Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live

Pasangan Warga Emas Mati Selepas Berpegangan Tangan Di Hospital

$
0
0
resim
Joyce, 97, danFrank Dodd, 96.

KENT – Pasangan suami isteri, Frank Dodd, 96, dan Joyce, 97, di sini jatuh cinta semasa usia 14 tahun dan mati selepas dapat berpegangan tangan di katil hospital baru-baru ini.

Kedua-duanya mati pada 8 April lalu – sehari selepas ulang tahun perkahwinan mereka ke-77 tahun.

Menurut salah seorang anaknya, Angela Bonell, 75, pada mulanya katil ibu dan bapanya diletakkan di wad dan tingkat berasingan.

“Mereka (staf hospital) membawa ayah naik tingkat atas dan berbaring di katil bersebelahan ibu supaya mereka dapat memegang tangan masing-masing,” ujarnya kepada Daily Mail baru-baru ini.

Ayahnya mengidap penyakit jantung dan sebelum itu ibunya setiap hari melawat bapanya di hospital sebelum dirinya sendiri sakit tua dan dirawat di hospital yang sama. - MG

Gara-gara Cukur Bulu Kemaluan, Kaki Wanita Dimakan Bakteria Pemakan Daging

$
0
0
resimresim
resim
resim
resim

Seorang ibu kepada tiga orang anak berkongsi pengalaman yang beliau hampir kehilangan kedua belah kakinya akibat terkena jangkitan bakteria pemakan daging selepas mencukur bulu kemaluannya, lapor Daily Mail.

Dana Sedgewick, 44, dari Sheffield berkata, pada Mei 2012, beliau mencukur bulu kemaluannya dengan pencukur jenama baru. Selepas beberapa hari kemudian, Dana berasa tidak sihat dan mendapati ada sedikit jerawat tumbuh di pangkal pahanya dan berdarah. 

Pada awalnya, Sedgewick menganggap itu perkara biasa kerana sering mengalaminya selepas bercukur. Namun dua hari kemudian keadaannya semakin teruk dan ruam merah kelihatan di kedua-dua kakinya sebelum bertukar menjadi hitam. 

"Seperti wanita-wanita lain, saya cuba mencukur bulu kemaluan saya dengan menggunakan alat pencukur yang baru. Tetapi beberapa hari kemudian saya rasa tidak sihat dan mendapati ada jerawat kecil di paha yang berdarah. Tetapi saya biarkan saja kerana ia sering berlaku. 

"Tetapi jerawat itulah yang hampir menyebabkan saya kehilangan kedua-dua belah kaki," katanya. 

Sedgewick dikejarkan ke unit rawatan rapi dan doktor segera membuang kulit pahanya yang telah mati akibat dijangkiti necrotising fasciitis (bakteria pemakan daging). 

Sedgewick diletakkan dalam keadaan koma selama 9 hari dan keluarganya dimaklumkan bahawa harapan Sedgewick untuk terus hidup hanya 30% sahaja, di mana buah pinggangnya gagal berfungsi dan jantungnya telah berhenti sebanyak empat kali. 

"Apabila saya bangun, saya mendapati kedua belah kaki saya dibalut dan saya tidak tahu apa yang berlaku sepanjang 9 hari itu. Saya ingatkan saya terlibat dalam kemalangan," katanya.

Jika Sedgewick pulih dari penyakit itu, beliau perlu menjalani 21 pembedahan untuk membaiki kerosakkan pada kulitnya. Dalam masa yang sama doktor turut memberi amaran bahawa beliau tidak akan dapat berjalan lagi.
 
Mujur dengan sokongan suaminya, Matthew, 47, Sedgewick kini telah pulih dan boleh berjalan menggunakan tongkat serta kembali ke rumah dengan anak-anaknya, Megan, 18, Freya, 14, dan Klara, 9 tahun. 

"Saya sangat bernasib baik masih hidup sehingga ke hari ini," katanya. 

Enam minggu kemudian, Sedgewick dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani 21 pembedahan susulan bagi membaikpulih kulit kakinya yang terjejas. - The Reporter

Tukang Jahit Mula Sibuk Terima Tempahan Baju Raya

$
0
0
resim 
Rafeah, Chan serta Khairul (kanan) dan Alif.

Kuala Lumpur: Tukang jahit sekitar Lembah Klang sudah mula sibuk menerima tempahan baju raya sejak empat bulan lalu, malah ada yang menetapkan tidak lagi menerima tempahan baju raya selepas 30 April ini.

