Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live

Udang Krai Dijual Rm130,000 Seekor

$
0
0
[Image: krai2.ashx?w=620&h=413&crop=1&]
[Image: ae8f8f3eb8f9465cb89ce164a38d53cd.ashx?la=en]
[Image: 2bf4fba73ea14e00a5dc48f454cc9b6c.ashx?la=en]

THAILAND - Pembiak baka udang krai di Nakhon Pathom mencatat rekod jualan tempatan apabila menjual hidupan air tawar yang masih hidup itu pada harga 1 juta baht (RM130,000).

Kanokphum Siriwat yang juga pemilik pusat ternakan Ban Pa Crayfish Clarkii Ghost di daerah Nakhon Pathom Kamphaeng Saen telah menjual udang krai unik, Chao Khun Chang kepada Prathan Lianpanich yang juga pemilik restoran di daerah sama.

Chao Khun Chang berusia enam bulan adalah hidupan air tawar memilik corak menarik dan mata coklat kemerah-merahan.

Baka udang krai itu hasil sentuhan Kanokphum yang cuba menghasilkan hidupan itu dengan gabungan warga menarik.

Sebelum ini, peniaga berusia 28 tahun pernah dua kali menolak tawaran Prathan kira-kira tiga bulan lalu iaitu pada harga 100,000 baht (RM13,000) dan 500,000 baht (RM65,000).

Bagaimanapun, dia bersetuju apabila Prathan yang juga pencinta udang krai menawarkan 1 juta baht sebelu sambutan Tahun Baharu Cina.

Kebiasannya, harga udang krai bermula 100 baht seekor dan boleh mencecah sehingga 200,000 baht (RM26,000).

Kata Kanokphum, dia menjual baka betina dikenali sebagai Sida dan 300 anaknya di mana setiap benih itu pada harga 2,000 baht (RM260). -The Bangkok Post/MStar

Bayi Maut Jatuh Eskalator Lepas Jubah Ibu Tersangkut

$
0
0




[Image: bayijatuh.ashx?w=620&h=413&crop=1&]

ANDIJAN: Hanya kerana jubahnya tersangkut ketika menaiki eskalator, seorang ibu muda berdepan situasi memilukan apabila bayi yang dikendongnya maut terjatuh pada ketinggian 12 meter.

Kejadian itu berlaku ketika ibu dan anak itu sedang menuruni eskalator di pusat membeli-belah O'zbegim di Uzbekistan.

Gambar daripada kamera keselamatan yang dimuatnaik ke laman sosial menunjukkan wanita itu sedang turun dari eskalator dari aras empat sambil tangan kanannya mendukung bayi itu, manakala tangan kirinya memegang seorang lagi anaknya.

Dengan tidak semena-mena, jubahnya tersangkut pada eskalator menyebabkan dia tidak stabil sekali gus bayinya terlepas dari tangannya dan terjatuh.

The Daily Mail melaporkan, kru kecemasan bergegas ke lokasi tetapi gagal menyelamatkan bayi berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila insiden tragik itu berlaku, begitu juga jantina bayi berkenaan juga tidak dapat diketahui sama ada lelaki atau perempuan. - The Straits Times/MStar

Sempat Rakam Audi R8 Pecut 200mph Sebelum Maut Kemalangan

$
0
0




[Image: audi.ashx?w=620&h=413&crop=1&]
[Image: 3CB1C9A800000578-0-image-m-61_1485879259516.jpg]
[Image: 3CB1EEE200000578-4176616-image-m-9_1485880939144.jpg]
[Image: 3CB1FBF200000578-4176616-image-a-5_1485884023985.jpg][Image: 3CB1FBF800000578-4176616-image-m-4_1485884013700.jpg]
[Image: 3CB1FBE000000578-4176616-Before_the_cras...726230.jpg]

CHINA - Satu rakaman video menunjukkan sebuah kereta dipandu pada kelajuan kira-kira 200 batu sejam sebelum kereta yang dinaiki dua lelaki itu terbabit kemalangan dan kedua-duanya terbunuh serta-merta.

Kejadian itu berlaku di Liujiang, wilayah Anhui di China pada 28 Januari lalu.

