Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live

Wanita Ditemui Bogel Dakwa Dirinya Ikan Duyung Yang Baru Keluar Dari Tasik

$
0
0
[Image: C89DUwdVYAIwbDI.jpg]
[Image: C89DWBDUwAAfSZJ.jpg]
Joanna mendakwa dirinya sebagai ikan duyung yang baharu keluar dari tasik di Fresno.

FRESNO - CALIFORNIA. Polis di bandar ini sedang cuba mengesan identiti seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai 'ikan duyung'.

Memetik laporan antarabangsa, Metro.co.uk, wanita itu yang hanya dikenali sebagai Joanna ditemui merayau seorang diri sekitar awal pagi di jalanan.

Joanna ditemui hampir separuh bogel, mendakwa dirinya baru sahaja keluar daripada tasik yang didiami selama ini.

Pihak polis berkata, Joanna tidak dapat menjawab kesemua soalan lazim yang ditanyakan pihaknya.

"Sewaktu ditemui, dia berada dalam keadaan basah dan separuh bogel, dia kelihatan seperti memerlukan pertolongan dan perlu dibawa ke hospital," kata sumber dari Jabatan Polis Fresno.

Dalam masa sama, polis turut mengambil cap jari bagi mengesan identitinya, namun sehingga kini masih gagal menemui padanan yang sama.

Sebaran gambar Joanna telah dilakukan bagi mempercepatkan proses pengecaman Joanna.

Terbaru, identiti wanita itu disahkan berusia 33 tahun dan berasal dari Virginia. Bagaimanapun namanya tidak didedahkan. Polis tidak menolak wanita itu mungkin menjadi mangsa jenayah. - Sinar

Ratu Cantik Mati Ditembak Di Kepala Ketika Terima Hadiah Bunga, Coklat

$
0
0
[Image: 8269800.jpg]
[Image: image.jpg]
Mary Christine Balagtas, ditembak sejurus selepas membuka pintu untuk menerima hadiah tersebut.-Viral Press

BULACAN - FILIPINA. Seorang ratu cantik negara itu ditembak mati selepas membuka pintu untuk menerima jambangan bunga dan coklat.

Mary Christine Balagtas, 23, ditembak di bahagian kepala sejurus selepas membuka pintu kepada dua lelaki yang menghantarkan hadiah tersebut.

Portal antarabangsa, Metro.co.uk melaporkan, kedua suspek lari meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas melepaskan tembakan.

Christine pada mulanya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, bagaimanapun meninggal dunia di dalam ambulans sebelum sempat tiba di pusat rawatan.

Superintendan, Julio Lizardo berkata, pihaknya kini sedang menyiasat kes tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar serangan.

"Buat masa sekarang, kami sedang mendapatkan petunjuk yang ada dalam kes ini. Kami juga menyiasat lelaki yang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.

"Kami percaya serangan dilakukan oleh pembunuh upahan. Pihak kami turut menemui kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya lagi. - Sinar

Amerika Kerah Armada Tentera Laut Ke Semenanjung Korea

$
0
0


[Image: Screenshot_20170409-155609-800x445.jpg]

WASHINGTON – Ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak apabila Amerika Syarikat (AS) mengerahkan sebuah armada tentera laut berdekatan kawasan perairan Korea Utara susulan tindakan Pyongyang mengadakan siri ujian peluru berpandu sejak akhir-akhir ini.



MStar melaporkan, armada tersebut yang digelar sebagai Carl Vinson, melibatkan sebuah kapal pengangkut pesawat yang dikerah dari Singapura menuju ke Semenanjung Korea.

Menerusi satu kenyataan pada lewat Sabtu, Armada Ketiga Tentera Laut AS berkata, kumpulan penggempur itu akan ditempatkan di Laut Pasifik Barat tetapi lokasi tepat kumpulan tersebut tidak dinyatakan.

Armada terbabit akan beroperasi di Laut Pasifik Barat berbanding perancangan awal menuju ke Australia.

“Pusat Perintah Pasifik AS mengarahkan Kumpulan Penyerang Carl Vinson menuju ke utara (Semenanjung KOrea) sebagai langkah persediaan dan mempamerkan kekuatan di Pasifik Barat,” kata Komander Dave Benham, jurucakap tentera laut AS.

“Korea Utara menjadi ancaman nombor satu di rantau tersebut ekoran tindakan mereka mengadakan ujian peluru berpandu serta bercita-cita membangunkan senjata nuklear,” katanya.

Bagaimanapun Pyongyang mahupun sekutu kuatnya, China masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhuhung tindakan AS itu.

Perkembangan di Korea itu tercetus hanya beberapa hari selepas AS melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria.

