Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live

Cikgu, Kerani Sekolah Didakwa Tipu Guru Besar

$
0
0
resim
Zainuddin (kiri) dan Saiful Rizal (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan didakwa secara berasingan atas pertuduhan menipu guru besar sebuah sekolah.

SHAH ALAM – Seorang guru dan kerani sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam masing-­masing atas dua pertuduhan menipu guru besar dengan menyerahkan sijil cuti sakit palsu.

Kedua-dua tertuduh berkenaan ialah Zainuddin Deraman, 40, merupakan seorang guru manakala Saiful Rizal Mohd. Haris, 27, merupakan seorang kerani. Mereka ialah kakita­ngan Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) di sini.

Mereka didakwa secara berasingan dengan Zainuddin didakwa di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohkta­ruddin manakala Saiful Rizal di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah secara berasingan ke atas mereka.

Zainuddin dan Saiful Rizal didakwa menipu guru besar SK Subang Bestari (2), Sapiah Jaffar, sehingga wanita berkenaan percaya bahawa dua sijil cuti sakit palsu yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh kepadanya adalah tulen. - Kosmo

Gempar 70 Pekerja Wanita Kilang Elektronik Diserang Histeria

$
0
0
resim
KEJADIAN yang bermula jam 3 pagi semalam adalah yang kedua berlaku. FOTO Ihsan pembaca

Subang Jaya: Jeritan dan raungan 70 pekerja wanita sebuah kilang elektronik di Puchong Prima, di sini, dipercayai akibat diserang histeria menyebabkan operasi kilang terpaksa ditutup sementara.

Kejadian dipercayai bermula jam 3 pagi semalam itu bukan kali pertama berlaku, malah kali ini lebih ramai pekerja wanita di kilang berkenaan mengalami gangguan.

Seorang pekerja hanya dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, sejak kebelakangan ini pekerja kilang itu khususnya wanita sering mengalami gangguan.

“Awal pagi semalam adalah kejadian kedua menyebabkan suasana gempar seketika apabila ada rakan saya mula meraung dan menjerit-jerit secara tiba-tiba.

“Saya masih bingung dengan kejadian itu, pada mulanya beberapa pekerja wanita yang sedang menjalankan tugas menjerit secara tiba-tiba sebelum berjangkit kepada pekerja wanita lain sehingga suasana menjadi hampir tak terkawal,” katanya. - Metro

Pemuda Patah Hati Lepas Putus Cinta Cuba Terjun Bangunan

$
0
0
resim
Anggota bomba cuba menenangkan mangsa di Casa Indah Kondominium, Bukit Idaman.

Batu Caves: Cubaan seorang lelaki terjun dari tingkat 19 di Casa Indah Kondominium, Bukit Idaman akibat tekanan perasaan gagal apabila dipujuk anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi, lelaki berusia 22 tahun itu dilihat duduk dalam kedudukan berbahaya di birai koridor luar, ruang udara bahagian tengah bangunan.

Jurucakap BBP Selayang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.09 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

“Seramai 10 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, lelaki berkenaan duduk di birai koridor dalam keadaan fikiran bercelaru,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba menghampiri lelaki itu dan mula memujuknya.

“Lelaki itu pada mulanya enggan bekerjasama, malah menyuruh anggota bomba meninggalkan dia berseorangan.

“Anggota yang bimbang lelaki itu bertindak di luar jangkaan tidak berputus asa dan memujuk lelaki itu sejam sebelum lelaki terbabit mula berlembut,” katanya.

Beliau berkata, sebaik ditenangkan, lelaki berkenaan mendakwa dia mengalami masalah putus cinta dan tekanan perasaan. - Metro

Biji Kacang Tersekat Dalam Telinga Sudah Pun Bercambah

$
0
0
resim
DR Zhang memeriksa telinga Haohao. - Daily Mail

resim
IMBASAN kacang yang sudah bercambah. - Daily Mail

Beijing: Seorang budak lelaki berusia enam tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas sebutir kacang tersangkut di dalam telinganya tanpa disedari, malah sudah bercambah sebelum berjaya dikeluarkan.

Kacang itu ditemui ibunya, dikenali sebagai Peng, ketika cuba membersihkan telinga kanak-kanak itu, Haohao, pada 24 April lalu.

Doktor mengesahkan butiran di dalam telinga Haohao memang kacang yang sudah bercambah di dalam saluran telinganya.

Pakar telinga, hidung dan tekak Dr Zhang Xiao Chun berkata, dia terkejut melihat kacang berkenaan jauh di dalam rongga telinga kanak-kanak itu.

“Mungkin ia termasuk ke dalam telinganya tanpa disedari ketika Haohao bermain pasir atau mungkin juga rakannya memasukkannya ke situ tanpa disedarinya,” katanya.

Menurutnya, kacang itu berjaya dikeluarkan selepas pembedahan selama 30 minit.

Dr Zhang berkata, keadaan suhu di dalam telinga sekitar 37 darjah Celsius dan lembap amat sesuai untuk pembesaran kacang.

Haohao kini semakin pulih dan akan dibenarkan pulang dalam masa beberapa hari. - Metro

3 Pelajar Lemas Ketika Sertai Perkhemahan Sekolah Di Sabah

$
0
0
resim 

LOKASI mangsa ditemui lemas. FOTO ihsan bomba

Beaufort: Tiga pelajar ditemui lemas ketika menyertai program perkemahan sekolah di sebuah resort di Membakut, Beaufort, jam 9.30 pagi, hari ini.

