu menunggu lama, produk tersebut terus mendapat sambutan daripada rakan-rakan pelajar dan pelanggan lain di seluruh negara. Dari asrama saya berpindah menyewa sebuah kondominium dan kemudiannya membuka sebuah kilang di Jelapang, Perak demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” katanya yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Noorain berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah Perniagaan Pelajar Terbaik pada Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2016 di sini baru-baru ini.

Ujar graduan bidang kimia itu, kejayaannya itu merupakan hasil usaha keras seluruh warga kerja Norah Beautyline Sdn. Bhd. selain Pusat Keusahawanan Universiti Malaya (UMEC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah memberikan banyak bantuan.

“Selain mahu mempelbagaikan lagi produk, sudah tentu perancangan saya selepas ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang mahu menjana pendapatan dan ingin menjadi usahawan.

“Hasrat ini sudah saya laksanakan sejak Norah Beautyline Sdn. Bhd. ditubuhkan kerana majoriti ejen jualan sebelum ini merupakan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi,” katanya.

Tambah Noorain, Norah Beautyline Sdn. Bhd. kini sudah memulakan operasi di Wisma Norah, Bandar Baru Bangi, Selangor yang turut menempatkan pejabat urusan dan kilang.

Syarikat tersebut kini mempunyai kira-kira 50 stokis dan lebih 500 ejen di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Sementara itu, minat mendalam dalam bidang perniagaan telah mendorong Nik Nurfarah Fareena Auddin, 28, berhenti kerja sebagai juruaudit di sebuah firma audit antarabangsa dan kemudiannya mengusahakan perniagaan bakeri.

“Perniagaan bakeri ini telah saya usahakan sejak menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) lagi. Selepas tamat belajar saya mendapat tawaran bekerja di sebuah firma audit tetapi cuma bertahan selama setahun kerana keinginan hati masih tebal dalam bidang perniagaan.

“Saya terus memperkembangkan kedai bakeri saya di UMT dengan membuka sebuah lagi di Kuala Lumpur. Tahun lalu saya menerima dua projek daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dengan salah satunya merupakan projek bakeri bagi melahirkan kira-kira 30 usahawan muda dalam kalangan pelajar universiti,” katanya.

Tambahnya, ini merupakan sumbangan saya kepada UMT yang selama ini telah banyak memberikan bantuan dan kerjasama sehingga saya mencapai kejayaan ke peringkat ini.

Pada MEA 2016, Nik Nurfarah Fareena yang juga merupakan Pengurus Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Bhd. (Kosiswa) telah dipilih sebagai Mentor Keusahawanan Terbaik, sekali gus membolehkannya membawa pulang geran pembangunan keusahawanan bernilai RM5,000 beserta trofi.

“Anugerah yang dimenangi ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan selain memberi keyakinan kepada usahawan muda lain untuk kembali berbakti kepada institusi di mana mereka menimba ilmu dahulu,” katanya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. - Utusan

Jkr Terengganu Nafi Beli Pokok Benang Sutera Rm500,000

$
0
0
[Image: images_copy_1485765503.jpg]
[Image: pokok30jan1.transformed.jpg]
JKR Terengganu menafikan kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan lebih RM500,000 membeli tiga pokok benang sutera. FOTO Mohd Syafiq Ambak

Kuala Terengganu: Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan lebih RM500,000 membeli tiga pokok benang sutera atau nama saintifiknya 'ceiba speciosa' untuk ditanam sebagai mercu tanda di Bandar Baharu Kuala Nerus.

Pengarah JKR Terengganu Ir Abd Hamid Md Daud berkata, pembelian pokok itu tidak membabitkan peruntukan kewangan kerajaan negeri sebaliknya ia ditanggung sepenuhnya kontraktor utama yang bertanggungjawab melaksanakan projek Bandar Baharu Kuala Nerus.

"Penanaman pokok hiasan itu tidak termasuk dalam jadual dan skop kerja pelaksanaan projek.

"Mengenai jumlah pokok ditanam oleh kontraktor, hasil laporan awal diterima JKR negeri mendapati hanya dua pokok ditanam dan bukannya tiga seperti didakwa," katanya.