Awal bulan ini, Korea Utara menguji sebuah peluru berpandu Scud yang dipercayai gagal mencapai jarak yang sepatutnya.

Tahun ini, kerajaan Pyongyang terutamanya pemimpin mereka, Kim Jong-un memberi bayangan bahawa akan mengadakan ujian peluru berpandu balistik, berkemungkinan pada 15 April sempena sambutan ulang tahun ke-105 pengasasa Korea Utara dan sambutan Hari Matahari. - SuaraTV

Anak Pukul Ibu Tua Hingga Terseliuh Tulang Bahu Kerana Tak Sabar Menjaga

$
0
0
[Image: image.jpg]

KUALA TERENGGANU - Tidak sabar melayan kerenah ibu tua yang uzur dipercayai antara punca seorang lelaki tergamak memukul warga emas itu sehingga menyebabkan kecederaan di seluruh badan selain terseliuh tulang bahu, dalam kejadian di Serada, di sini.

Suspek berusia 65 tahun dikatakan bertindak sedemikian sepanjang menjaga ibu malang itu di rumahnya di Serada sebelum diambil semula adik perempuannya yang tinggal di Bukit Payong, Marang, kira-kira jam 10 malam, 31 Mac lalu.

Menurut sumber, perbuatan suspek itu hanya disedari adik perempuannya, 46, selepas mangsa mengadu sakit sejurus dahinya dipegang sebelum ternampak ada kesan lebam seperti terhantuk pada sesuatu.

“Semasa hendak menukar lampin pakai buang pula, adik perempuan suspek terkejut selepas mendapati terdapat kesan bengkak di bahagian punggung sehingga pinggang warga emas itu.

“Tidak tergamak melihat kesakitan yang ditanggung mangsa, adik perempuan suspek cuba bertanya kenapa boleh jadi seperti itu sebelum diberitahu suspek ada memukulnya sepanjang berada di rumah terbabit,” katanya.

Sumber berkata, pada Selasa lalu, tiba pula giliran adik tirinya yang tinggal di Bukit Payung, Marang untuk menjaga ibu mereka dan semasa itu mangsa masih dalam keadaan cedera.

“Adik perempuan suspek yang tidak sedap hati selepas menghantar ibunya ke rumah itu dalam keadaan masih cedera mengambil keputusan pergi menjenguk nya kira-kira jam 4 petang, Khamis lalu.

“Bagaimanapun, setibanya di rumah itu, dia dimaklumkan oleh adik tirinya yang ibu mereka di bawa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payung, Marang kerana mengadu sakit di bahu sebelum dimaklumkan tulang bahu sebelah kiri terseliuh,” katanya.

Kata sumber, sedih dan kesal mendengar berita itu, adik perempuan suspek nekad membuat laporan polis untuk tindakan susulan kerana percaya, ibu mereka sudah didera sepanjang berada di bawah penjagaan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan kejadian.

Jelasnya, suspek sudah ditangkap dan kini sedang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa. - Sinar

Lelaki Rakam Bawah Kain Wanita Guna Kamera Sorok Dalam Kasut

$
0
0
[Image: 9417hafis1_1491728430.jpg]
SUSPEK (kiri) ditahan orang ramai selepas merakam video menggunakan kamera tersembunyi dalam kasutnya (kanan). FOTO Info Kedah dan Ipoh Perak Crew Group

Alor Setar: Lelaki ditahan polis selepas merakam video bawah kain wanita menggunakan kamera yang disembunyikan di dalam kasutnya di Pasar Tani Giant, Jalan Langgar, di sini, semalam.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun sedang membeli kuih di pasar itu terkejut apabila mendapati suspek, 39, tiba-tiba dipukul orang ramai berhampiran gerai menjual kuih itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, orang ramai yang menyedari perbuatan suspek menahan sebelum memukulnya.

Menurutnya, mereka turut memberitahu perbuatan suspek kepada mangsa apabila dia memasukkan kakinya di bawah kain wanita itu.

"Ketika kejadian itu mangsa tidak menyedari perbuatan suspek yang merakam video itu yang bersambung dengan telefon Iphone 6 Plus miliknya.

"Orang ramai kemudian menyerahkan suspek kepada pihak polis dan mangsa turut tampil membuat laporan di Balai Polis Kota Setar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rozi berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan dan 509 kanun sama serta suspek direman sehingga 14 April ini. - Metro


[Image: C89c-yBV0AA6GiY.jpg]

Kerana Salah Faham, Ramai Melayu Mahu Jadi Arab

$
0
0
[Image: Nasharudin-Mat-Isa-3.jpg]
CEO Gerakan Kesederhanaan Global meminta masyarakat Islam di Malaysia agar tidak keliru antara proses Arabisasi dan tuntutan Islamisasi.