Mangsa Hafiz Hamizan Rahman, 16, Daniel Norman, 16, dan Khuzaimi Zakaran, 17, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan ditemui guru pengiring sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Runzee Abd Thani berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.40 pagi mengenai pelajar dilaporkan lemas sebelum sepasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk bantuan menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah ditemui dan seorang dibawa ke Hospital Beaufort, manakala dua lagi mangsa dibawa ke Klinik Daerah Membakut.

"Pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan di lokasi kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, anggota bomba seterusnya ke hospital untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Difahamkan, seramai 120 pelajar dan 30 guru pengiring mengikut program perkemahan berkenaan. - Metro

Donald Trump Tak Sangka Tugas Sebagai Presiden Amerika Susah Rupanya

$
0
0
resim
TRUMP melaksanakan tugas umum buat kali pertama apabila menjejak kaki di Rumah Putih pada 20 Januari lalu. - Foto Reuters

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengaku rindu untuk memandu dan terkejut mendapati jawatan presiden tidak semudah disangkanya.

Beliau berkata demikian kelmarin, pada 100 hari pertamanya sebagai Presiden Amerika Syarikat.

"Saya sukakan kehidupan saya sebelum ini. Banyak perkara berlaku.

"Terlalu banyak kerja sekarang berbanding dahulu. Saya sangkakan ia lebih senang," katanya dalam temubual dengan Reuters.

Ahli perniagaan kaya raya dari New York, Trump melaksanakan tugas umum buat kali pertama apabila menjejak kaki di Rumah Putih pada 20 Januari lalu selepas menewaskan Senator Hillary Clinton pada pilihan raya presiden November lalu.

Trump, yang berkata beliau sudah biasa tidak mempunyai privasi dalam kehidupan lamanya, meluahkan rasa terkejut dengan sedikit masa persendirian yang dimilikinya sekarang.

Beliau juga menegaskan masih menyesuaikan diri mendapat perlindungan unit Perkhidmatan Rahsia semalam 24 jam dan kekangan yang dihadapi.

Trump berkata, beliau rindu untuk memandu sendiri kereta kerana kini tidak boleh berbuat demikian.

"Saya suka memandu. Saya tidak boleh memandu lagi sekarang," katanya. - Reuters/BHarian

Polis Bongkar Rumah Sewa Dijadikan Port Lepaskan Nafsu

$
0
0
resim
Antara individu yang ditahan.

SEPANG - Sebuah rumah teres di Taman Murni 2, dekat sini, yang dijadikan sebagai ‘port’ untuk melempiaskan nafsu dibongkar.

Kegiatan itu didedah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor bersama sepasukan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dalam serbuan, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, serbuan kira-kira jam 10.45 malam itu bertindak hasil risikan dan maklumat pihaknya.

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, sembilan wanita membabitkan warga Vietnam, Thailand Myanmar ditangkap disyaki merupakan pekerja seks dan tukang urut.

“Dalam serbuan itu, dua lelaki masing-masing penjaga premis dan pelanggan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita telah merampas tuala, botol minyak, tisu, kondom dan wang tunai,” katanya.

Mengulas tentang kegiatan tidak bermoral itu, Fadzil berkata, rumah terbabit disewa dan telah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu kira-kira sejak tujuh bulan lalu. Rata-rata pelanggan adalah merupakan warga asing ini ditawarkan harga RM130 untuk aktiviti urut dan seks.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, kelmarin, di sebuah premis di Bandar Mahkota Cheras, Kajang, tujuh wanita dan seorang lelaki warga Thailand dicekup kira-kira jam 11.30 malam, apabila dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral. - Sinar

Monyet Obesiti Jadi Terkenal Di Thailand, Makan Apa Saja Diberi Pengunjung

$
0
0
resim
resim

BERATNYA mencecah 15 kilogram, dua kali ganda berbanding monyet spesis yang sama, semuanya kerana tabiatnya meminta makanan daripada pelancong.

Monyet berekor panjang yang dikenali sebagai Uncle Fatty ini sering kelihatan berkeliaran di sebuah pasar di Bangkok, Thailand.

Tabiat pemakanannya yang tidak dikawal itu menyebabkan perutnya membuncit.

Tinjauan pihak hidupan liar baru-baru ini mendapati Uncle Fatty makan jagung, mee, tembikai, kelapa dan pelbagai jenis minuman yang diberi pengunjung di pasar terapung itu.

Susulan keadaannya mencecah tahap obesiti, Uncle Fatty telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kumpulan konserversi yang dikenali sebagai Pencinta Monyet itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati keadaan kesihatan Uncle Fatty tidak membimbangkan.

"Ia cuma gemuk tetapi kesihatannya baik, beratnya yang keterlaluan itu kerana memakan apa saja yang diberi pengunjung pasar," kata wakil kumpulan itu, Kawinoat MongKholtechaphat.

Bagaimanapun, Taman Negara, Hidupan Liar dan Konservasi telah memindahkan Uncle Fatty ke Pusat Hidupan Liar Nakhon Nayok untuk menjalani pemerikaan kesihatan terperinci. - MStar

Cabut Kondom Senyap-senyap Ketika Setubuh Patut Dianggap Jenayah, Kata Aktivis

$
0
0
resim
Menurut 'Columbia Journal of Gender and Law', mencabut kondom ketika bersetubuh semakin meningkat dan perlu dianggap serangan seks. — Foto AFP

TAMPA, 29 April — Kes-kes mencabut kondom diam-diam ketika bersetubuh, tanpa persetujuan pasangan, sedang meningkat dan harus dianggap "jenayah berat".