Rafeah Yassin, 49, seorang daripada tukang jahit yang tidak lagi menerima tempahan selepas 30 April ini.

“Saya sudah mula terima tempahan baju raya sejak Januari lalu. Ada pelanggan yang mahu pulang ke kampung lebih awal dan bimbang pakaian mereka tidak siap,” katanya yang mengambil tempahan secara kecil-kecilan di rumahnya yang terletak di Petaling Jaya.

Tambah Rafeah, dia hanya menerima tempahan 100 pasang baju kurung pesak dan moden dan mengenakan caj RM50 sepasang.

Sementara itu, pemilik kedai jahit Wai Man Fashion di Bangsar, Chan Wee Fatt, 65, masih menerima tempahan baju Melayu sehingga minggu pertama Ramadan.

“Sekarang sudah ramai pelanggan yang menghantar kain untuk dijahit. Bagaimanapun saya hanya menerima tempahan baju Melayu kerana saya kekurangan tenaga kerja yang mahir menjahit pakaian wanita,” katanya.

Chan yang sudah 40 tahun menjalankan perniagaan kedai jahit hanya menerima tempahan baju Melayu sebanyak 200 pasang.

“Bagi sepasang baju Melayu dengan kain sendiri, saya mengambil upah jahitan sebanyak RM160. Tetapi jika sekali dengan kain daripada saya, harga boleh mencecah RM220 hingga RM280 sepasang mengikut kualiti kain,” katanya.

Bagi pengasas butik Dokoh, Khairul Amri Hassan, 29, dia tidak menerima tempahan baju raya, sebaliknya hanya menjual baju yang siap dijahit.

“Untuk koleksi raya tahun ini, kami menjual baju yang siap dijahit. Ada beberapa rekaan terbaru seperti Kurta Adlan, Jubah Khadija dan Kaftan Fleur,” katanya.

Tambah Khairul, butiknya hanya mengeluarkan kira-kira 50 helai bagi setiap rekaan.

“Kami keluarkan 50 helai kerana ingin menjaga nilai eksklusif setiap rekaan. Semua rekaan terbabit ada perincian tersendiri. Jika dihasilkan terlalu banyak, nanti sudah tidak eksklusif,” katanya yang sudah tiga tahun menjalankan perniagaan terbabit bersama rakan niaga, Alif Abu Bakar, 29.

Kata Khairul, koleksi Hari Raya Dokoh direka sejak tahun lalu dan ia sudah boleh didapati secara atas talian pada harga bermula RM79. - Metro

Potong Kaki: Mengapa Jadi Kes Bunuh, Soal Peguam

$
0
0
resim
Peguam RSN Rayer berkata lebih wajar pendakwaan dilakukan di bawah Akta Kanak-Kanak atas dakwaan dera atau menyebabkan kecederaan dengan senjata merbahaya.

PETALING JAYA: Seorang peguam mengajukan soalan mengapa polis menyiasat pembantu warden yang didakwa menyebabkan mendera sekolah pelajar sekolah tahfiz di bawah seksyen bunuh.

RSN Rayer berkata kes Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, tidak termasuk di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kes ini tidak menghampiri kes pembunuhan atau pembunuhan tanpa niat membunuh,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata lebih wajar kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) atas dakwaan dera atau menyebabkan kecederaan dengan senjata merbahaya.

Selepas kematian Thaqif semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan bunuh.

Polis Johor berkata kes itu pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 31 Akta 611 atas dakwaan menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Malaysia memperuntukkan hukuman mati mandatori untuk kesalahan membunuh. Mereka yang didapati bersalah membunuh tanpa niat berdepan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau denda.

Rayer juga mempersoalkan peluang mendapatkan sabitan terhadap tertuduh.

“Pendakwaan perlu memenuhi keperluan perundangan seperti yang dinyatakan dalam undang-undang,” katanya.

Seorang lagi peguam, Fahmi Abd Moin, tidak bersetuju dengan sentimen Rayer mengenai langkah polis klasifikan semula kes itu sebagai kes bunuh.

“Polis mungkin mempunyai asas dalam siasatan mereka untuk menyimpulkan punca kematian itu kerana dakwaan penderaan berterusan oleh suspek.”

Fahmi berkata jika kes dibawa ke mahkamah atas dakwaan bunuh, pendakwaraya perlu membuktikan niat suspek melakukan jenayah terhadap Thaqif.