BANGKOK: Masyarakat Islam di Malaysia diminta agar tidak keliru antara proses Arabisasi dan tuntutan Islamisasi.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, (GMM) Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa berkata Arabisasi menjadi trend yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di rantau ini.

“Yang perlu dihidupkan adalah proses Islamisasi dan bukannya Arabisasi, sebab bukan semua Arab itu adalah Islam.

“Islam juga datang bukan untuk menghapuskan budaya, bangsa dan sebagainya. Jadi yang paling penting kepada kita adalah dasar-dasar Islam itu daripada sumber-sumbernya al-Quran, sunnah dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.

Nasharudin yang dilantik mengetuai GMM pada 2015 berkata, ramai yang hendak menjadi Arab kerana menjangkakan Arab itu adalah Islam dan Islam itu adalah Arab, yang pendapat itu adalah salah sama sekali.

Rumpun Melayu katanya, amat kaya dengan khazanah budaya tersendiri yang tidak bercanggah dengan syarak.

“Selagi mana budaya itu tidak bercanggah dengan syarak, ia tidak ada halangan dalam Islam. Tetapi jikalau budaya dan peradapan itu bercanggah dengan syarak, itu adalah isu lain,” katanya.

Ajaran agama Islam bukanlah sesuatu yang sempit dan ketat, kerana Islam memberikan ruang kepada bangsa dan budaya, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak, menurut Nasharudin.

Beliau berada di sini bagi menyampaikan ucaptama dalam seminar kesederhanaan di Universiti Chulalongkorn.

Seminar bertajuk Kesederhanaan: Pendekatan Bagi Menghadapi Transisi Global Mengenai ASEAN-Thailand dihadiri cendekiawan Islam di Thailand.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr Surin Pitsuwan turut hadir.

Dalam ucapannya, Surin yang merupakan bekas Menteri Luar Thailand berkata, Malaysia dan Indonesia kini sedang berhadapan dengan masalah berkaitan Arabisasi terhadap budaya mereka. - FMT


===========

Buka puasa jadi iftar, tudung jadi hijab - Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?

[Image: 71404113043_295x200.jpg]

SAMPAI habis bulan puasa saya tak jumpa jawapan kenapa apabila menjemput berbuka puasa atau bercerita bab buka puasa, ada sesetengah orang Melayu menyebutnya sebagai "iftar"? Hanya sesetengah, bukannya semua. Kenapa tidak kata "buka puasa"? Kenapa "iftar"?

Kalau segan sebut "buka puasa", kenapa tidak kata "sungkai"? "Sungkai" dalam ejaan baku atau "sung-kei" dalam sebutan lisan adalah perkataan yang juga membawa maksud "buka puasa". Ia bahasa sukuan Melayu di Sabah dan Sarawak.

Kenapa jauh-jauh sampai ke Arab mencari perkataan untuk "buka puasa"? Kenapa tidak jenguk ke Sabah dan Sarawak?

Saja tanya: Apakah lebih diterima puasa mereka yang "iftar" berbanding mereka yang "buka puasa"? Wallahu'alam.

Bagi sebuah negara yang Islamnya disekutukan dan diinstitusikan dengan Melayu serta tidak boleh lekang dengan Melayu -- bahawa Melayu itu Islam dan masuk Islam itu masuk Melayu -- kenapa "buka puasa" jadi Arab dan tidak jadi Melayu?

Sehari dua ini pula, sesetengah daripada mereka melayangkan ucapan "Eid Mubarak", bukan lagi "Selamat Hari Raya". Apa dosanya mengucapkan "Selamat Hari Raya" maka ditukar jadi "Eid Mubarak"? "Aidilfitri" pun ditukar jadi "Eidul Fitr".

Ini bukan masalah "iftar" dan "eid mubarak" sahaja. Ini masalah sejak sembahyang jadi solat, tudung jadi hijab. Sedekah yang sudah memang asal perkataan Arab itu pun tidak lagi cukup untuk mengungkapkan pemberian harta kepada orang lain maka sekarang disebut infaq.

Kata Melayu yang hendak jadi Arab: "Kalau anta senyum, itu pun sedekah tapi kalau anta beri duit, itu namanya infaq."

"Okay, bro. Tapi kenapa telekung jadi busana solat?" tanya Melayu yang bertahan cuba jadi Melayu.

Dari mana asal-usulnya semua ini sehingga Melayu hendak jadi Arab? Kenapa Melayu gila hendak jadi Arab? Kenapa NGO Melayu tak beri perhatian soal Melayu tak mahu jadi Melayu ini? Bukankah kalau Melayu jadi Arab maknanya nanti Melayu akan hilang di dunia?