Dalam rakaman itu, keadaan sekeliling kelihatan amat berkabus.

Rakaman ini diambil oleh penumpang kereta jenis Audi R8 semasa pemandunya memecut pada kelajuan kira-kira 200 batu sejam.

Suara lelaki dapat didengar membacakan meter kelajuan manakala si pemandu terus memecut.

Pada satu ketika, kereta ini telah memotong lori dan kereta di kiri dan kanan secara berbahaya.

Penumpang dan pemandu kereta berkenaan dilaporkan telah terbunuh dalam kemalangan itu. Mereka dikatakan tercampak keluar dari kenderaan.

Gambar selepas itu insiden menunjukkan bahagian hadapan kenderaan remuk sepenuhnya. Bumbungnya runtuh dan remuk teruk.

Dalam rakaman itu, jarak penglihatan di lebuh raya itu jelas sekali rendah, namun kereta tersebut tetap memotong kenderaan dalam jumlah yang banyak.

Menurut Autohome.com.cn, harga purata sebuah Audi R8 adalah melebihi 2.1 juta yuan (£250,000).

Selepas gambar-gambar kemalangan itu tersiar di media-media sosial di China, orang ramai menegaskan bahawa kereta itu tidak mempunyai nombor plat, bermakna lelaki itu telah memandu sebuah kenderaan yang tidak sah di lebuh raya. - Dailymail.uk/MStar

Gadis Wechat Mengaku Sempat Terlanjur Sebelum Kena Cekup Di Hotel

$
0
0
[Image: tangkap.jpg_1485933875.jpg]
Pasangan kekasih yang dicekup dalam keadaan mengaibkan ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah hotel di bandar raya ini, semalam. FOTO Syafiq Ambak

Kuala Terengganu: Pasangan kekasih berusia 20 tahun dicekup dalam keadaan mengaibkan ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah hotel di bandar raya ini, semalam.

Malah, pasangan berkenaan yang baru berkenalan menerusi WeChat sejak dua bulan turut mengaku sudah terlanjur dalam serbuan kira-kira 11.30 malam.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya bersama dua anggota polis hasil maklumat awam sebelum membawa kepada penahanan pasangan muda yang tidak bekerja itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang sementara menunggu teman wanitanya keluar makan bersama dengan rakannya.

"Pasangan terbabit bertemu di sebuah plaza sebelum menuju ke hotel berkenan kira-kira jam 9 malam menaiki kereta lelaki terbabit.

"Ketika soal siasat, gadis itu mengaku sudah melakukan persetubuhan sebelum serbuan dilakukan dan memaklumkan mereka pernah terlanjur di lokasi lain.

"Mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001," katanya. - Metro

Ular Sawa Tersekat Dalam Lubang Tindik Telinga

$
0
0
[Image: Woman-s-Dumbass-Pet-Snake-Accidentally-G...arlobe.jpg]
[Image: tindikular.ashx?w=620&h=413&crop=1&]
[Image: e7acfe9b5f7646c3a3df1f4525a5cc56.ashx?la=en]

PORTLAND - Bilik kecemasan sebuah hospital di Portland, Oregon gempar apabila seekor ular sawa tersekat pada lubang tindik telinga tuannya.

Sebaik tiba di hospital, doktor terpaksa memberi suntikan kebas pada telinga Ashley Glawe.

Lubang pada telinga gadis itu kemudiannya ditarik perlahan-lahan untuk memberi ruang supaya ular sawa itu dapat dilepaskan tanpa mencederakannya.

Kejadian itu berlaku ketika Ashley sedang leka  bermain-main dengan reptilia yang dinamakan Bart itu apabila ia tiba-tiba masuk ke lubang di telinganya dan gagal keluar.

Situasi itu membuatkan Ashley cemas dan apabila bimbang Bart cedera, dia terus ke hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Baru-baru ini, Ashley yang begitu bangga memiliki haiwan kesayangannya itu telah menindik telinganya dan lubang yang besar itu dianggap paling sesuai untuk ular itu bermain. - MStar

Viral Caj Rawatan Gigi Naik Hanya Untuk Kelas 1 Dan 2

$
0
0


[Image: SB211016HQ012_1485950984.jpg]

Putrajaya: Kementerian Kesihatan memaklumkan kos rawatan baru caj pergigian bagi 2017 yang tular di media sosial adalah kos asas semasa bagi rawatan pergigian bagi pesakit dalam Kelas 1 dan 2 di negara ini.