Abd Hamid berkata demikian ketika mengulas dakwaan dimuat naik pihak tertentu sehingga menjadi tular di laman sosial Facebook mengaitkan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengeluarkan peruntukan sebanyak RM180,000 bagi pembelian pokok berasal dari Brazil itu untuk ditanam di kawasan Bandar Baharu Kuala Nerus.

Spekulasi mengaitkan nama Ahmad Razif mengenai penanaman pokok hiasan itu turut dimuat naik melalui Facebook milik Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahari Mamat. - Metro

Wanita Lahirkan Anak Seberat 6 Kilogram Secara Normal

$
0
0
[Image: image.jpg]
Brian dilahirkan 6.06kg - Foto News Corp Australia

MELBOURNE - AUSTRALIA. Seorang ibu masih terkejut selepas mengetahui bayinya yang baru dilahirkan mempunyai berat lebih 6 kilogram.

Brian Junior dilahirkan secara normal di Hospital Mercy pada Selasa dengan berat 6.06kg.

"Saya mengimpikan seorang bayi berisi dan akhirnya saya mendapatkannya," kata ibu Natashia Corrigan.

Menurutnya, kakitangan hospital dan suami memberikan sokangan dan pertolongan sepanjang tempoh kelahiran.

"Oleh kerana begitu besar, ia agak sukar dan mereka terpaksa mendapatkan beberapa kakitangan tambahan untuk membantu.

Menurut jururawat yang mendaftarkannya, Julie Kane adalah bayi yang paling besar pernah dilahirkan di hospital itu sejak ia berpindah ke Heidelberg.

Sementara itu, suami Brian Liddle memberitahu 7News, kelahiran itu 'agak menakutkan' tetapi semua berada dalam keadaan baik.

Liddle mengakui sangat teruja selepas mengetahui anak lelakinya itu adalah bayi paling besar di Victoria

"Saya masih terkejut, ia suatu menakjubkan. Saya tidak menyangka dia akan sebesar ini," katanya. - news.com.au/Sinar

Isteri Orang Kongsi Kesedihan Masalah Rumahtangga Dengan Pemandu Bas Di Bilik Hotel

$
0
0
[Image: DSC02121.jpg]

MELAKA: Seorang ibu dua anak ditangkap khalwat bersama seorang pemandu bas ekspres di sebuah bilik hotel.

Wanita berusia 41 tahun yang masih berkahwin itu ditahan bersama pemandu bas berusia 53 tahun, ditahan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam satu operasi, awal pagi Isnin.

Ibu yang mempunyai anak berusia lapan dan 11 tahun itu mendakwa dia berdepan masalah rumah tangga dan berkongsi kesedihan itu dengan pemandu bas berkenaan.

Bagaimanapun, Pegawai Penguatkuasaan Jaim, Noraminuddin Azis berkata, pihaknya tidak termakan dengan alasannya dan akan mendakwa pasangan itu kerana melakukan khalwat.

"Kita akan buka kertas siasatan ke atas kedua-dua mereka," katanya.

Noraminuddin berkata, tujuh pasangan ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh 15 pegawai Jaim. - MStar

5 Maut Nahas Vios Bertembung Mercedes Di Jalan Lumut - Ipoh

$
0
0
[Image: eksiden.jpg.transformed.jpg]
KEADAAN kereta yang bertembung Jalan Ipoh - Lumut bedekatan Siputeh. -Foto NSTP/Abdullah Yusof

[Image: 30117abdullah1_1485772702.jpg]

BATU GAJAH: Lima, termasuk dua wanita maut, manakala tiga cedera selepas dua kereta terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Siputeh, dekat, kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Empat mangsa dipercayai maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hospital. 

Setakat ini, polis belum dapat mengenal pasti identiti semua mangsa kemalangan, yang membabitkan sebuah kereta Toyota Vios dan sebuah Mercedes Benz.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengesan identiti mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Halid Md Zain, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.31 petang dan lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

"Bomba mengeluarkan empat mangsa yang tersepit, manakala dua lagi berjaya dikeluarkan orang awam. 

"Empat mangsa berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Empat mayat mangsa iaitu seorang wanita dan tiga lelaki dihantar ke Rumah Mayat Hospital Batu Gajah, manakala satu lagi mayat wanita dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). - BHarian

_______
_______

kemalangan baru berlaku di highway pusing menghala lumut selepas petrol pam BHP antara kenderaan Toyota Vios bertembung dengan Mercerdes.