“Pendakwaraya perlu menunjukkan ada niat untuk membunuh.”

Beliau menambah kalau pendakwaraya gagal membuktikan asas pembunuhan itu, maka tertuduh akan dibebaskan. - FMT

Budak Diculik Kerana Namanya Messi, Sudah Tukar Hassan Bimbang Diculik Lagi

$
0
0
resim
IBU bapa Messi terpaksa menukar namanya kepada Hassan kerana khuatir diculik semula.

BAGHDAD 26 April – Seorang kanak-kanak terpaksa melalui detik-detik memeritkan dalam kehidupannya selama dua tahun apabila dia diculik oleh kumpulan pengganas Daesh, hanya kerana namanya Messi.

Mail Online melaporkan, kanak-kanak berkenaan diculik bersama ibu dan kakaknya dari rumah mereka di Sinjar, utara Iraq pada 2014.

Ketika itu, Messi baru berusia tiga tahun dan Daesh sering kali menuntut wang tebusan daripada keluarga kanak-kanak terbabit, namun mereka tidak mampu membayarnya.

Messi bagaimanapun berjaya diselamatkan dan kini tinggal di kem pelarian di Dohuk, Iraq.

Bapa Messi yang enggan dikenali memberitahu siaran stesen Kurdistan 24, dia telah menyuruh isterinya untuk menukarkan nama kanak-kanak tersebut kepada Hassan kerana khuatir kejadian sama akan menimpa kembali.

Ekoran trauma dengan insiden itu, Messi kini jarang bercakap dan sering memegang pistol mainan.

Malahan, menurut laporan Iraqi News, kanak-kanak ber­kenaan menggelengkan kepalanya ketika dia dipanggil Messi kera­na masih fobia ekoran ‘penangan’ namanya serupa dengan pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi.

Tahun lalu, seorang kanak-kanak Afgha­nis­tan menarik perhatian dunia apabila memakai jersi diperbuat daripada beg plastik yang tertera nama Lionel Messi, dilukis dengan pen. - Utusan

Nyonya Rugi Rm117,000 Ditipu Untuk Halau Hantu Di Perak

$
0
0
resim
Wai Leng (dua, kiri) bersama barangan dalam bungkusan plastik hitam yang diterima selepas menyerahkan wang hampir RM117,000.

IPOH - “Duit itu saya kumpul dan simpan untuk persiapan hari tua, sekelip mata habis, satu sen pun tak tinggal,” kata Kan Wai Leng, 71, yang menjadi mangsa pukau menyebabkannya kehilangan wang berjumlah hampir RM117,000.

Wai Leng berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu ketika dia dihampiri dua wanita di Pasar Besar Ipoh, sebelum dibawa ke sebuah lokasi di bandar raya ini.

Menurutnya, dua wanita terbabit mengumpannya supaya menyerahkan sejumlah wang kononnya untuk aktiviti menghalau hantu.

“Saya pada awalnya tidak mahu ikut mereka, tapi mereka bertindak memegang tangan dan bawa saya ke sebuah rumah kedai di Pekan lama. Di sana mereka kata saya ada masalah hantu dalam badan dan minta saya keluarkan wang simpanan untuk dibuat sembahyang halau hantu.

“Saya ketika itu seolah-olah tidak sedar dan hanya menurut apa yang mereka katakan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma DAP, semalam.

Dia berkata, dengan dihantar wanita berusia lingkungan 30 tahun itu, dia kemudiannya mengeluarkan wang berjumlah RM115,600 dari sebuah bank dan RM1,000 dari bank yang lain.

Katanya, sebaik menyerahkan wang berkenaan kepada dua wanita itu, dia diberikan satu bungkusan plastik hitam.

“Bila sampai di rumah baharu saya tersedar dan segera buka bungkusan hitam itu, saya mengharapkan duit saya ada dalam plastik itu, rupanya tidak, yang ada hanyalah dua botol mineral dan sebungkus garam,” katanya.

Wai Leng yang bekerja sebagai pelayan restoran berkata, dia kini sudah tidak mempunyai duit simpanan kerana sebahagian wang yang diserahkan itu merupakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengharapkan orang ramai terutama warga emas lebih berwaspada terhadap individu tidak dikenali bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku. - Sinar

Selalu Cuma Rm40 Sebulan, Lelaki Terkejut Bil Elektrik Melambung Rm14,470

$
0
0
resim
Choon Siang (kiri) lega setelah menyelesaikan masalah kadar bil elektrik tinggi bagi pengadu, Kim Ching (tengah), semalam.