Adakah ini kesan panjang sejak Ayatollah Ruhollah Khomenei pulang ke Tehran pada 1 Februari 1979 dan memulakan revolusi agung terakhir, sekaligus membuka imaginasi seluruh dunia tentang Islam dan negara Islam. Sejak itu, Tanah Melayu ini diislamkan semula selepas pengislaman pertama oleh para pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka semasa zaman kesultanan Melayu lama.

Atau apakah mungkin sebab lidah orang Melayu sekarang lebih mengenal nasi Arab berbanding nasi minyak dan nasi tomato atau setidak-tidaknya nasi ulam?

Di satu sudut Kampung Baru, kawasan petempatan tradisional orang Melayu tidak jauh dari KLCC yang dipertahankan bermati-matian biarpun terus diasak pembangunan dan pemodenan, sekurang-kurangnya ada empat buah restoran nasi Arab berderet di sebatang jalan.

Adakah itu sebabnya? Wallahu'alam.

Kepada Melayu-Arab, eid mubarak. Kepada Melayu yang lain-lainnya, selamat hari raya.

p/s: Orang Arab Islam menyambut Aidilfitri hanya sehari. Orang Melayu yang Arab atau yang lain-lain, Aidilfitrinya tidak usahlah terhentak sampai ke Hari Raya Haji.


http://www.astroawani.com/news/show/melayu-kenapa-kau-nak-jadi-arab-40752

Mangsa Tipu Jutaan Ringgit Guna Nama Najib, Rosmah Buat Laporan Polis

$
0
0
[Image: R-Ramanan.jpg]
Amy Salmiah Dahlan (dua dari kiri) dan mangsa penipuan menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

[Image: killer1.jpg]
[Image: Ramanan-1.jpg]

KUALA LUMPUR – Beberapa individu yang menjadi mangsa penipuan jutaan ringgit menggunakan nama orang kenamaan hari ini membuat laporan polis terhadap pasangan suami isteri bergelar ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’ kerana memperdaya mereka.

R RamananLaporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi oleh wakil sekumpulan 700 pelabur, Amy Salmiah Dahlan dan ditemani bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan bersama beberapa mangsa penipuan lagi.

Dalam sidang media selepas laporan itu dibuat, Ramanan berkata, mereka turut menyerahkan bukti rakaman audio mengatakan tertuduh, Datuk Seri G. Gnaraja dan isterinya, Datuk Geethanjali menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam melakukan penipuan mereka.

“Kami hari ini menyerahkan bukti berbentuk rakaman audio kepada pihak polis di mana Gnarajah mengatakan sudah mendapat arahan daripada Perdana Menteri dan isteri bahawa akan mendapat lesen perbankan untuk mereka jalankan pelaburan,” kata Ramanan semasa sidang media sebaik selesai laporan polis dibuat.

Beliau berkata, laporan polis dibuat bertujuan untuk membersihkan nama pemimpin negara yang digunakan pasangan semua isteri tersebut menjalankan kegiatan penipuan.

Sementara itu, Amy Salmiah yang ditemui membuat laporan polis berkata, beliau berharap mendapat keadilan dan mengheret pasangan suami isteri ke muka pengadilan kerana penipuan yang mereka jalankan.

“Saya berharap laporan polis hari ini dapat membawa pasangan suami isteri ini ke muka pengadilan dan dihukum dengan segera kerana ribuan orang sudah ditipu mereka,” katanya.

Amy Salmiah membuat laporan sebagai wakil kepada kira-kira 700 pelabur beragama Islam yang ditipu oleh pasangan suami isteri tersebut.

Hari ini, sebanyak 20 laporan polis dibuat di balai polis yang sama.

Beliau merupakan antara 22,000 mangsa penipuan pasangan berkenaan yang didakwa melibatkan pelaburan wang sebanyak RM80 hingga RM100 juta.

Amy sendiri telah melabur sebanyak RM36,000 pada tahun lalu bersama 700 rakan-rakannya yang melibatkan wang sebanyak RM6 juta namun ia lesap tanpa sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.

Pada hujung Mac lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan tangkapan enam suspek termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 38 tahun selama 21 hari untuk disiasat bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) melibatkan penipuan wang pelaburan mata wang asing berjumlah antara RM80 hingga RM100 juta di bawah syarikat VenusFX.

Berhubung tindakan polis terhadap enam individu itu, Ramanan memuji langkah proaktif pihak polis, bagaimanapun dalang sebenar iaitu pasangan suami isteri tersebut masih bebas dan belum diambil tindakan.