Lelaki yang melakukan tindakan ini, digelar "stealthing", berbangga di internet walau ia boleh menyebarkan penyakit atau menyebabkan kehamilan tanpa dirancang.

Dalam laporan jurnal Columbia Journal of Gender and Law, pengarang makalah isu ini menggesa tindakan itu dianggap sejenis serangan seks, lapor USA Today. 

Alexandra Brodsky berkata tiada undang-undang khusus menangani gejala berbahaya ini tetapi beliau melihat ia melanggar undang-undang jenayah dan sivil.

Kajian itu menunjukkan forum-forum maya menjadi tempat lelaki mengajar cara-cara melakukannya, menganggap tindakan itu "hak untuk menyebarkan benih."

Portal itu juga melaporkan peguam Hunter Chamberlain berkata tiada peruntukan khusus untuk mensabitkan kesalahan mencabut kondom. 

Menyifatkan tindakan ini tidak boleh diterima, namun beliau mengakui sukar membuktikan ia "serangan seks" kerana pasangan asalnya setuju bersetubuh. 

Mengulas gejala ini, lapor The Independent, seorang aktivis wanita Ireland menggesa tindakan "keji" ini dikategorikan sebagai "jenayah berat". 

"Ia sewajarnya ditakrif sebagai sejenis serangan [seks] bawah undang-undang Ireland," kata Clíona Saidléar dari Jaringan Krisis Rogol Ireland (RCNI). 

Beliau berkata tindakan itu boleh dianggap salah di sisi undang-undang kerana ia memerlukan persetujuan bersama pasangan untuk menanggalkan kondom.

Menjadi hak seorang wanita untuk menentukan "apa yang terjadi pada tubuhnya", kata Saidléar lagi. - MMO

Penduduk Gempar Sejadah, Telekung Berdiri Sendiri Di Kedah

$
0
0
resim
resim
Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid (baju biru) yang secara kebetulan berada di kampung terbabit turut menyaksikan kejadian. – Foto Astro AWANI

SIK: Penduduk di sekitar kawasan Jeneri di sini gempar seketika susulan kejadian kain sejadah dan telekung yang dikatakan secara tiba-tiba berdiri tegak seolah-olah seperti kedudukan orang sedang bersolat.

Kejadian itu disedari Zahrizan Ghazali, 47, seorang penduduk Kampung Tok Aris pada jam 1.45 petang semalam sewaktu dia ingin menunaikan solat Zohor bersama anak perempuannya.

Kata Zahrizan pada awalnya, dia sedang membentangkan sejadah untuk menunaikan solat dan masuk seketika ke dalam bilik untuk menyarungkan kain (telekung).

Bagaimanapun, sebaik keluar daripada bilik, dia terkejut melihat sejadah dan kain telekungnya berdiri tegak seolah-olah orang sedang bersolat.

Dia yang terkejut lalu memanggil kelima-lima anaknya bagi memaklumkan kejadian aneh itu.

Perkara itu turut di kongsi Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid yang secara kebetulan berada di kampung terbabit dalam rutin mingguan beliau menziarahi rakyat.

Katanya kejadian itu perlu dijadikan iktibar.

"Saya menyifatkan kejadian ni sebagai satu yang perlu diambil iktibar dan yang pentingnya kita yakin bahawa setiap kejadian tu ada hikmah. 

"Kita sebagai orang Islam percaya bahawa Allah boleh menunjukkan apa juga kebesaran. Cuma elakkanlah kita percaya kepada benda-benda khurafat," kata Mahadzir.

Sebelum ini beberapa kejadian sejadah berdiri pernah dilaporkan berlaku di Terengganu, Kedah dan Johor turut mengemparkan penduduk setempat. - Awani


resim
resim
resim
resim

Pakai Kain Pelikat: Pelajar Didenda Kerana Berseluar Ketat Ke Sekolah

$
0
0
 
resim
GAMBAR yang menjadi tular di media sosial. FOTO ihsan pembaca

Rawang : Seorang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati selepas dikenakan hukuman memakai kain pelikat di sekolah sepanjang sesi petang persekolahan.

Malah, seluar sekolah yang diletakkan di dalam loker guru disiplin juga didakwa tidak dipulangkan sehingga memaksa pelajar tersebut pulang dengan berkain pelikat.

Kejadian itu berlaku Selasa lalu berpunca dari kesalahan pelajar terbabit memakai seluar sekolah ketat sebelum diminta untuk melonggarkan semula jahitan yang sudah diubah suai sendiri.

Laporan polis dibuat pelajar terbabit jam 7.15 petang di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari yang sama.

Menurut pelajar itu, dia masuk ke sekolah jam 1 tengah hari dengan berpakaian lengkap, namun selepas perhimpunan dia dipanggil oleh guru disiplin berhubung kesalahan seluar ketat.

"Guru disiplin panggil saya suruh potong seluar sekolah bagi habis dan diberikan kain sarung.

"Cikgu beritahu akan berikan semula seluar sekolah bila mahu tamat waktu (persekolahan) tapi cikgu disiplin sudah balik bersama kunci (loker) dan seorang lagi cikgu suruh saya pulang dengan kain sarung," katanya. - Metro


resim

Cikgu Mengaku Tiduri Pelajarnya Sendiri

$
0
0
resim
Tad hilang bersama pelajarnya. - Foto Reuters

TENNESSEE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang guru, Tad Cummins yang dituduh 'menculik' pelajarnya berusia 15 tahun, mengaku kepada isterinya bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan gadis tersebut.