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengesahkan mesej tular di mana kementerian menetapkan harga baru bagi cabutan gigi; cuci gigi dan tampalan pada harga RM15 hingga RM55, sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

"Caj pergigian dan perubatan itu hanya dinaikkan bagi pesakit dalam Kelas 1 dan 2," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan terus komited untuk memberikan subsidi terutama bagi pesakit Kelas 3 yang menerima subsidi 98 peratus bagi kos rawatan perubatan dan pergigian).

Katanya, kementerian ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.

Dr Noor Hisham berkata, mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini.

Sebelum ini, menerusi pekeliling dikeluarkan Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan memaklumkan, caj membabitkan pergigian adalah ditangguhkan pelaksanaannya sehingga 1 Mac depan berbanding cadangan pelaksanaannya yang sepatutnya bermula semalam.

Menerusi surat pekeliling itu, harga baru bagi caj cabutan gigi adalah RM15 berbanding RM1 sebelum ini; manakala, harga baru bagi cuci gigi pula adalah RM55 berbanding RM2 dan harga baru bagi tampalan pula RM25 berbanding RM2 sebelum ini. - Metro

4wd Jpj Masuk Parit Ketika Kejar Penunggang Motosikal Tak Pakai Helmet

$
0
0
[Image: 1217ain1_1485956687.jpg]
KEADAAN kenderaan JPJ yang terbabas ke dalam parit. FOTO ihsan Polis

Pekan: Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas ke dalam parit di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Rompin berhampiran Merchong di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, anggota terbabit bagaimanapun tidak cedera dan berjaya keluar dari kenderaan berkenaan.

Pengarah JPJ Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, sebelum kejadian anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, anggota JPJ berkenaan terserempak dengan dua lelaki menaiki motosikal dengan tidak memakai topi keledar.

"Anggota kita meminta mereka memberhentikan kenderaan berkenaan namun mereka enggan dan terus memecut motosikalnya.

"Kita cuba mengejar suspek sehingga melalui jalan berbatu dan sebaik melalui kawasan selekoh, kenderaan kita gagal dikawal sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, dua anggota JPJ berkenaan berjaya keluar dari kenderaan itu sambil dibantu penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.

Bagaimanapun Mark berkata, dia masih lagi menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu. - Metro


[Image: 16299138_119271995254258_249692091262037...e=590D939D]
[Image: 16473323_1066299390141350_27892933750029...e=5901E467]
[Image: 16299502_377531805959405_228365131706424...e=59063BC6]

Pengarah Bollywood Dipukul Gara-gara Tak Puas Hati Dengan Jalan Cerita

$
0
0
[Image: jayy2.jpg_1485958929.jpg]
Perusuh merosakkan peralatan penggambaran dan kiri, Sanjay Leela Bhansali dikawal meninggalkan lokasi penggambaran.

New Delhi: Pengarah filem Bollywood, Sanjay Leela Bhansali, menjadi mangsa serangan di Rajasthan, barat India, apabila ditempeleng dan rambutnya ditarik secara ganas oleh sekumpulan perusuh yang tidak puas hati dengan jalan cerita filem terbarunya.

Protes terhadap filem Hindi bukan perkara asing dan insiden laku musnah, membakar poster filem serta menyelongkar panggung wayang sering berlaku, namun memukul pengarah filem dan pelakon, jarang berlaku.

Media India melaporkan serangan berlaku ketika Sanjay duduk di depan monitor mengarahkan penggambaran filem "Padmavati" di Jaigarh Fort berhampiran Jaipur, ibu negeri Rajasthan.

Perusuh kemudian mengamuk merosakkan kamera dan peralatan lain.

Akibat serangan itu, Bhansali terpaksa membatalkan penggambaran.

Kumpulan kasta Shree Rajput Karni Sena dilaporkan bertanggungjawab melakukan serangan ganas pada 27 Januari itu.