“Saya puji tindakan polis kerana cepat mengambil tindakan, bagaimanapun dalang sebenar atau ketua penipuan ini, Gnaraja dan isteri ini masih bebas dan belum diambil tindakan.

“Saya harap pihak polis segera menangkap dan membawa pasangan ini ke muka pengadilan,” katanya.

Dalam laporan polis yang dibuat hari ini, pasangan suami isteri itu didakwa menipu seorang ahli perniagaan, Abdul Hamid Bawal untu melabur sebanyak RM55 juta dalam syarikat mereka

Gnaraja juga didakwa membuat pengakuan palsu mengatakan mereka adalah penasihat kepada Perdana Menteri dan diberikan tugas untuk menjalankan operasi bank pelaburan menerusi yayasan miliknya, Yayasan Usaha Ventures Malaysia.

Hasil daripada penipuan yang dilakukan mereka, Gnaraja didakwa memiliki rumah agam mewah bernilai RM20 juta dan beberapa kereta mewah serta mengupah pengawal peribadi bagi melindungi diri mereka daripada diancam mangsa penipuan. - MG

Bayi Selamat Dilahirkan Di Udara Dikelilingi Pramugari Cantik

$
0
0
[Image: C89lB55UwAAP2TE.jpg]

BURKINO FASO – Pesawat Turkish Airlines selamat mendarat ke Ouagadougou di Burkina Faso dengan tambahan seorang lagi penumpang selepas seorang penumpang selamat melahirkan bayinya di pertengahan penerbangan.

Nafi Diaby tiba-tiba berasa mahu bersalin ketika pesawat dari Conakry, Guinea ke Ouagadougou di Burkina Faso.

Tanpa rasa takut, anak-anak kapal berjaya membantu menyambut kelahiran bayi perempuan, Kadiju ketika pesawat berada pada ketinggian 42,000 kaki.

Bayi dan ibunya dalam keadaan sihat.

Menariknya dengan kelahirannya ini ialah tempat dan kewarganegaraan Kadiju.

Ini kerana dia boleh mendapat kewarganegaraan sama dengan ibunya atau kelahirannya menggunakan ruang udara negara ketika penerbangan.

Tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga membenarkan bayi yang dilahirkan dalam penerbangan diberikan kerakyatan di mana pesawat itu didaftarkan.

Dalam kes ini, pesawat berkenaan didaftarkan di Turki. - MG


[Image: C89mL7TUMAAa0AQ.jpg]
[Image: C89l1pVVwAAupLc.jpg]
[Image: C89k77lVoAA55PV.jpg]
[Image: C89k-ouUAAAta_Z.jpg]
[Image: C89k81-VwAE0qYT.jpg]

6 Lelaki Mengamuk Di Restoran Lepas Kena Caj Rm87

$
0
0
[Image: amuk_cropped_1491734814.jpg]
Keadaan berselerak di restoran berikutan tindakan enam lelaki mengamuk. FOTO Mohd Sah Muda

Mersing: Tindakan pantas polis berjaya menahan enam pemuda yang merusuh di sebuah restoran di bandar ini, petang semalam, akibat tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan terhadap mereka.

Dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu, enam suspek itu dikatakan menaiki sebuah bas dari Kota Tinggi dipercayai untuk upacara agama di Maran, Pahang sebelum singgah di bandar ini.

Difahamkan, sebaik tiba di bandar ini, suspek yang kemudian masuk ke sebuah restoran untuk menjamu selera.

Sebaik sahaja selesai menjamu nasi ayam dan minuman keras, suspek tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan pemilik restoran berkenaan.

Sejurus selepas membayar harga makanan dan minuman, mereka merusuh dengan menendang dan menterbalikkan meja makan serta menghempas kerusi dalam restoran itu.

Pemilik restoran berusia 42 tahun yang enggan dikenali berkata, punca mereka merusuh adalah kerana tidak berpuas hati dengan harga makanan dan minuman yang bernilai RM87 yang dianggap terlalu mahal.

Dia yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan polis selepas enam pemuda itu menaiki bas semula.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menjalankan Ops Tutup dengan bantuan MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing dan anggota polis Endau sejurus selepas menerima laporan daripada pengadu.

“€œPihak kami berjaya menahan sebuah bas persiaran di Endau dan menahan enam lelaki yang dipercayai merusuh di restoran berkenaan.