Memetik laporan New York Post, perkara menjijikkan itu didedahkan isterinya, Jill selepas satu perbualan telefon dengan suaminya di penjara sejurus selepas penahanan lelaki terbabit pada 20 April lalu.

"Saya bertanyakan kepada suami saya, adakah awak tidur dengan gadis terbabit? Dia menjawab...Ya," katanya.

Jill memfailkan perceraiannya bulan lalu selepas bekas suaminya itu menghilangkan diri bersama gadis terbabit.

Kehilangan mereka menyebabkan pencarian besar-besaran di seluruh negara, sebelum pasangan terbabit muncul di sebuah pekan kecil berhampiran Utara California.

Ekoran itu, Tad ditahan atas dakwaan menculik dan jika disabit salah akan berdepan hukuman penjara 10 tahun. - Sinar

Nenek 72 Tahun Jadi Jutawan Cabutan Ssp Bsn

$
0
0
resim
ENG Kooi Lan (dua dari kanan) menerima replika cek Cabutan Istimewa RM1 juta bulan Mac SSP, BSN daripada Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Peruncitan dan Perniagaan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah (kanan) dalam satu majlis di pusat beli-belah Aeon Bandaraya.- Foto Noor Azurin Mohd Sharif

MELAKA: Seorang nenek dari Perak bergelar jutawan apabila diumumkan sebagai pemenang utama RM1 juta Cabutan Istimewa Mac, Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Peniaga mi kuning, Eng Kooi Lan, 72, menerima hadiah utama itu daripada Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Peruncitan dan Perniagaan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah, pada satu majlis di pusat beli-belah Aeon Bandaraya, di sini, hari ini.

S Vimala, 38, dari Negeri Sembilan memenangi kereta mewah BMW 318i, manakala remaja Orang Asli, Saifol Ngah, 17, dari Perak pula membawa pulang RM10,000 selepas memenangi Cabutan Remaja Kategori Khas bagi Mac.

Selain itu, Nabilla Jais, 17, dari Melaka memenangi iPhone 7 menerusi Cabutan Remaja Kategori Biasa Januari.

Kooi Lan dan Vimala bagaimanapun enggan ditemu bual wartawan selepas majlis berkenaan.

Saifol ketika ditemui menganggap kemenangan itu sebagai sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya.

"Saya membuka akaun simpanan BSN SSP sejak di sekolah rendah atas inisiatif seorang guru.

"Kemenangan ini sangat mengejutkan dan saya bercadang untuk menggunakan wang ini bagi melanjutkan pelajaran," katanya yang ditemani bapanya, Ngah Sikek, 53.

Sementara itu, Mearia berkata, ganjaran hebat kali ini bertujuan menggalakkan lagi simpanan SSP.

"Daripada nilai keseluruhan ganjaran sebanyak RM17.7 juta, sebanyak 13,536 ganjaran akan ditawarkan kepada penyimpan BSN SSP sepanjang tahun ini dengan 1,128 ganjaran akan diberikan pada setiap bulan.

"Jumlah simpanan SSP kita juga sudah mencecah RM3.3 bilion setakat ini, malah tahun lalu saja berjumlah RM400 juta," katanya ketika ditemui selepas majlis itu. - BHarian

Wanita Positif Dadah Salahkan Kawan Yang Letak Dalam Minuman

$
0
0
resim
Antara pengunjung yang ditahan.

Kuala Lumpur: “Saya tak ambil apa-apa. Kawan letakkan sesuatu dalam minuman saya masa minum malam tadi (semalam),” dakwa seorang wanita yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, di sini, selepas didapati positif dadah, malam kelmarin.

Malah, wanita berusia 24 tahun itu turut mengaku mempunyai seorang anak berusia dua tahun dan meninggalkan anaknya itu kepada ibunya untuk dijaga sementara dia berhibur di pusat hiburan berkenaan.

Ketua Penyelaras Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Azman Mahmood berkata, wanita itu antara 17 yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi bermula jam 1 pagi semalam di pusat hiburan itu.

Katanya, dalam serbuan yang disertai pelbagai agensi itu, seramai 102 pengunjung disaring ujian air kencing yang mana 13 lelaki dan empat wanita didapati positif,” katanya.

Ketika disoal, wanita itu mendakwa dia tidak mengambil sebarang bahan terlarang dan mendakwa mungkin ada rakannya yang memasukkan dadah ke dalam minumannya sebelum dia ditahan. - Metro

Pelakon Kemboja Digantung Selama Setahun Kerana Terlalu Seksi

$
0
0
resim
resim
resim

Phnom Penh: Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja menggantung pembabitan seorang pelakon wanita berusia 24 tahun daripada industri hiburan selama setahun kerana dianggap terlalu seksi.

Menurut Phnom Penh Post, arahan itu dibuat selepas pelakon terbabit, Denny Kwan enggan mematuhi arahan supaya mengehadkan pemakaian pakaian terlalu menjolok mata.

Tahun lalu, Denny diarahkan untuk ‘diajar’ oleh kementerian mengenai cara berpakaian selepas gambarnya memakai gaun tersebar di media tempatan.

Phnom Penh Post berkata, hukuman itu selari dengan Kod Etika Kelakuan Artis yang meminta mereka berpakaian dengan cara yang mempamerkan maruah dan jati diri baik.