Menurut info pemandu kereta vios tu memakan jalan akibat mengantuk,
akibat dari kemalangan itu 3 meninggal dunia dan 1 50/50, kaki hancur (kereta vios). 

1 meninggal dunia perempuan dan 3 parah( kereta mercedes) 

[Image: 16298916_1236991636380609_72976618970421...e=594BABD7]
[Image: 16265244_1236991659713940_66899704170757...e=594AD18E]
[Image: 16425784_1082607585183014_16324705216790...e=59465391]
[Image: 16298485_1236991879713918_48137555079544...e=59012624]

Aiskrim Berperisa Nasi Lemak Di Alor Setar

$
0
0
[Image: image.jpg]
Aiskrim berperisa nasi lemak ini boleh didapati di Alor Setar,Kedah. - gambar diambil dari Instagram

ALOR SETAR - Dek kerana rakyat Malaysia yang memang sukakan makanan nasi lemak, maka jangan terkejut apabila telah wujud aiskrim berperisa makanan tersebut di sini lapor The Vocket.

Aiskrim tersebut merupakan salah satu menu di sebuah kedai baru bernama Skream Softserve yang terletak di Caffe Diem, Alor Setar.

Uniknya aiskrim ini kerana ia bukanlah nasi lemak yang diletakkan di dalam bekas aiskrim tetapi aiskrim sebenar yang mempunyai rasa makanan ruji rakyat Malaysia ini. - Sinar

Wanita Tak Sangka Sewa Dvd Boleh Dapat Duit

$
0
0
[Image: C3bQ8GsUYAA6aVF.jpg]
[Image: C3bQ8GrUcAAU79K.jpg]
[Image: image.jpg]
Wang tunai dan nota yang terselit di dalam DVD sewaan tersebut. –Foto Twitter

HOUSTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita tidak menyangka tindakannya menyewa sebuah DVD akan mendapat AS$100 (RM443) lapor Mirror.co.uk.

Di samping wang tunai tersebut turut terselit sebuah nota daripada insan yang bernama Marcos.

"Hello, nama saya Marcos, setiap bulan saya akan  memberikan AS$100 dolar kepada orang yang tidak dikenali.

"Untuk bulan ini, saya memutuskan untuk menukar cara dan letakkan di dalam DVD yang disewa. Tahniah, anda orang pertama yang menerima sumbangan ini untuk tahun 2017," tulisnya di dalam nota.

Selain itu, nota tersebut turut memberitahu agar gunakan duit itu sebaiknya atau berikan pada mereka yang lebih memerlukan.  

"Saya hanya meminta anda menggunakan wang itu sebetulnya dan jika tidak perlukannya, beri pada orang lain namun jika ia membantu dirimu, simpanlah ia," tulisnya lagi.  

Anak kepada wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Liz kemudian memuat naik status di laman Twitter dan ia menjadi viral sehingga berita tersebut sampai kepada Marcos.

Marcos kemudiannya menulis Tweet pada Liz menyatakan rasa bersyukurnya apabila dapat membantu seseorang.

"Kecilnya dunia internet ini, anak saudara saya nampak Tweet anda dan menghantarnya kepada saya. Saya merasa seronok dapat membuat ibu anda gembira," tulisnya. - Sinar

Lelaki Miliki 86 Isteri Meninggal Dunia Di Usia 93 Tahun

$
0
0
[Image: FB_IMG_1485685036846.jpg]
Muhammadu Bello Masaba (kanan)

[Image: oke1.jpg]

KANO: Lelaki Nigeria yang mendapat arahan Mahkamah Syariah supaya menceraikan 82 daripada 86 isterinya, meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Muhammadu Bello Masaba meninggal dunia, Sabtu lalu di rumahnya dikelilingi ahli keluarga.

Pada 2008, Mahkamah Syariah di Minna mendapati, Masaba bersalah menghina undang-undang Islam kerana berkahwin secara kontrak dan memiliki 86 isteri.

Dia hanya dibenarkan mengekalkan empat isteri, jumlah maksimum dibenarkan Islam, namun Masaba atau lebih mesra dengan panggilan Baba bertegas mengatakan dia tidak melanggar hukum agama.