“€œMereka ditahan reman di IPD Mersing hingga Rabu ini untuk membantu siasatan," katanya. - Metro

Gadis Maut Leher Tersangkut Kabel Elektrik Ketika Membonceng Motosikal

$
0
0
[Image: moto_1491754034.jpg]

IPOH - Seorang pelajar sekolah menengah maut apabila kabel elektrik terjatuh sebelum tersangkut di lehernya ketika sedang membonceng sebuah motosikal, di Kilometer 5, Jalan Bota Kiri-Tanjung Blanja, kira-kira 70 kilometer dari sini, petang tadi.

Nurul Huda Ashira Abdullah, 16, beralamat dari Bota Kanan, maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa menaiki motosikal jenis Honda Ex5 yang ditunggangi rakan perempuannya berusia 15 tahun, dalam perjalanan dari arah Parit menghala ke Bota.

"Setibanya di tempat kejadian yang ketika itu hujan lebat, tiba-tiba kabel tiang elektrik di sebelah kiri jalan telah terjatuh.

"Penunggang motosikal berkenaan cuba mengelak tetapi kabel tersebut tersangkut di leher mangsa yang duduk di belakang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zainal berkata, penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama/Sinar

Bayi Sudah Diisytihar Mati Oleh Doktor Tiba-tiba Hidup Semula

$
0
0
resim
BAYI berkenaan kini dirawat di unit rawatan rapi hospital itu. - Agensi

New Delhi: Seorang bayi yang baru lahir dan diisytihar mati oleh kakitangan kejururawatan di sebuah hospital didapati masih hidup oleh keluarganya sejurus sebelum dia dikebumikan.

Durgesh Rathore, 25, melahirkan anak pramatang selepas hamil 24 minggu dengan bantuan jururawat di Hospital Pandit Brij Sunder Sharma di Bundi, daerah di negeri Rajasthan, barat India.

Bayi yang hanya seberat 0.4 kilogram itu diisytihar meninggal dunia selepas dia tidak menangis atau bernafas.

Apabila keluarganya bersiap untuk mengebumikannya, mereka merasakan degupan jantungnya dan melihat dia bernafas.

Mereka serta-merta membawanya ke hospital semula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Lagi Budak Tersangkut Dalam Mesin Basuh Di China

$
0
0
resim
BOMBA berusaha mengeluarkan budak lelaki yang terperangkap dalam mesin basuh di bandar Anshun, kelmarin. - Agensi

Beijing: Kejadian kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh di China berulang lagi.

Dalam kejadian terbaru, seorang budak lelaki berusia tiga tahun di bandar Anshun di wilayah Guizhou dikatakan bermain bersendirian di sebuah kedai makan apabila dia memanjat masuk ke dalam mesin basuh dan tersekat di dalamnya.

Ibu bapanya terpaksa menelefon bomba selepas usaha untuk mengeluarkannya gagal.

Bomba yang tiba berjaya menyelamatkan budak itu yang namanya tidak didedahkan dengan menggunakan playar besar untuk meleraikan mesin basuh itu.

Sebaik dikeluarkan, kanak-kanak itu dihantar ke hospital. Dia bagaimanapun disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

Kejadian kanak-kanak terperangkap di dalam mesin basuh sering berlaku di China.

Bagaimanapun, dalam satu kejadian sebelum ini, seorang lelaki terperangkap dalam mesin itu ketika dia cuba membaikinya. - Agensi/Metro

Ahli Lembaga Pengarah Hospital Pasir Mas Sendiri Pun Dilayan Buruk, Inikan Pula Rakya

$
0
0
resim
resim
Abdullah meluahkan rasa kesal dengan tindakan sambil lewa seorang kakitangan hospital membantu pesakit. (Gambar kanan: Seorang pengguna Facebook berkongsi berita tular 2015 lalu, membabitkan pemuda yang terlibat kemalangan.)

RANTAU PANJANG - Jabatan Kesihatan Kelantan akan menyiasat dakwaan layanan buruk seorang kakitangan hospital terhadap keluarga dan pesakit di Hospital Pasir Mas.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Razin Datuk Ahmad Maher berkata, perkara tersebut masih dalam tindakan jabatan.

Menurutnya, pihaknya akan mengambil maklum balas daripada pelbagai pihak dan menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

“Saya harap perkara ini tidak diperbesarkan kerana Jabatan berusaha memastikan ia diselesaikan dengan baik,” katanya.

Jumaat lalu, Ahli Lembaga Pengarah Hospital Pasir Mas, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim meluahkan rasa kecewa terhadap layanan seorang kakitangan hospital itu ketika menghantar bapanya, Mat Yasim Ibrahim, 83, yang sakit, pada jam 1.07 pagi.

Abdullah yang menulis status di laman sosial Facebook berkata, kakitangan berkenaan seperti lepas tangan ketika dimaklumkan berkenaan status kesihatan bapanya.