KUANTAN – Seorang pemborong terkejut apabila menerima bil elektrik mencecah RM14,469.25 bagi bulan November tahun lalu.

Pengadu, Ng Kim Ching, 60,  mendakwa  menerima bil elektrik yang melambung tinggi sejak Februari 2015  dan bil terakhir pada November lalu berjumlah RM14,469.25.

Tidak puas hati dengan masalah itu, dia membuat aduan  ke pusat khidmat masyarakat Dun Teruntum, di sini.

Adun Teruntum, Sim Chong Siang berkata, hasil siasatan pihaknya bersama pengadu, masalah tersebut dipercayai berlaku selepas  pertukaran jangka (meter) lama kepada yang baharu setahun lalu.

Katanya, pengadu memaklumkan sebelum ini, premis yang digunakan  sebagai pejabatnya itu hanya menerima bil elektrik sekitar RM40 sahaja pada setiap bulan tetapi selama tempoh dua tahun kebelakangan ini  ia meningkat mendadak.

“Melalui perbincangan bersama pegawai rundingan TNB cawangan Kuantan di sini, Kim Ching meminta masalah dihadapinya disiasat dan membuat permohonan untuk  pengurangan pembayaran bil itu.

“Hasil permohonan pengurangan telah berjaya dilakukan dan pengadu hanya layak membayar sekitar RM2,493.65 dan dia segera menjelaskannya hari ini (semalam),” katanya. - Sinar

Lagi Kes Pukul Di Sekolah Agama Persendirian Dilapor

$
0
0
resim
Suraya Fatima (kiri) menunjukkan kesan parut pada badan Muhammad Resan kepada peguam Gerard Lazarus ketika sidang media di Klang. Turut hadir suaminya, M.D.Ekramul.

KLANG: Satu lagi kes pukul di sebuah sekolah agama persendirian telah tersebar dengan seorang budak lelaki berusia 11 tahun mendakwa seorang ustaz di sekolahnya telah mendera dan mengugut untuk mengenakan hukuman lebih berat jika perkara itu dimaklumkan kepada ibu bapanya.

"Dia juga berkata otak saya tidak akan dapat menghafal al-Quran jika saya mengadu tentang apa yang berlaku," kata Muhammad Resan Abdullah.

Ustaz berkenaan bagaimanapun telah didakwa di mahkamah tetapi selepas membaca tentang nasib yang menimpa Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, ibu bapa Muhammad Resan telah menghubungi peguamnya untuk mengkaji semula kes tersebut.

"Dia sebaya dengan anak saya. Saya fikir apa yang berlaku kepada anak saya adalah kes terpencil tetapi nampaknya tidak.

"Kami telah bercakap dengan peguam kami untuk melihat apa yang boleh kami lakukan," kata ibu kanak-kanak itu, Suraya Fatima Abdullah.

Ustaz terbabit didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Mohamad Thaqif meninggal dunia pada Rabu akibat komplikasi kesihatan selepas dia didera oleh seorang pembantu warden di Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor.

Suraya Fatima berkata beliau sedih dengan berita kematian Mohamad Thaqif dan sedar perkara yang sama mungkin boleh berlaku kepada anaknya.

"Penderaan seperti ini perlu dihentikan. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama untuk mendapatkan pengetahuan dan menjadi Muslim yang baik, bukan untuk dipukul seperti ini," katanya.

Menurut laporan perubatan Muhammad Resan ini, dia mempunyai pelbagai kesan lebam di bahagian belakang dan dada.

Dia juga mengalami sembelit yang teruk kerana pengambilan serat dan cecair yang rendah.

"Anak saya dirawat di Hospital Klang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) selama dua minggu," kata Suraya Fatima.

Muhammad Resan hanya berada di sekolah itu untuk beberapa minggu sebelum ibu bapanya mendapati dia berada dalam keadaan lemah dan melihat kesan lebam di badannya. - MStar

Potong Kaki: 107 Pelajar Tahfiz, 14 Kakitangan Jalani Pemeriksaan

$
0
0


resim

KOTA TINGGI: Pengetua madrasah tahfiz, tempat Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi belajar sebelum ini, mengesahkan Jabatan Kesihatan sudah membuat pemeriksaan kesihatan ke atas semua 107 pelajar dan 14 kakitangan madrasah itu.



Afdhaluddin Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan dilakukan Rabu lepas.

