Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Wanita Tahan Sakit Kaki Mulus Tersepit Besi Penutup Longkang

$
0
0


resim

SERI MANJUNG - Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersangkut pada penutup longkang selepas kakinya tergelincir dalam kejadian berhampiran Pusat Servis Proton di sini petang tadi.



Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, difahamkan wanita berusia 30 tahun itu datang ke kedai tersebut bersama suami untuk mendapatkan perkhidmatan servis keretanya sebelum dia berjalan di atas penutup longkang tersebut. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Ismadi Darusman berkata, ketika berjalan di atas penutup longkang itu, kakinya tiba-tiba tergelincir dan memasuki celahan penutup longkang tersebut. 

“Suami dan orang ramai berhampiran cuba mengeluarkan kaki mangsa, namun usaha mereka gagal dan bertindak membuat panggilan kepada bomba pada pukul 5.05 petang. 

“Tiba di tempat kejadian, wanita tersebut berada dalam keadaan menangis kerana sedang menahan kesakitan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Ismadi, anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong besi penutup longkang tersebut sebelum mengeluarkan kaki mangsa tanpa sebarang kecederaan. 

“Anggota kemudian membawa mangsa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 petang,” katanya. - Kosmo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788