'Sena' boleh ditafsirkan sebagai 'tentera' dan terdapat banyak 'Sena' di India yang berjuang demi pelbagai matlamat.

Menurut hindustantimes.com, perusuh Rajasthan berang kerana menganggap ‘penyelewengan fakta’ mengenai perasaan Maharaja Alauddin Khilji terhadap Ratu Padmavati.

Bhansali menyangkal dakwaan filem lakonan Ranveer Singh dan Deepika Padukone itu mempunyai babak hubungan intim.

"Kami menjelaskan tiada babak terlarang antara Rani Padmavati dan Allauddin Khilji," kata pengarah filem itu dalam satu kenyataan.

Kumpulan Karni Sena memberi amaran ia tidak akan membenarkan sebarang ikon sejarah Rajput dilibatkan dengan unsur kelucahan.

Menurut kisah, Padmavati mengambil keputusan melakukan "jauhar" iaitu mengambil nyawanya sendiri kerana tidak mahu menyerahkan dirinya kepada Khilji yang menyerang wilayah Chittorgarh pada 1303.

Meskipun kisah pertempuran Chittorgarh dianggap benar namun legenda Padmavati dipertikai ahli sejarah. - Metro

Lagi Tokong Menyerupai Masjid Di Klang

$
0
0
[Image: image.jpg]
Tokong berkubah warna hijau di Jalan Keramat 12

[Image: image.jpg]

KLANG 1 Feb. – Bukan satu, sebaliknya terdapat banyak lagi tokong menyerupai kubah masjid yang dibina oleh orang bukan Islam di sekitar daerah ini.

Hal itu menimbulkan persoalan mengapa Majlis Perbandaran Klang (MPK) selaku pihak berkuasa tempatan hanya melihat tanpa mengambil tindakan.

Pada masa yang sama, wujud kebimbangan lebih besar apakah begini kebebasan agama yang mahu dilihat MPK, jabatan agama dan kerajaan PKR Selangor.

Ini kerana, beberapa tokong tersebut dikesan kewujudannya hanya selepas 2008 iaitu setelah tumbangnya Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Taman Klang Utama misalnya, iaitu kira-kira lima kilometer (km) dari jarak tokong yang dirobohkan semalam mendapati terdapat dua lagi tokong menyerupai kubah masjid.

Tokong pertama dengan kubah berwarna hijau terletak di Jalan Sungai Keramat 12 manakala tokong kedua berkubah oren pula terletak di Jalan Sungai Puloh 13.

Menurut seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sofia, 30, tokong di kawasan itu dibina sejak 2010 lagi dan dibina di tepi jalan utama kawasan perumahan.

“Saya pun pelik kenapa tokong ini dibina menyerupai masjid iaitu mempunyai kubah dan berwarna hijau dan oren.

“Ketika dibina tiada mana-mana pihak berkuasa yang datang walaupun kita tahu ia dibina atas tanah milik kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada Isnin lalu tular di media-media sosial apabila seorang pemilik kopitiam bertindak membina tokong menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja.

Semalam, selepas isu itu me*nimbulkan kemarahan umat Islam, MPK bertindak merobohkan keseluruhan struktur tokong tersebut yang dibina atas rizab jalan. - Utusan

Gambar Lelaki Mirip Trump Sebenarnya Presiden Ghana

$
0
0
[Image: image.jpg]
GAMBAR seorang lelaki yang berambut seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi tular di Facebook selepas dimuat naik oleh seorang aktor komedi dan penyampai radio AS, Rickey Smiley. -GAMBAR/FACEBOOK/RICKEY SMILEY

ACCRA 2 Feb. - Gambar seorang lelaki dengan gaya rambut seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi tular selepas dimuat naik seorang aktor komedi dan penyampai radio negara itu, Rickey Smiley dalam laman Facebook miliknya baru-baru ini.

BBC News melaporkan, daripada 311 komen yang dibuat terhadap gambar tersebut, hanya dua berjaya meneka dengan tepat individu terbabit iaitu Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo.