“Laporan pemeriksaan tersebut akan dikeluarkan Jabatan Kesihatan. Buat masa ini, tiada pelajar yang dirujuk ke hospital,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat memberitahu Jabatan Kesihatan sudah memeriksa sejumlah pelajar di madrasah berkenaan bagi memastikan tiada di antara mereka yang mengalami simptom sama seperti Thaqif.

Pemeriksaan itu diadakan susulan titah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang mahu pelajar lain menjalani pemeriksaan kesihatan.

Thaqif yang dipotong kedua-dua kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dipercayai didera pembantu warden madrasah itu meninggal dunia petang Rabu lalu di Hospital Sultan Ismail.

Jenazah Thaqif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur kira-kira 12.30 pagi Khamis lalu. - FMT

Pemuda Didakwa Perkosa Di Bawah Pokok, Liwat Gadis

$
0
0
resim
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

AYER KEROH: Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga tuduhan merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur, pada Februari hingga Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun lapan bulan membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun 10 bulan di bawah pokok tepi sawah di Jalan Pulau Gadong, jam 2 pagi, pada 17 Februari lalu.

Dan pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa juga di bawah pokok berhampiran Muzium Kapal Selam Klebang, jam 1.30 tengah hari, awal Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa sama di sebuah rumah di Batu 2, Pokok Mangga, Malim, jam 9 pagi, pada 17 Mac lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menawarkan jaminan RM4,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan dengan syarat penjamin adalah ibu tertuduh serta menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. - BHarian

Pelajar Lapor Polis Lepas Cikgu Denda Pakai Kain Sarung

$
0
0
resim

KALAU dahulu, kena denda dirotan, ketuk ketampi atau jentik telinga oleh guru merupakan perkara biasa yang dialami pelajar sekolah. Pendek kata, tipulah kalau tak pernah kena kan?

Namun, nampaknya peredaran zaman turut merobah sikap pelajar-pelajar sekolah yang kini langsung tidak boleh dicuit waima melakukan kesalahan berat.

Sebagai contoh, seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Bukit Sentosa, Hulu Selangor ini yang buat laporan polis, gara-gara tidak berpuas hati apabila didenda memakai kain sarung oleh guru disiplin.

Kedengaran kelakar bukan?

Dalam kejadian Selasa lalu, pelajar berkenaan mendakwa telah dipanggil guru disiplin selepas habis perhimpunan sebelum mengarahkannya memotong seluar sekolah dipakainya dipercayai tidak ikut kod etika pakaian sekolah.

Jelasnya, guru disiplin berkenaan kemudian mendendanya dengan menyuruhnya memakai kain sarung serta menyatakan akan memulangkan semula seluar sekolah itu selepas hampir tamat waktu sekolah.

Namun, setelah habis waktu sekolah kira-kira 6.30 petang, dia bagaimanapun dimaklumkan oleh guru lain bahawa guru disiplin tersebut telah pun pulang ke rumah.

Sementara itu, guru berkenaan kemudian menyuruhnya agar balik ke rumah dengan memakai kain sarung tersebut memandangkan kunci bilik disiplin pula tiada.

Ekoran kejadian itu, pelajar lelaki berkenaan membuat laporan polis agar perkara ini dapat dirujuk kepada pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

Laporan polis pelajar berkenaan turut menjadi tular menerusi laman sosial dan menjadi bahan ketawa ramai netizen.

Rata-rata netizen menyelar pelajar berkenaan sebagai manja sehingga perkara remeh seperti ini dibawa kepada pihak polis. - SuaraTV

Wanita Tertua Di Malaysia Meninggal Dunia Di Usia 121 Tahun

$
0
0
resim
resim
Puan Ahmad.

ALOR SETAR: Wanita tertua di Malaysia, Puan Ahmad yang berusia 121 tahun meninggal dunia di rumah cucunya di Kampung Bendahara, Kodiang, tengah hari Jumaat.

Cucunya, Zaini Noh, 44, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak dan cucunya pada pukul 1.30 tengah hari akibat sakit tua sejak seminggu lalu.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Tok Puan, mempunyai empat anak berusia 65 hingga 90 tahun, 19 cucu dan dan 70 cicit, serta seorang piut.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu 4, Kampung Bendahara. -BERNAMA/MStar

Pelajar Dipaksa Minum Racun Serangga Lepas Tegur Pelajar Lain Hisap Gam

$
0
0
resim

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, mendakwa nyaris maut selepas dipaksa minum racun serangga oleh sekumpulan pelajar lelaki sekolah lain Bandar Lama Nilai, Rabu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa terlihat sekumpulan pelajar yang memakai seragam sekolah sedang menghidu gam berhampiran sebuah pasar raya sebelum bertindak menegur mereka.

