Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Br1m 2018: Kemaskini Mulai 27 November Hingga 31 Disember

$
0
0
Kemaskini mulai 27 November ini

resim

PERMOHONAN dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 akan dibuka mulai 27 November hingga 31 Disember ini.



Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan, pemohon boleh membuat permohonan dan kemas kini melalui kaedah manual menerusi pengisian borang selain permohonan serta kemas kini dalam talian.

"Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

"Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my, malah permohonan juga boleh dibuat di portal berkenaan," kata kenyataan itu di Putrajaya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia serta pemohon gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

"Bagi penerima sedia ada BR1M 2017, kemas kini perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Selain itu dimaklumkan, kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang lain.

"Maklumat sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my.

"Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

"Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 serta emel kepada br1m@treasury.gov.my," katanya. - Metro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Trending Articles