Gambar Nana yang kini sinonim dengan nama ‘Nana Trump’ dilaporkan telah diubahsuai oleh penyokongnya dengan menambah slogan ‘Jadikan Ghana Kembali Hebat’ kerana pemimpin itu dikatakan mempunyai persamaan dengan Trump ketika berkempen sebelum ini. - AGENSI/Utusan


[Image: nintchdbpict000298354938.jpg?strip=all&w=720]
[Image: nintchdbpict000298424408-e1485938797572....=all&w=960]

Pemandu Myvi Viral Halang Ambulans Serah Diri, Beri Alasan Tak Perasan

$
0
0




[Image: mvv.jpg_1486008812.jpg]
Myvi yang menggunakan lorong kecemasan dan tidak memberi laluan kepada ambulans tular di media sosial sebelum ini.

Shah Alam: Pemandu Perodua Myvi yang menggunakan lorong kecemasan di Lebuhraya Persekutuan dengan tidak memberi laluan kepada ambulans di belakangnya serah diri kepada polis petang semalam.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, sejurus menyerah diri kira-kira 7 malam , pemandu berusia 58 tahun itu diambil keterangan.

Beliau berkata, hasil soal siasat pemandu itu menyatakan dia menggunakan lorong kecemasan kerana mahu mengambil ubat di dalam teksinya yang rosak di Glenmarie.

"Pemandu itu menyatakan dia pesakit jantung dan kencing manis, perlu mendapatkan ubat segera kerana tidak mengambil ubat lebih 24 jam.

"Pemandu itu juga memberitahu dia tidak perasan ada ambulans di belakang keretanya.

"Dia hanya perasan selepas nampak melalui cermin pandang belakang dan cuba memberi laluan tetapi tidak sempat," katanya.

Kejadian yang berlaku baru-baru ini itu turut menjadi tular di media sosial.

Sahimi berkata, saman dikeluarkan ke atas pemandu berkenaan. - Metro

Penyewa Lari Tak Bayar Bil Tertunggak, Tinggalkan Rumah Berulat

$
0
0
[Image: 02hma12_1486001676.jpg]
Keadaan rumah sewa milik seorang wanita di Taman Mantau Indah yang ditinggalkan penyewa tidak bertanggungjawab.

Seremban:Seremban: Sudahlah gagal melunaskan bil elektrik dan air tertunggak sehingga RM500, seorang penyewa sanggup meninggalkan rumah disewanya dalam keadaan rosak teruk di Taman Mantau Indah, di sini.

Lebih menjijikkan, rumah berkenaan dipenuhi ulat sampah manakala air bertakung atas lantai menyebabkan pemiliknya berusia 29 tahun menanggung kerugian lebih RM1,000 akibat perbuatan bekas penyewanya itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia berkata, dia menyewakan rumah berkenaan kepada seorang wanita bersama anak lelaki berusia lima tahun dengan kadar RM400 sebulan sejak Ogos lalu.

Nadia yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Dengkil, Selangor berkata, dia cuba menghubungi dan menghantar mesej kepada penyewanya itu tetapi tidak dijawab menyebabkan dia mengajak suaminya ke rumah berkenaan, Sabtu lalu.

Malangnya, Nadia terkejut apabila mendapati penyewanya melarikan diri dan meninggalkan rumah dalam keadaan rosak teruk serta berbau busuk.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan wanita itu dan meminta orang lain berwaspada agar kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya. - Metro

Murid Mati Dipukul Cikgu Kerana Tak Tahu Membaca

$
0
0
[Image: 02hmbeaten_cropped_1485988240.jpg]

Laikipia (Kenya): Seorang kanak-kanak 10 tahun mati semalam selepas dipukul seorang guru kerana tidak tahu membaca.

Guru berkenaan dikatakan turut mengarahkan murid lain memukul mangsa.

Polis masih memburu guru terbabit yang dilaporkan menyembunyikan diri selepas kematian kanak-kanak berkenaan, Joy Wangari, murid sebuah sekolah rendah di sini.

Ibu Wangari, Mary Wanjiku memberitahu media tempatan: “Seorang murid yang duduk di sebelah anak saya disuruh mengajarnya membaca dan memukulnya jika dia tidak boleh. Guru kelas mula memukul belakang anak saya apabila mendapati dia tidak boleh membaca.