Kumpulan pelajar terbabit kemudian menahan mangsa serta memegang tangan dan kakinya sebelum bertindak memasukkan cecair berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa yang tersedar sekitar jam 6 petang kemudian menuju ke tempat kerja ibunya di sebuah kedai pakaian berhampiran dan memaklumkan dia diracun.

Sehari kemudian, ibu mangsa membawanya ke klinik selepas pelajar berkenaan mengadu sakit tekak dan perut sebelum dia dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Mangsa dirawat di Unit Kecemasan Zon Merah selepas doktor yang merawatnya mengesahkan terdapat racun serangga dalam perut mangsa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, ketika dihubungi BH sebentar tadi, mengesahkan kejadian dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, pada masa ini mangsa masih belum dapat memberikan butiran terperinci kerana sakit tekak dan sukar bercakap. - BHarian

Malaysia Negara Ke-42 Paling Gembira Di Dunia

$
0
0

resim

KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di kedudukan ke-42 negara paling gembira di dunia tahun ini daripada 155 buah negara menurut Laporan Kegembiraan Dunia 2017 Gallup World Poll, kata Datuk Seri Najib Razak.



Perdana Menteri berkata, laporan yang disiarkan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini menyaksikan Malaysia berjaya naik lima anak tangga daripada kedudukan ke-47 tahun lalu.

Katanya, pengiktirafan itu sangat menarik kerana Malaysia mendahului negara-negara maju seperti Jepun, Russia, Itali, Korea Selatan dan China.

"Laporan ini adalah daripada hasil kajian di 155 buah negara di seluruh dunia. Kedudukan kita ini dinilai berdasarkan faktor kebebasan, taraf pendapatan, kesihatan dan tahap kebajikan.

"Hal ini menunjukkan bahawa tahap kegembiraan tidak selalunya seiring dengan kemajuan. Tiada gunanya kita berpendapatan tinggi tetapi tidak gembira," katanya menerusi laman blognya, NajibRazak.com, sebentar tadi.

Najib berkata, kegembiraan adalah perkara subjektif dan pastinya berbeza mengikut setiap individu tetapi ia akan menyuntik semangat untuk meneruskan kehidupan seharian kita dengan jaya.

Secara tidak langsung katanya, kegembiraan adalah matlamat asas bagi setiap orang dalam hidup tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur, status ataupun pekerjaan.

"Ada yang gembira kerana dapat pergi bercuti merata tempat, ada yang gembira kerana bahagia bersama keluarga, ada yang gembira kerana perniagaan maju dan sebagainya.

"Memang penting untuk meningkatkan produktiviti dengan bekerja keras tetapi jangan sampai mengakibatkan tekanan emosi yang melampau.

"Tenangkan fikiran dengan beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga supaya kita dapat mengimbangi antara keceriaan dan kemajuan diri sendiri," katanya. - BHarian

Ibu Pelajar Tahfiz Dipanggil Polis Beri Keterangan

$
0
0
resim
Felda Wani (dua, kiri) di kubur anaknya selepas menerima kunjungan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang berkenan mencemar duli menziarahi kubur Mohamad Thaqif di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, hari ini. - Foto Sinar Harian

Kota Tinggi: Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden madrasah itu, dipanggil memberi keterangan kepada polis, di sini, hari ini.

Bapa Allahyarham, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, berkata, keterangan isterinya Felda Wani Ahmad, 40, itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada sebelah pagi.

Ia bagi membantu siasatan kes kematian anaknya itu yang kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh, katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah bapanya di Felda Bukit Aping Timur, di sini, hari ini.

Kata Mohd Gaddafi, dia dan anggota keluarganya sudah reda dengan pemergian Allahyarham namun masih merinduinya.

"Saya juga ada berasa tidak puas hati kerana ada sesetengah pihak yang menyalahkan saya dan ibunya. Nasib baik masa arwah sakit, dia sempat memberi keterangan kepada polis dan doktor mengenai kesakitan yang dialami dan bagaimana dia dipukul. Dia ini budak, dia tidak akan berbohong," katanya. Felda Wani berkata, dia tidak menyalahkan pihak madrasah dalam kes kematian anaknya, jauh sekali ingin menuding jari pada sesiapa.