“Kakitangan itu tak patut  tanya saya semula, ‘kenapa beritahu dia, sedangkan terdapat pembantu perubatan (MA) bertugas pada malam berkenaan'.

“Saya akur dan mula mencari MA di kawasan sekitar namun gagal,” katanya.

Abdullah yang juga Ketua Umno Rantau Panjang berkata, beliau bersetuju dengan dakwaan penduduk setempat menyamakan hospital itu seperti ‘hospital maut’ disebabkan tindakan segelintir kakitangannya.

Beliau berkata, sikap buruk beberapa kakitangan menjatuhkan imej Hospital Pasir Mas sebagai salah sebuah hospital terbaik di Kelantan.

“Jika saya selaku Ahli Lembaga Pengarah pun boleh diperlakukan sedemikian, saya tak dapat bayangkan layanan diterima penduduk kampung.

“Saya juga menerima banyak rungutan serta cadangan agar kakitangan sedia ada ditukar dan diganti dengan kakitangan lebih berhemah,” katanya.

Kenyataan Abdullah dalam Facebook menerima maklum balas lebih 890 pengguna, 342 komen dan dikongsi 123 pengguna laman sosial berkenaan.

Salah seorang daripadanya turut berkongsi berita yang ditular 2015 lalu, membabitkan seorang pemuda yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tendong. - Sinar

Peminta Sedekah Dipenjara Sebulan Cuba Cium Tangan Wanita

$
0
0
resim
Mohd Tuson dihukum penjara sebulan. FOTO Sarah Zulkifli

Kuala Lumpur: Seorang peminta sedekah dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, di sini, hari ini, atas tuduhan menyentuh dan cuba mencium tangan kerani wanita di hentian bas Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Tuson Nukmal Hakim, 33, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) daripada etnik Rohingya dijatuhkan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan bapa lima anak itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh jatuh hukum, iaitu hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencabul kehormatan wanita berusia 35 tahun itu, jam 6.45 petang pada 28 Mac lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada seksaan itu, jika disabit kesalahan. - Metro

Penunggang Langgar Mati Wanita Lintas Jalan Didakwa Hari Ini

$
0
0
Penunggang didakwa sebabkan kematian


resim
Anggota polis trafik mengiringi Nazri Che Lah, 44, (tengah) untuk dituduh di Mahkamah Majistret Georgetown, yang menghadapi tuduhan menunggang secara melulu hingga menyebabkan kematian seorang wanita di Jalan Burma, minggu lalu. - Foto DANIAL SAAD

Georgetown: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana dituduh menunggang secara melulu hingga menyebabkan kematian seorang wanita di Jalan Burma minggu lalu.

Tertuduh, Nazri Che Lah, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhamad Amin Shahul Hamid.

Mengikut pertuduhan, Nazri yang bekerja sebagai krew kapal didakwa menunggang motosikal secara melulu hingga menyebabkan kematian pejalan kaki, Foo Swee Wah, 58, di Jalan Burma, jam 10.30, 6 April lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dengan denda minimum RM5,000 atau maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin, memohon mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta menggantung lesen memandunya.

Mohamad Amin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menggantung lesen memandunya, selain menetapkan 29 Mei ini bagi sebutan semula kes. - Metro

Buang Bayi Dalam Mangkuk Tandas, Gadis Didakwa Bunuh Bayi Sendiri

$
0
0
resim
Nur Izzati (bertudung, baju belang hitam putih) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jitra hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya di tandas kolej. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi

Jitra: Penuntut Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam dihadapkan ke mahkamah majistret hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya di tandas kolej itu bulan lalu.

Nur Izzati Adi, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurfadrina Zulkhairi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian seorang bayi dengan tekupan atau kelemasan di tandas perempuan aras tiga Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam jam 5.20 petang pada 30 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, penuntut semester pertama jurusan pemprosesan makanan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Parihah Ab Kadir sementara tertuduh diwakili peguam bela Tunku Intan Mahiya Tunku Mahamad.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan sebutan semula kes pada 7 Jun ini bagi menunggu hasil laporan bedah siasat. - Metro

Paraglider Hilang Ditemui Selamat Tersangkut Di Pokok

$
0
0
Ditemui tersangkut di pokok


resim
Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut. FOTO Amrullah Abdul Karim

Kuala Kubu Bharu: Peluncur udara, Mohamad Rosely Azli, 53, yang dilaporkan hilang selepas gagal mendarat ketika meluncur petang semalam, ditemui selamat jam 3.30 petang tadi selepas payung luncurnya tersangkut pada pokok kira-kira tiga kilometer dari Subtek Polis di Taman Millenium, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan cedera di kaki.