Menurut ibu bapa lain, anak mereka juga didesak memukul Joy oleh guru itu sebagai cara dia melindungi kekejamannya.

Selepas dipukul, murid berkenaan mengadu kepada guru besar dan dia dibenarkan pulang.

Seorang jiran, Ann Wairimu berkata, dia menziarah kanak-kanak itu pada hari berkenaan.

“Dia kelihatan lemah dan mengadu sakit dada dan belakang. Joy berkata, dia dipukul guru dan rakan sekelasnya,” kata Ann.

Empat hari selepas serangan itu, keadaan Joy semakin teruk dan dia dihantar ke hospital.

Malangnya, dia meninggal dunia ketika dirawat. - Agensi/Metro

Lucu! 2 Ekor Kambing Tersekat Kepala Dalam Satu Tong Plastik

$
0
0




[Image: kmbing.jpg_1485962840.jpg]

Nepal: Kejadian melucukan ini berlaku di Lalitpur baru-baru ini, apabila dua kambing tersangkut kepala mereka dalam satu tong plastik, mungkin untuk makan sesuatu di dalam bekas itu.

Akibatnya kedua-dua kambing itu terpaksa bergerak bersama-sama tanpa dapat melihat sehinggalah ada seorang penduduk melalui kawasan itu dan ternampak kejadian berkenaan.

Lelaki yang baik hati itu kemudian mengeluarkan kepala kambing terbabit dari bekas berkenaan.

Walapun agak sukar pada mulanya namun akhirnya dia berjaya ‘membebaskan’ kepala dua kambing berkenaan.

Tidak dapat dipastikan berapa lama dua kambing terbabit tersangkut dalam tong berkenaan sebelum dilepaskan. - Metro

Facebook Najib Diserang Komen 20 Sen

$
0
0
[Image: image.jpg]

SHAH ALAM – Susulan kenaikan harga minyak yang diumumkan tengah malam kelmarin, laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihujani komen #20 sen oleh ramai netizen.

Tinjauan Sinar Harian di laman Facebook rasmi Najib Razak mendapati netizen menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenaikan itu, dengan meninggalkan komen #20 sen pada setiap kemas kini status terkini di laman berkenaan. - Sinar

Gadis Dikasari Rakan Lelaki Kerana Mahu Putuskan Hubungan

$
0
0
[Image: timthumb.php?src=http%3A%2F%2Fwww.kualal...h=300&zc=1]

REMBAU - Seorang pelajar nekad membuat laporan polis apabila mendakwa rakan lelakinya cuba mencabul dan kemudian mengasari serta merosakkan telefon bimbitnya dalam kejadian berhampiran tapak pembinaan Hospital Rembau, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang Isnin lalu, mangsa berusia 16 tahun menerima ajakan rakan lelakinya berusia 19 tahun itu untuk ke rumah seorang rakan lain dengan menunggang motosikal.

Menurut sumber, dalam perjalanan, rakan lelaki mangsa telah memberhentikan motosikal di kawasan belukar berhampiran tapak projek pembinaan hospital.

“Sebaik memberhentikan motosikal, suspek memeluk mangsa dan mangsa cuba melarikan diri, namun lelaki itu mencekik lehernya. Mangsa diekori sehingga ke rumah dan suspek telah merampas telefon bimbit mangsa serta mencampaknya ke arah jalan sehingga pecah.

“Mangsa yang berang nekad membuat laporan polis di Balai Polis Chembong pada hari yang sama kira-kira jam 9.30 malam,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, suspek yang merupakan seorang penganggur telah ditahan di rumahnya di sebuah kampung di Pedas.

“Suspek ditahan reman sehingga 3 Februari ini. Berdasarkan siasatan, suspek dan mangsa sudah berkenalan sejak tujuh bulan lalu dan menjadi rapat September tahun lepas.

“Dalam tempoh berkenaan, kedua-duanya berhubung melalui WhatsApp dan WeeChat serta sudah berjumpa kira-kira 10 kali," katanya.