"Benda (siasatan kes) ini sedang berjalan tetapi laporan yang saya buat itu berdasarkan kepada apa yang dia (Allahyarham) cakap.

"Kita pun bukan hendak menuding jari pada sesiapa, cuma hendak cari jalan terbaik... anak saya pun sudah tiada, hendak buat apa? Bukan dia boleh kembali. Semua yang berlaku adalah perancangan Allah dan Allahyarham menjadi pilihanNya," katanya.

Felda Wani berkata, sebagai ibu yang menyaksikan sendiri kesakitan ditanggung anaknya, dia hanya mampu menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis dan bekerjasama dengan sebaiknya.

"Kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Mungkin anak saya ada sakit ke apa, kita tidak tahu. Jadi, kami sekeluarga sedang memberi kerjasama untuk siasatan," katanya.

Mohamad Thaqif Amin, 11, yang dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden sekolahnya, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail dekat sini pada petang Rabu. - Metro

Penunggang Ex5 Lawan Arus Maut Dirempuh Myvi

$
0
0
resim
KEADAAN kereta Perodua Myvi yang remuk di bahagian depan selepas bertembung dengan motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohd Suhaidi Shukur dalam kemalangan di KM 129 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Meraga Beris, Kijal, pagi tadi. - Foto Shamsudin Husin

CHUKAI: Akibat menunggang motosikal melawan arus, seorang pemuda maut apabila dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 129 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Meraga Beris, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Mohd Suhaidi Mohd Syukur, 35, yang menunggang motosikal Honda EX5 bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu Myvi, Katialisa Kamaruddin, 31, dan penumpangnya, Kasmaruby Kamaruddin, 39, tidak mengalami kecederaan.

Difahamkan, mangsa yang tidak bekerja keluar dari rumahnya di Seri Bandi, Kemaman pada jam 9 pagi dikatakan mahu mengambil ubat di sebuah klinik di Kijal.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - BHarian


resim
resim
resimresim

Suami Kaki Perempuan Hilang Alat Sulit Lepas Dipotong Isteri

$
0
0
resim
Mark Betita, 33, dikejarkan ke hospital selepas diserang isterinya. - Foto News Wire

ILOILO CITY - FILIPINA . Dek kerana tidak tahan dengan sikap suami kaki perempuan, seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya dengan gunting.

Mark Betita, 33, sedang tidur di kediamannya di bandar Carles di sini ketika isterinya Leizel memotong kemaluannya menggunakan gunting 22 April lalu.

Leisel kini ditahan di balai polis di bandar Carles sementara menunggu penyelesaian kes yang difailkan terhadapnya kerana mencederakan suaminya.

"Saya tidak menyesal kerana memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya kerana kaki perempuan. Saya bersedia berdepan apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini," kata Liezel dipetik inquirer.net

Pegawai polis Carles, Alexis Bataga berkata, siasatan menunjukkan Liezel bersama-sama dengan suaminya yang juga penyelia pembinaan minum pada malam kejadian.

"Apabila suaminya mabuk, mereka masuk ke bilik tidur. Tidak berapa lama kemudian, mangsa keluar dalam keadaan berlumuran darah.

"Isteri mangsa didakwa memotong kemaluan suaminya," kata Bataga.

Mangsa dibawa ke hospital namun doktor gagal menyambungkan semula zakarnya.

Leizel menjelaskan dia hanya mahu memberi pengajaran kepadanya.

"Saya bosan dengan sikapnya yang kaki perempuan. Dia mempunyai teman wanita baharu baru-baru ini," kata Liezel.

Liezel mendakwa kekasih baru suaminya itu adalah isteri kepada rakan sekerja lelaki itu namun Mark menafikan dakwaan isterinya dan bertekad memfailkan kes terhadap wanita itu. - Sinar

Warga Emas Berjaya Kumpul Rm1.74 Juta Hasil Jual Suratkhabar Lama

$
0
0
resim
resim

SEORANG lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat telah berjaya mengumpul wang sebanyak USD400,00 (RM1.74 juta) dengan hanya mengitar semula surat khabar dan majalah lama.
 
Johnny Jennings, 86, mula mengumpul barangan terpakai itu sejak 32 tahun lalu.
 
Amalan kitar semula itu dilakukan dengan tujuan untuk mendidik anaknya agar sentiasa menabung dan mengurus kewangan dengan baik.
 