Ketika ditahan kali pertama, semua 86 isteri bersama 20 daripada 170 anaknya membantah tindakan itu di luar Kementerian Keadilan Nigeria. Kes itu kemudian digugurkan. - AFP/BHarian


[Image: 3778-96459-femei.jpg]

2 Beranak Rentung Kereta Dinaiki Bertembung Nissan Fairlady

$
0
0
[Image: 30117jun1_1485790670.jpg]
KERETA dinaiki mangsa (kiri) terbakar sepenuhnya dalam kemalangan membabitkan dua kereta. FOTO ihsan Bomba

Kuala Penyu: Dua beranak rentung selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan kereta lain di Batu Kampung Kabatung Bundu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.50 malam itu, mangsa Anitus Martin, 56, yang memandu kereta Mazda dan anak lelakinya ditemui rentung sebaik api dipadamkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu.

Sementara itu, pemandu Nissan Fairlady, lelaki berusia 18 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Penyu untuk rawatan lanjut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.55 malam dan sepasukan bomba dari BBP Kuala Penyu dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kebakaran membabitkan kereta Mazda yang terbakar sepenuhnya akibat bertembung dengan Nissan Fairlady.

"Dua mangsa ditemui rentung di dalam kereta Mazda sebaik api dipadamkan anggota bomba.

"Pemandu Nissan Fairlady yang cedera kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos dan melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain yang terbabit.

"Operasi terkawal jam 9.48 malam tadi," katanya.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan. - Metro


[Image: 16406857_1641827255832449_97945855919536...e=590D6A0D]
[Image: 16406864_1641827249165783_61857687603751...e=5907978C]

Peniaga Pukul Peniaga Kedai Sebelah Kerana Curi Pelanggan

$
0
0
[Image: jempol01_1485827017.jpg]
SUSPEK diminta tampil membantu siasatan.

Jempol: Berang kerana perniagaannya merudum, seorang peniaga kedai runcit di Taman Meranti, Bahau, di sini, membelasah pemilik kedai runcit berdekatan selepas mendakwa lelaki itu merampas pelanggannya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, suspek berusia 38 tahun membelasah rakan peniaga berusia 27 tahun.

Katanya, kejadian berlaku di sebuah restoran berhampiran apabila suspek mendakwa mangsa mempengaruhi pelanggan supaya tidak membeli barang di kedainya.

“Pada mulanya mereka bertikam lidah sebaik suspek menuduh mangsa merampas pelanggan. 

"Kemuncak tercetus apabila lelaki itu mengambil topi keledar dan menghentak belakang badan mangsa. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut ditumbuk di kepala serta muka,” katanya.

Noorzainy berkata, akibat kejadian, mangsa mengalami pendarahan serta dirawat di Hospital Jempol, dekat sini, dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Bahau pada hari kejadian.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke kedai runcit serta rumah suspek. Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri.

“Polis meminta peniaga berkenaan tampil menyerahkan diri bagi membantu siasatan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - Metro

Sambung Bayar Kereta Bermakna Sambung Bala

$
0
0
[Image: 2.jpg]
[Image: 31hma24_1485828554.jpg]

Kuala Lumpur: Sambung bayar bermakna sambung bala. Perumpamaan itu diberikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), berhubung isu sambung bayar kenderaan yang merekodkan kerugian lebih RM1 juta sepanjang tahun lalu.

Ia membabitkan kaedah bayaran bulanan kepada bank tanpa menukar nama menyebabkan pemilik kenderaan mengalami kerugian selepas syarikat jualan kereta terpakai ‘gulung tikar’ dan gagal dikesan.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, aduan isu berkenaan semakin meningkat kebelakangan ini selepas pengadu berdepan kemungkinan dimufliskan akibat kegagalan pihak ketiga membayar ansuran.

“Rekod kita mendapati, ia semakin meningkat. Pembeli asal menyerahkan kereta kepada syarikat jualan, namun tanpa pengetahuan mereka, ia diserahkan kepada pihak ketiga secara sambung bayar.