Ibrahim berkata, dua hari sebelum kejadian, mangsa telah meminta memutuskan hubungan dengan suspek kerana berang dengan sikap suspek meminta wang daripadanya bagi membaiki motosikal.  

“Pada hari kejadian, mangsa bersetuju untuk berjumpa suspek kerana suspek telah berjanji untuk tidak menyentuhnya, namun hal sebaliknya berlaku sehingga menyebabkan mereka bergaduh.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya. - Sinar

Wanita Naik Myvi Hina Anggota Jpj Enggan Terima Rasuah

$
0
0
[Image: tular_1486012034.jpg]
Gambar yang dimuat naik di WeChat. FOTO ihsan pembaca

Petaling Jaya: Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJS) menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap individu yang menghina anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di media sosial selepas enggan menerima rasuah, baru-baru ini.

Presiden KPPJS, Hamzah Masri berkata, dua laporan polis sudah dibuat berhubung penghinaan terhadap anggota terbabit yang dimuat naik menerusi aplikasi WeChat.

Katanya, laporan pertama dibuat pada 28 Januari lalu oleh anggota di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, Perak dan kedua dilakukan oleh KPPJS di Balai Putrajaya, kelmarin.

Beliau berkata, tindakan individu memuat naik status bersama gambar anggota dan menyebarkannya di media sosial jelas tidak bertanggungjawab.

"Difahamkan kejadian berlaku sewaktu anggota bersama pasukannya menjalankan rondaan Op Tahun Baru Cina 2017, mereka menahan sebuah Perodua Myvi dan mengeluarkan saman kerana memandu di lorong kecemasan di Kilometer 318.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Tapah, jam 4.25 petang pada 27 Januari lalu.

"Kita minta polis cari dan ambil tindakan tegas terhadap pelaku yang memuat naik gambar berserta status menghina itu. Berdasarkan situasi, wujud cubaan suapan, maka kita harap tindakan dapat diambil SPRM," katanya.

Menerusi status dimuat naik, individu itu menghina anggota JPJ dengan pelbagai kata-kata kesat selepas anggota enggan menerima wang ditawarkan selepas dia dan rakannya disaman kerana memandu di lorong kecemasan. - Metro


[Image: C3oy_PAVUAIl4Zi.jpg]
[Image: C3oy_OjUoAEIlPu.jpg]
[Image: cover-maki-anggota-jpj.jpg?resize=960%2C640]

Rohingya Dibenar Bekerja Di Malaysia Bermula 1 Mac

$
0
0

[Image: rohinzahi.transformed.jpg]
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi mengenai isu-isu berkaitan UNHCR di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Projek Perintis Kebenaran Bekerja untuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dari etnik Rohingya akan bermula 1 Mac depan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, projek perintis itu membolehkan 300 etnik Rohingya yang melepasi tapisan keselamatan dan saringan kesihatan untuk bekerja secara berperingkat.

"Mereka ini akan ditempatkan di syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan perkilangan bertujuan untuk memberi kemahiran dan sumber kewangan bagi membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi mengenai isu-isu berkaitan UNHCR di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, inisiatif kerajaan membenarkan etnik Rohingya itu bekerja secara tidak langsung dapat menangani isu pemerdagangan orang dengan lebih berkesan.

"Selama ini ketiadaan status imigresen kepada etnik Rohingya menjadikan mereka golongan yang berpotensi untuk dieksploitasi," katanya.

Selain itu beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa komited mencari pendekatan terbaik dalam menguruskan pemegang kad UNHCR yang dizahirkan melalui melalui sifat kemanusiaan dan bantuan yang diberikan.

"Walaupun Malaysia tidak menjadi ahli kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Pelarian 1951 dan Protokol 1967, namun negara akan terus menjalinkan kerjasama rapat dengan UNHCR sebagai badan utama mengendalikan pelarian.

"MKN kini sedang dalam rangka untuk menambah baik arahan MKN No 23 tahun 2009 bagi memastikan pengurusan pemegang kad UNHCR di Malaysia dapat dibuat dengan lebih kemas dan teratur.