Syarikat yang terbabit dalam industri hiburan turut diingatkan supaya tidak bekerjasama dengan pelakon terbabit.

Ketua Pengarah kementerian itu, Chamroeun Vanntha berkata:.“Arahan berkenaan dibuat kerana Denny tidak mematuhi kod perilaku artis.

“Kami sudah memberi peringatan kepadanya dan dia berjanji mematuhi namun masih berkelakuan sama.”

Mengulas sekatan itu, Denny berkata: “Saya tahu saya ada hak untuk berpakaian mengikut kehendak diri, tetapi budaya Kemboja tidak dapat menerimanya. Saya akan cuba tidak memakai pakaian terlalu seksi seperti selalu dimuat naik ke Facebook.”

Dia turut memberitahu yang dia menerima sekatan itu. - Metro

Pelajar Dipotong Kaki: Madrasah Akhirnya Tampil Buka Mulut

$
0
0


resim

KOTA TINGGI - Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi hari ini pertama kalinya tampil dalam satu kenyataan sekali gus merungkai segala pertanyaan orang ramai ekoran kejadian yang berlaku.



Menerusi kenyataan dikeluarkan jemaah pengurusan di Facebook rasmi madrasah berkenaan dipetik berkata, seperti mana yang dipersoalkan orang ramai, pihak madrasah mengakui maklum tentang rekod jenayah lampau dimiliki pembantu warden berkenaan.

Menurutnya, pembantu warden tersebut telah mengaku sendiri tentang sejarah lamanya setelah diterima berkerja di madrasah sekali gus membuatkan pihak madrasah memahaminya yang cuba bersikap jujur untuk membaiki kehidupan.

"Kerana kami maklum, dia telah diberi parol dan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik.  

"Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya pengarah penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang kedua untuknya.

"Apakah pendirian anda semua tentang memberi peluang kepada seseorang untuk menjadi lebih baik?

"Semoga kita semua terus diberi peluang untuk menjadi lebih baik dan berubah kearah yang lebih baik. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan beliau bukan seorang ustaz.

"Kami berani menyatakan komitmen beliau melebihi para ustaz di madrasah kearah berubah menjadi insan yang lebih baik.  Kekurangan seorang manusia tidak sepatutnya memberhentikan dia terus menjadi manusia," kenyataan itu dipetik.

Katanya, kenyataan itu bagaimanapun tidak sama sekali membela pembantu warden tersebut ketika dia memilih untuk mengambil tindakan  terhadap pelajar dengan menggunakan getah paip.

Jelasnya, kejadian yang berlaku (sebat) ia bukan seperti yang orang ramai gambarkan dan pihaknya mempunyai bukti kejadian dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang telah diserah pada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam tulisan tersebut turut memaklumkan, kenyataan dikeluarkan itu sama sekali tidak bertujuan untuk mengganggu siasatan atau mengulas perkara-perkara yang mungkin memberi kesan kepada siasatan pihak berkuasa.

Sebaliknya, tulisan itu dibuat kerana setelah hampir dua minggu madrasah menerima kecaman, tohmahan dan ugutan, serta begitu banyak tekanan diberi tanpa sebarang jawapan.  

Ekoran itu, atas rasa kebimbangan sekiranya tiada sebarang jawapan dari madrasah, ia akan terus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dan memungkinkan fitnah berleluasa.  

Kenyataan itu turut memaklumkan tulisan berkenaan tidak dapat memberi fokus yang banyak tentang sikap Allahyarham Thaqif,  dakwaan penderaan, dan hal-hal yang mungkin mengganggu emosi keluarga Allahyarham.

Ia berikutan kerana sedari awal pihak madrasah telah menjaga adab untuk sama sekali tidak mahu mengguris perasaan keluarga Allahyarham.

Selain itu, tulisan berkenaan turut mengakui madrasah tersebut tidak didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak disyaratkan namun madrasah sangat gembira untuk mendaftar dibawah kementerian apapun selagi ia boleh menambah baik sistem di madrasah tersebut.

"Seperti yang ditularkan dan ada didalam dada akhbar tentang luahan arwah menggambarkan beliau sedang merasa perit semasa proses pembelajaran di MTAJ,  ia agak sukar dijelaskan buat masa ini.  

"Bagaimanapun,  terdapat enam keping lagi surat dari arwah yang mungkin boleh menjelaskan watak sebenar arwah yang telahpun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Istilah yang digunakan mungkin tidak boleh menggambarkan hakikat sebenar kejadian.  Sebagai contoh,  bila sesorang pelajar menggambarkan dia dibuli,  kita harus mendalami hakikatnya. Apakah buli yang kita faham?

"Untuk hal ini,  kita beri ruang untuk polis jalankan siasatan," katanya yang turut mengalu-alukan lawatan masyarakat ke madrasah tersebut.

Jelasnya, MTAJ tidak mahu mendabik dada mengatakan tiada pelajar yang mungkin mengambil kesempatan terhadap pelajar lain,  kerana ia berpotensi untuk berlaku dimana-mana sahaja pusat pengajian, namun,  dalam konteks MTAJ,  ia adalah terkawal.  

Tegasnya, MTAJ juga adalah sebuah madrasah tahfiz yang didirikan dengan bantuan ramai umat islam dan sama sekali tidak berteraskan keuntungan.

Oleh yang demikian,  apa jua bentuk sumbangan kewangan digunakan untuk melengkapkan fasiliti agar anak-anak MTAJ dapat belajar dengan serba serbi dan cukup.