“Bagaimanapun, mereka gagal membayar dan beban itu ditanggung pemilik seperti disenaraihitamkan. Ada juga kes syarikat pun sudah tutup dan tidak bertanggungjawab kerana kenderaan sudah diserahkan kepada orang lain,” katanya pada sidang media semalam.

Nadzim berkata, pihaknya mencadangkan agar Akta Sewa Beli dikaji semula bagi memberi kemudahan kepada pengguna dari segi mendapatkan pinjaman baru atau menjadualkan pinjaman lama.

Katanya, Bank Negara Malaysia juga perlu mengambil pendekatan ‘mesra pelanggan’ dengan mengkaji semula syarat yang dikenakan bank untuk melelong kenderaan yang kini begitu membebankan.

“Peminjam sudah tak mampu bayar, kereta dilelong, tetapi masih perlu melunaskan baki secara sekali gus. Saya rasa ini perlu dilihat semula, bagaimana untuk memudahkan orang ramai.

“Ada yang berdepan masalah untuk mendapatkan pinjaman walaupun ada pembeli baru. Mereka juga jadi penjamin kepada pinjaman, tetapi dalam kes tertentu ada yang tidak lulus, sudahnya bayaran kereta tertunggak dan perlu membayar kadar faedah.

“Pendekatan kita mudah. Kalau seseorang itu mampu, dia tidak akan mengalami masalah pembayaran pun. Sudahlah ditipu syarikat jualan kereta, mereka pula disenaraihitamkan, bila masalah ini akan selesai,” katanya. - Metro

Kepala Anjing Tersepit Pintu Pagar Rumah

$
0
0
[Image: 31hmanj_1485830032.jpg]
KEADAAN anjing yang tersepit di pagar rumah di Taman Wangsa Permai, semalam.

Kepong: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh menyelamatkan seekor anjing yang tersepit di celah pagar rumah di Taman Wangsa Permai di sini, jam 5 petang kelmarin.

Kejadian disedari pemilik rumah yang terdengar salakan anjing peliharaannya sebelum dia memeriksa dan mendapati haiwan terbabit tersepit.

Jurucakap BBP Sungai Buloh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.02 petang dan empat anggota di kerah ke lokasi.

“Kami menggunakan alatan khas bagi merenggangkan pagar berkenaan sebelum anjing terbabit dapat dikeluarkan, lima minit kemudian.

“Anjing yang tidak cedera itu kemudiannya diserahkan kepada pemiliknya,” katanya, semalam. - Metro

Banduan Berjaya Tebuk Dinding Penjara Hanya Guna Skru

$
0
0
[Image: 19-18-13-Napi-kabur-e1485334135166.jpeg]
[Image: 055423600_1485262309-r3.jpg]
[Image: 31hmtembok_cropped_1485812146.jpg]

Jakarta: Sekumpulan banduan yang melarikan diri dari sebuah penjara Cawang, Jakarta timur baru-baru ini menggunakan skru untuk menebuk dinding pusat tahanan berkenaan.

Jurucakap polis, Eko Daniyanto berkata, dua daripada tujuh banduan yang melarikan diri itu mengambil masa lebih dua bulan menebuk dinding bilik mandi di sel tahanan mereka.

“Perancang utama tindakan ini adalah seorang banduan yang dikenali sebagai Amirudin dan dibantu seorang rakannya, Ricky Felani.

“Mereka mengikat skru pada sebatang kayu sebelum mula menebuk dinding penjara untuk melarikan diri,” katanya yang dipetik Kompas.com

Menurutnya, kedua-dua banduan berkenaan membuat lubang itu pada setiap hari pada jam 2 pagi hingga 3 pagi ketika kebanyakan tahanan lain sedang tidur.

“Setiap hari mereka menebuk lubang itu secara perlahan-lahan dan menutupnya kembali bagi mengelak ia dikesan.

“Apabila lubang itu cukup besar, dua banduan itu kemudian mengajak banduan lain di dalam sel untuk melarikan diri,” jelasnya.

Semua banduan berkaitan dadah itu melarikan diri pada 24 Januari lalu dengan menebuk dinding penjara dan memanjat tembok.

Bagaimanapun, enam banduan itu termasuk Amirudin dan Ricky berjaya ditangkap semula beberapa hari selepas mereka melarikan diri.