Semenjak itu, dia dan anaknya mula bekerjasama mengumpul barangan terpakai yang boleh dikitar semula dan seterusnya dijual. Hasil jualan tersebut pula akan disimpan ke dalam bank.
 
Menurut anaknya, Brent Jennings, mereka talah mengamalkan aktiviti kitar semula itu sehingga dia berusia 17 tahun.
 
Beberapa tahun kemudian, hasil wang simpanan mereka telah cukup untuk membayar bayaran muka rumah pertama Brent.
 
Walaupun kini Brent telah dewasa dan berkeluarga, ayahnya tetap dengan amalan kitar semula tersebut selain jiran mereka turut memberi sokongan dengan menghantar surat khabar lama di rumah Johnny.
 
Pada tahun 2016, wang yang dikumpul oleh Johnny hasil daripada jualan barangan terpakai adalah berjumlah USD32,040 (RM139,325). 

Dia kemudian memilih untuk menderma wangnya kepada badan kebajikan iaitu Rumah Kanak-kanak dan Keluarga Georgia. - Awani

Bukan Admin Sahaja, Ahli Grup Pun Sama Boleh Dipenjara

$
0
0


resim

CYBERJAYA - Siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat aduan  terhadap  kandungan yang disebarkan  dalam mana-mana kumpulan aplikasi pesanan seperti 'WhatsApp', 'Wechat', 'Viber' dan 'Telegram'  tersebut,  kata  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



SKMM dalam kenyataan berkata, perbualan dalam mana-mana kumpulan tersebut  adalah bersifat persendirian namun adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi tersebut bagi membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan dan cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Suruhanjaya itu berkata, siasatan tidak akan membezakan antara pentadbir dan anggota kumpulan.

Justeru,  pentadbir aplikasi atau anggota kumpulan diingatkan agar berwaspada dalam menyebarkan maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu.

"Jika pentadbir atau mana-mana anggota kumpulan didapati menyebarkan maklumat palsu, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka," kata kenyataan itu hari ini.

Penyebaran maklumat palsu merupakan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, katanya.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari sebelum ini dilaporkan berkata pentadbir atau admin kumpulan WhatsApp akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal mengawal anggotanya daripada menyebarkan maklumat palsu.

Menurut SKMM, berdasarkan fakta, bukti dan perlakuan, seorang pentadbir aplikasi mungkin dipertanggungjawabkan dalam beberapa keadaan.

Antaranya apabila pentadbir sendiri membuat komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 AKM 1998, katanya.

Pentadbir juga mungkin dipertanggungjawabkan apabila meminta komen daripada yang lain walaupun sendiri tidak melakukannya, dan pentadbir membantu, melalui hasutan, mana-mana orang lain dalam kumpulan untuk membuat komen serta pentadbir menghalang siasatan agensi penguatkuasa terhadap komen.

SKMM berkata, ia akan mempertimbangkan keperluan mengadakan garis panduan tentang penggunaan aplikasi pesanan.

"Pada masa yang sama, orang ramai digesa untuk sentiasa berhemah dalam penggunaan media sosial demi perlindungan mereka sendiri," katanya. - Bernama/Sinar

Potong Kaki: Reman Pembantu Warden Disambung Hingga Rabu

$
0
0
resim
TEMPOH reman pembantu warden madrasah tahfiz dilanjutkan tujuh hari bermula semalam. - Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU: Tempoh reman pembantu warden madrasah tahfiz dilanjutkan tujuh hari bermula semalam hingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata tempoh reman itu dilanjutkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Suspek direman semula selama tujuh hari mulai semalam hingga 3 Mei ini (Rabu) bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada 23 April lalu, Mahkamah Majistret Kota Tinggi membenarkan permohonan reman selama empat hari terhadap suspek berusia 29 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Mahkamah Seksyen Kota Tinggi kemudian membenarkan tempoh reman dilanjutkan selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan di rumahnya di FELDA Lok Heng Barat, Kota Tinggi dekat sini jam 4 petang, Sabtu lalu, selepas ibu kepada pelajar madrasah tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, membuat laporan polis.

Mangsa dikatakan dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Jangkitan kuman berpunca daripada kecederaan terbabit dikatakan menyebabkan kecederaan mangsa semakin teruk sehingga kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, Jumaat lalu.

Mangsa meninggal dunia pada jam 2.05 petang kelmarin, ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI). - BHarian
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live