Sebelum ini kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada 19 April menjadi tular di media sosial selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden madrasahnya.

Selepas kedua-dua belah kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku  dan  dijadualkan  dipotong dari jari hingga bawah siku, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Bagaimanapun, selepas lapan hari bertarung nyawa, akhirnya Allahyarham Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang pada 26 April lalu ketika sedang dalam rawatan di HSI. - Sinar


======


resim

PENCERAHAN ISU : MOHD THAQIF AMIN.

Subhanallah. Walhamdulillah. Wallahuakbar.

Dengan lafaz Basmalah, semoga Allah beri faham.

Buat pertama kalinya tulisan ini dikeluarkan. Buat tatapan anda yang ingin mendengar atau mengetahui terlebih dahulu dari kami sebelum berkata atau mengulas mengenai isu Thaqif.

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar ( MTAJ ) mengesahkan bahawa Madrasah ini adalah Madrasah yang diviralkan tentang Allahyarham Mohd Thaqif Amin.

Tulisan ini samasekali tidak bertujuan untuk mengganggu siasatan atau mengulas perkara2 yang mungkin memberi kesan kepada siasatan pihak berkuasa.

Tulisan ini dibuat kerana setelah hampir 2 minggu MTAJ menerima kecaman, tohmahan dan ugutan, serta begitu banyak tekanan diberi tanpa sebarang jawapan. Atas rasa kebimbangan kami sekiranya tiada sebarang jawapan dari MTAJ, ia akan terus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dan memungkinkan fitnah berleluasa. Nauzubillah...

Berikut adalah sedikit ringkasan penjelasan. Semoga hati baik tuan-tuan, dapat menimbang seterusnya membuatkan kita lebih berhati-hati dalam percakapan ataupun tulisan.

Tulisan ini tidak dapat memberi fokus yg banyak ttg sikap Allahyarham Thaqif, dakwaan penderaan, dan hal2 yg mungkin mengganggu emosi keluarga arwah. Kerana kami sedari awal telah menjaga adab untuk samasekali tidak mahu mengguris perasaan keluarga arwah.

1. Apa yang anda bayang ttg penderaan? Ia berlaku setiap hari, disiksa, disebat dgn getah paip tanpa pertimbangan dengan libasan sekuat hati mengikut kudrat seorang lelaki dewasa kepada seorang kanak-kanak?

Jika itu yang anda bayangkan, ia meleset samasekali. Alhamdulillah, MTAJ dilengkapi 24 CCTV dan " program sebatan" itu masih tersimpan dan telahpun diserahkan kepada PDRM untuk siasatan. Semoga PDRM dengan profesional dapat menilai kadar sebatan tersebut samada ia boleh ditakrifkan sebagai penderaan.

2. MTAJ adalah sebuah madrasah tahfiz yang didirikan dengan bantuan ramai umat islam. Ia samasekali tidak berteraskan keuntungan. Kerana itu, apa jua bentuk sumbangan kewangan digunakan untuk melengkapkan fasiliti agar anak-anak MTAJ dapat belajar dengan serba serbi cukup. Tidak lah mewah, tetapi terurus. MTAJ dilengkapi dengan kemudahan asas seperti asrama, ruang kelas, surau, dewan makan, gelanggang badminton, gelanggang futsal, gymnasium dan lain2 serta sistem pentadbiran yang kemas.

Tidaklah mencapai ISO seperti jabatan kerajaan, tetapi kami sangat komited untuk membawa MTAJ kearah itu. MTAJ memberi penekanan pada aspek kebersihan yang maksimum, dan kawalan keselamatan serta kebajikan pelajar.
Tuan-tuan dgn niat yang baik, boleh hadir sendiri melawat keadaan MTAJ harini.

3. MTAJ mempunyai 17 kakitangan terdiri daripada guru-guru, warden, staf pentadbiran, pegawai multimedia, tukang masak, cleaner, dan pengurusan am, untuk mengurus 109 pelajar dari semua sudut mulai pembelajaran, kesihatan, keraian, makan minum, dan sebagainya. Ia tidak dijalankan secara sambil lewa apatah lagi untuk membiarkan penderaan berlaku.

4. Premis MTAJ ini telah pun diberi pengesahan keselamatan oleh Jabatan Bomba dan Jabatan kesihatan. Kami berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Johor sesuai dengan peraturan Pengawalan Sekolah Agama Islam Johor 1991.

MTAJ telah melalui proses pendaftaran yang melayakkan madrasah ini mendapat kelulusan beroperasi selama 5 Tahun yang akan berkahir pada Disember 2021 dan Madrasah ini mendapat pengiktirafan sebagai madrasah tahfiz cemerlang peringkat Daerah Kota Tinggi serta dicalonkan untuk Anugerah Madrasah Tahfiz Cemerlang Negeri Johor. ( Boleh rujuk, Bahagian Pendidikan Islam, JAIJ)
Madrasah ini tidak didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak disyaratkan. MTAJ sangat gembira untuk mendaftar dibawah kementerian apapun selagi ia boleh menambah baik sistem di MTAJ.