Polis memburu seorang lagi banduan dikenali sebagai Anthony Medan yang masih bebas. - Agensi/Metro

Pengawal Didakwa Rogol Adik Kekasih Dibebas, Ada Lelaki Lain Dalam Rumah

$
0
0
[Image: bt_05.1.jpg]
Muhammad Syahir (tengah) menangis memeluk bapanya, Ramli (kiri) selepas dia (tertuduh) terlepas dari hukuman penjara atas tuduhan kes rogol tahun lalu, diiringi oleh Peguam, S.S. Seelan (kanan) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan yang didakwa merogol adik teman wanitanya, Jun tahun lepas menarik nafas lega selepas Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan itu.

Hakim Datin M. Kunasundary membuat keputusan itu terhadap Muhammad Syahir Naim Ramli, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Kunasundary berkata, keterangan mangsa di mahkamah tidak konsisten dan tidak jelas dengan laporan polis yang dibuatnya.

"Mahkamah mendapati kredibiliti mangsa tidak boleh dipercayai kerana banyak percanggahan di dalam laporan polis, keterangan utama di mahkamah dan soal balas.

"Selain itu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh yang dijumpai di dalam rumah, tempat kejadian itu juga bukanlah bukti yang boleh menyabitkan tertuduh kerana di dalam rumah itu terdapat beberapa individu (lelaki) lain yang membawa masuk teman wanita mereka. 

'Mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri," katanya. - Bernama/Kosmo

Bangladesh Akan Pindahkan Etnik Rohingnya Ke Sebuah Pulau

$
0
0
[Image: image.jpg] 
Kerajaan Bangladesh dijangka akan meneruskan rancangan untuk memindahkan ribuan pelarian etnik Rohingnya ke sebuah kepulauan terpencil dikenali sebagai Thengar Char berhampiran Pulau Hatiya dalam masa terdekat. -Agensi

DHAKA 30 Jan. - Pihak berkuasa Bangladesh dijangka akan meneruskan rancangan untuk memindahkan ribuan pelarian etnik Rohingnya ke sebuah kepulauan terpencil dikenali sebagai Thengar Char berhampiran Pulau Hatiya, Teluk Bengal pada masa akan datang.

Pemindahan itu akan dilakukan ke atas warga Rohingnya yang tiba dari Myanmar ke negara ini tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

Menurut laman sesawang kerajaan, satu jawatankuasa terdiri daripada pegawai kerajaan di daerah pesisir pantai ditubuhkan bagi membantu mengenal pasti dan memindahkan kumpulan ini ke kepulauan tersebut.

Kira-kira lebih 300,000 etnik Muslim Rohingya berada di Bangladesh ketika ini yang rata-ratanya melarikan diri daripada krisis keganasan terutamanya di Rakhine sejak Oktober tahun lepas. -AFP/Utusan

Budak Dakwa Cuba Diculik Lelaki Naik Van Putih Di Banting

$
0
0
[Image: col.jpg_1485837769.jpg]
Kisah mengenai budak lelaki di Banting yang mendakwa diculik tular di laman sosial, hari ini.

[Image: 2017-01-31_1314.png]

Kuala Langat: Polis siasat laporan mengenai budak lelaki berusia 11 tahun yang mendakwa cuba diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih di Kampung Endah, Banting, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan polis selepas kanak-kanak itu pulang ke rumah 1.30 pagi tadi dan dia masih diambil keterangan pegawai penyiasat.

Katanya, berdasarkan keterangan awal, mangsa mendakwa cuba diculik sekumpulan tiga lelaki bertopeng yang menaiki van putih sebelum dia berjaya melarikan diri.

"Kanak-kanak itu tidak cedera dan kini sedang diambil keterangan oleh polis berhubung kejadian itu.

"Polis polis juga ingin meminta orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai," katanya.

Kejadian itu tular di media sosial dan berdasarkan apa yang tersebar, mangsa baru pulang dari masjid dengan menunggang basikal ke rumahnya di Kampung Endah, Banting, kira-kira 9.30 malam.

Mangsa kemudiannya dihampiri sekumpulan penjenayah namun dapat melepaskan diri daripada diculik selepas menggigit tangan mereka sebelum melarikan diri dari van berkenaan. - Metro
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live