"Selain itu, ia turut mengambil kira kesesuaian dengan perkembangan semasa dan situasi pergerakan tidak sah mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya. - BHarian

Pakar Bedah Tertua Di Dunia Berusia 89 Tahun

$
0
0
[Image: de08527aa38e43e38fbd3f57503eba4a.ashx?la=en]
[Image: pakar%20bedah.ashx?w=620&h=413&crop=1&]
Alla Illyinichna Levushkina, tidak pernah berkahwin.

RUSSIA - Seorang pakar bedah masih melakukan beratus-ratus pembedahan dalam tempoh setahun walaupun usianya sudah mencecah 89 tahun.

Alla Illyinichna Levushkina bertugas di sebuah hospital di Rusia, di mana wanita itu melaksanakan pembedahan pada setiap hari.

Alla memulakan tugas seawal 8 pagi pada setiap hari selama 67 sebagai pakar bedah dan telah melaksanakan lebih 10,000 pembedahan.

Lebih membanggakan, tiada kematian dicatatkan sepanjang kariernya sebagai pakar bedah.

Pada usia tersebut juga, Alla masih belum berkahwin dan kini tinggal bersama sepupunya yang lumpuh di sebuah pangsapuri.

"Saya hanya mahu terus bekerja. Saya tidak perancangan jika bersara.

"Doktor bukan sahaja kerjaya tetapi merupakan hidupa saya," katanya.

Kebiasaannya, penduduk Rusia akan bersara apabila mencecah usia 50 tahun tetapi bagi Alla, beliau kini memegang rekod sebagai pakar bedah paling tua di dunia yang masih aktif bertugas.

"Saya masih bekerja kerana minat dan mahu menang serta membantu orang lain.

"Ada pesakit yang diselamatkan saya beberapa tahun dahulu selepas tiada pakar bedah mahu melakukan pembedahan ke atas mereka.

"Jadi saya sanggup lakukannya untuk memastikan mereka terus hidup," katanya. - MStar

Mengemis Tidak Dibenarkan Di Melaka, Boleh Dihukum

$
0
0
[Image: mengemis.ashx?w=620&h=413&crop=1&]

MELAKA: Melaka telah menguatkuasakan larangan mengemis daripada orang ramai di negeri itu.

Larangan itu termasuk kepada mereka yang menjaja barangan atas nama rumah kebajian dan pertubuhan keagamaan.

Mereka yang ditangkap berbuat demikian kini boleh dihukum.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata undang-undang sedia ada dibawah Enakmen Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Hal Ehwal Islam Melaka akan digunakan untuk mengheret mereka yang mengemis di jalanan ke mahkamah.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri itu mempunyai satu pangkalan data mengenai mereka yang menerima bantuan kewangan bulanan dan mereka yang meminta derma di jalanan dianggap menyalahi undang-undang.

"Mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap diberi bantuan bulanan, jadi kami merasakan tiada keperluan untuk sesiapa sahaja beralih kepada perbuatan meminta sedekah.

"Kami juga mahu membersihkan negeri ini daripada golongan meminta sedekah dengan cara menjaja barangan atas nama rumah kebajikan atau pertubuhan keagamaan," katanya.

Amaran itu, katanya, turut digunapakai terhadap warga asing yang meminta derma untuk tujuan amal.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedar kewujudan sindiket mengeksploitasi kanak-kanak dengan meminta mereka mendapatkan sedekah daripada orang ramai termasuk kawasan tumpuan pelancong.

Jelas Idris, terdapat juga aduan kanak-kanak digunakan untuk memaksa orang ramai membeli buku agama di luar perkarangan bank, restoran dan kawasan tumpuan orang ramai.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut meminta bantuan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap pesalah tersebut dan mengheret mereka ke mahkamah.

Katanya, pengawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam negeri juga akan mengesan mereka yang menjaja barangan keagamaan.

Idris berkata, undang-undang itu juga membabitkan mereka yang mengeksploitasi kanak-kanak untuk menjual barangan, kononnya bagi membiayai pertubuhan amal.

"Kami juga mendapat laporan bahawa wang yang diperolehi kanak-kanak itu dimasukkan ke dalam akaun individu yang dipercayai dalang kepada sindiket tersebut," katanya. - MStar
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live