5. Seperti yang ditularkan dan ada didalam dada akhbar tentang luahan Arwah menggambarkan beliau sedang merasa perit semasa proses pembelajaran di MTAJ, ia agak sukar dijelaskan buat masa ini. Walaubagaimanapun, terdapat 6 keping lagi surat dari arwah yang mungkin boleh menjelaskan watak sebenar arwah yang telahpun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Istilah yang digunakan mungkin tidak boleh menggambarkan hakikat sebenar kejadian. Sebagai contoh, bila sesorang pelajar menggambarkan dia dibuli, kita harus mendalami hakikat nya. Apakah buli yang kita faham? Untuk hal ini, kita beri ruang utk polis jalankan siasatan.

MTAJ tidak mahu mendabik dada mengatakan tiada pelajar yg mungkin mengambil kesempatan terhadap pelajar lain, kerana ia berpotensi untuk berlaku dimana2 sahaja pusat pengajian. Namun, dalam konteks MTAJ, ia adalah terkawal. InsyaAllah.

6. Suatu yang ramai orang persoalkan tentang pembantu Warden yang mempunyai rekod jenayah lampau.

Syafiq mengaku sendiri ttg sejarah beliau setelah diterima berkerja. Dan ia membuatkan kami memahami beliau cuba jujur untuk membaiki kehidupan.

Kerana kami maklum, syafiq telah diberi parol dan dibebaskan awal kerana berkelakuan baik. Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya Pengarah Penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang kedua untuknya.

Apakah pendirian anda semua tentang memberi peluang kepada seseorang untuk menjadi lebih baik?

Semoga kita semua terus diberi peluang untuk menjadi lebih baik dan berubah kearah yang lebih baik. Amin

7. Syafiq menjalankan tugas dgn baik dan beliau bukan seorang ustaz. Kami berani menyatakan komitmen beliau melebihi para ustaz di MTAJ kearah berubah menjadi insan yang lebih baik. Kekurangan seorang manusia tidak sepatutnya memberhentikan dia terus menjadi manusia.

Penyataan ini sama sekali tidak membela syafiq ketika beliau memilih untuk mengambil tindakan terhadap pelajar dgn menggunakan getah paip. Tetapi percayalah, ia bukan seperti yang anda gambarkan. Kami mempunyai bukti kejadian dalam rakaman CCTV. ( Telah diserah pada PDRM )

8. Terdapat banyak lagi perkara yang mungkin tidak terjawab dalam tulisan ini. Namun, anda boleh mendapatkan hasil siasatan daripada pihak yg berwajib. MTAJ telah pun memberi kerjasama penuh dalam siasatan yg dijalankan terdiri daripada JAINJ, PDRM, PPID, MAIJ, JKM, Jabatan Kesihatan dan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan ( PINTA ).

MTAJ bersama seluruh karyawan, para pelajar dan muafakat ibu bapa yang sangat mendokong kami, walaupun berasa amat sedih dengan tohmahan yang tersebar namun atas dasar kasih sesama manusia yang tidak lepas dari salah silap membuatkan kami sedar dan sentiasa memberi kemaafan. Namun begitu, secara hukumnya, perkara tidak benar yang telah tersebar oleh sesiapapun maka wajiblah ia bertaubat kepada Allah dan berusaha membaikinya.

Kami sangat mesra masyarakat. Anda dialu-alukan untuk hadir ke MTAJ untuk membuat lawatan. Doakan kami. Semoga kami dapat terus memberi manfaat.

Sekian terima kasih.

Jemaah Pengurusan MTAJ.
30 / 04 / 2017

Candat Sotong, Nelayan Mampu Raih Rm2,800 Satu Malam

$
0
0
resim
Nelayan di Merchang menunjukkan hasil tangkapan sotong yang dilakukan melalui aktiviti mencandat. - Foto Sinar Harian

MARANG - Nelayan pantai di Marang kini berlumba-lumba untuk turun ke laut dengan misi untuk menangkap sebanyak mungkin sotong atau nama saintifiknya ‘teuthida’ yang mula membanjiri perairan berkenaan bermula pada bulan ini.

Lambakan haiwan itu secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada mereka termasuk pemborong dan peniaga manakala pembeli pula akan merasai nikmat luar biasa hasil daripada lambakan sotong sepanjang musim mencandat.

Malah ada dalam kalangan nelayan tempatan di sini mengakui mampu untuk memperoleh sehingga RM2,800 melalui aktiviti mencandat sekiranya mereka berjaya menaikkan sotong sebanyak 100 kilogram dalam tempoh hanya satu malam.  

Salah seorang nelayan, Supri Mansur, 52, ditemui di Merchang di sini, berkata, sepanjang musim mencandat bermula Mei hingga Julai ini mereka mampu menaikkan sotong dalam kuantiti lebih banyak berbanding pada hari-hari biasa.

Menurutnya, musim mencandat sotong pada setiap tahun memberi peluang kepada nelayan untuk meraih pendapatan lebih dan mereka mampu meraih lebih RM5000 bermula sejak Mei sehingga tempoh musim mencandat berakhir.

“Tahun lepas kurang sikit…tahun ini waktu sekarang ini sudah ada (sotong) sikit-sikit. Saya berharap apabila bulan cerah nanti sotong ini akan bertambah lagi jika tidak diganggu oleh (bot) pukat tunda,” katanya kepada Sinar Harian.

Supri berkata, ketika ini sotong dijual pada harga RM28 sekilogram dan ada kalanya mereka mampu menaikkan sehingga 100 kilogram sotong semalaman selepas keluar menangkap haiwan itu kira-kira jam 5 petang dan pulang ketika Subuh.

Bagaimanapun kata Supri, pendapatan lumayan seperti itu bukan selalu diperoleh kerana ia bergantung kepada nasib mereka dan keadaan cuaca semasa dan ada ketikanya mereka terpaksa pulang dengan hanya lima kilogram sotong sahaja.    

“Tangkapan yang dicandat itu akan dijual kepada pemborong sebelum hasil makanan laut itu dapat dipasarkan di sekitar daerah ini pada harga pasaran semasa dan dijangka menjadi jauh lebih rendah ketika bulan terang tidak lama lagi,” katanya. - Sinar

Budak Darjah 3 Menang Kereta Peugeot 408

$
0
0
resim
RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyampaikan replika kunci kepada Muhammad Farhan Hakimi Mohamad Nor, 9, yang memenangi Peugeot 408, sambil ditemani Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. FOTO Azhar Ramli

Kangar: Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Serdang, Simpang Empat, di sini, cukup bertuah hari ini apabila dapat bawa balik Peugeot 408.

Dia mendapat kereta bernilai lebih RM130,000 itu selepas namanya dipilih dalam cabutan bertuah sempena Perlis Marathon 2017, di Stadium Syed Putra Jamalullail, hari ini.

Keret dan hadiah caburan bertuah lain disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Muhammad Farhan Hakimi Mohamad Nor, 9, berkata sekolah mendaftarkan namanya sebagai peserta maraton itu selepas dia muncul juara acara merentas desa di sekolah.

"Sebenarnya saya datang sebagai wakil sekolah bag kategori 5 Kilometer Junior dan untuk memeriahkan Perlis Marathon yang pertama kali saya sertai.

"Saya tak tau pun hadiah cabutan bertuah ialah kereta dan tak terfikir berpeluang untuk memenanginya.

"Apapun, saya bersyukur memenangi hadiah ini. Sungguhpun saya belum cukup umur untuk memiliki lesen kenderaan, saya akan minta tolong abang memandu dan membawa saya dan ibu untuk ke Kuala Lumpur nanti," katanya.

Muhammad Farhan Hakimi adalah antara 12,500 peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai acara Perlis Marathon 2017 yang masuk tahun ketiga penganjurannya.

Acara itu adalah sebahagian daripada acara sambutan Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis yang Ke-74.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - Metro

Tangan Budak Patah Lepas Termasuk Rim Motosikal

$
0
0
 
resim
resim
KANAK-KANAK cedera dibawa ke hospital. FOTO ihsan Pembaca

Alor Setar: Kanak-kanak lelaki patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang diboncengnya di Jalan Simpang Kuala, Pekan Simpang Kuala, di sini, hari ini.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa berusia tujuh tahun membonceng motosikal ditunggang ibunya melalui jalan berkenaan sebelum tiba-tiba terjatuh dan tangannya tersepit.

Kejadian mengerikan itu disedari ibunya yang segera memberhentikan motosikal untuk menyelamatkan anaknya, sebelum dibantu orang ramai yang melalui jalan tempat kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazeri Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.58 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

"Setibanya di tempat kejadian didapati tangan kanak-kanak lelaki tersepit pada motosikal dan diselamatkan oleh orang awam.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya. - Metro

Banduan Kes Bunuh Terima Ijazah Sarjana Dari Oum

$
0
0
resim
Banduan (membelakangi) yang menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan akibat kesalahan membunuh Abdul Halim Misbah akhirnya menerima ijazah sarjananya hari ini. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan kerana kesalahan membunuh pada 2001 meniti saat manis hari ini apabila akhirnya menerima ijazah sarjana yang diimpikannya.

Beliau yang berusia 30 tahun dan seorang lagi banduan dari Penjara Kajang menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan tersebut pada majlis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM) kali ke-20 yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaya, di sini hari ini dengan diiringi oleh pegawai dari penjara dan Kementerian Dalam Negeri.

Katanya setelah menjalani pengajian dari penjara, inilah detik yang bersejarah buat beliau apatah lagi saat gembira itu dapat dikongsikan bersama oleh keluarganya yang datang dari Sabah.

“Saya amat berasa gembira dengan kejayaan hari ini menerima ijazah sarjana saya. Saya harap selepas ini saya akan mampu meneruskan pelajaran saya ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat Doktor Falsafah (PhD)," katanya.

Sementara itu Pengarah Penjara Kajang, Datuk Narander Singh berkata Jabatan Penjara akan terus memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh banduan terbabit untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

Malah jadual aktiviti banduan juga akan dikaji semula mengikut keperluan dan kesesuaian.

Diharapkan kejayaan pendidikan dalam kalangan banduan akan meminimumkan risiko untuk banduan kembali ke penjara satu hari nanti.

“Kalau mereka terus diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam penjara, kita percaya (risiko dapat dikurangkan) dan Penjara Kajang telah membuktikan memang tipis kebarangkalian mereka untuk masuk balik ke penjara selepas keluar," kata Narander.

Sementara itu menurut Naib Presiden Akademik OUM, Profesor Dr Sha'ari Abd Hamid kos pengajian buat graduan terbabit bagi mengikuti pengajian di peringkat falsafah pula akan ditanggung oleh pihak universiti.

Kisah kejayaan banduan sarjana pernah disiarkan Astro AWANI menerusi Laporan Khas “Sarjana Dari Penjara” yang mengisahkan bagaimana beliau yang pernah terlibat dalam kes pembunuhan dan buta huruf tetap nekad untuk meneruskan pelajaran dari dalam penjara sehingga ke peringkat ijazah sarjana sekalipun sedang menjalani hukuman. - Awani
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live