"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat payung luncur digunakan dan mangsa melambai ke arah mereka.

"Selepas itu operasi membawa keluar mangsa dilakukan menggunakan tali dan dia dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata, kedudukan mangsa ketika itu di arah utara menghala Bukit Fraser dan berdekatan Kampung Sungai Damar di sini. - Metro

Gadis Nyaris Mengahwini Banduan Terlepas Dari Penjara

$
0
0
resim

Aceh: Hasrat seorang wanita untuk berkahwin dengan kekasihnya berkecai selepas mendapati lelaki itu sebenarnya banduan yang melarikan diri dari penjara.

Lebih malang lagi, lelaki itu ditangkap beberapa hari sebelum mereka berkahwin.

Lelaki itu yang dikenali sebagai, Rusli Mahmud, 31, merancang berkahwin dengan kekasihnya yang berusia 17 tahun dan berasal dari Desa Kliet di daerah Ranto Peureulak, Aceh Timur.

Ketua polis Ranto Peureulak, Musa berkata, ketika mahu mendaftarkan perkahwinan keluarga wanita meminta kad pengenalan diri Rusli.

“Bagaimanapun, Rusli menyerahkan kad pengenalan dengan nama Zulfikar menyebabkan keluarga wanita itu berasa curiga.

“Kerana curiga keluarga wanita itu membuat laporan polis yang kemudian menahan lelaki itu,” katanya yang dipetik Kompas.com.

Ketika disoal siasat, Rusli mengaku dia sebenarnya diburu polis selepas melarikan diri dari sebuah penjara pada Mei 2014.

“Lelaki ini pernah ditangkap polis pada 2013 atas kesalahan dadah dan dihukum penjara selama lima tahun.

“Tidak lama selepas melarikan diri dari penjara, dia kembali semula ke kampung halamannya di sini dan bercinta dengan gadis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, selepas mendengar pengakuan lelaki itu keluarga wanita akhirnya membatalkan perkahwinan mereka. - Agensi/Metro

Kerani Wanita Keluar Memakai Legging Dilapor Hilang

$
0
0
resim
SHAREEN Naz Niaz Akhtar, 21, tidak pulang ke rumah selepas keluar ke tempat kerja di Kuchai Lama Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bekerja sebagai kerani didapati hilang selepas keluar dari rumahnya di Desa Sri Puteri, dekat sini, pada Jumaat lalu.

Shareen Naz Niaz Akhtar, 21, keluar dari rumah pada jam 8.30 pagi untuk ke tempat kerjanya di Kuchai Lama.

Kakaknya, Norinnahs Niaz Akhtar, 25, memberitahu kebiasaannya adiknya akan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja.

"Semasa hari kejadian Shareen memakai baju hitam dan seluar 'legging' dan akan pulang dari tempat kerja kira-kira jam 6 petang.

"Namun dia tidak juga pulang, saya dan keluarga menunggu selama dua hari tapi dia masih tidak pulang juga,"katanya ketika ditemui BH tadi.

Norinnahs berkata, satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Salak Selatan Baru bagi meminta bantuan polis mencari dia.

"Shareen seorang yang pendiam memandangkan dia adalah anak bongsu dari tiga beradik, selalunya jika mempunyai masalah dia akan berkongsi dengan kakak yang sulung.

"Pada hari berkenaan dia tidak menunjukkan sebarang reaksi yang mencurigakan dan jika dia mempunyai masalah hanya satu sahaja, iaitu bekas teman lelakinya pernah mengugut untuk menculik dia selepas mereka putus hubungan pada Januari tahun lepas.

"Keluarga kami juga sudah cuba menghubungi rakan-rakannya tetapi tiada seorang pun tahu kedudukan dia tambahan lagi, telefon bimbit miliknya sudah ditutup.

Justeru, beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Shareen atau terjumpa adiknya segera menghubunginya di talian 0163466553 atau mana-mana balai polis berhampiran. - BHarian

Warga Emas Rugi Rm25,000 Lepas ' Jururawat' Suntik Cecair Misteri

$
0
0
resim
YUSOF Sarmidi, menunjukkan tempat suntikan cecair misteri di badan isterinya Zabaidah Aspan, sebelum warga tua itu 'khayal' dan barang kemasnya dilarikan dua wanita menyamar jururawat di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, Johor.- Foto Mohd Farid Noh

BATU PAHAT: Seorang warga emas di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, dekat sini, kerugian RM25,000 selepas barang kemasnya dilarikan dua wanita menyamar sebagai jururawat.

Kedua-dua suspek didakwa menyuntik mangsa dengan cecair misteri yang menyebabkan wanita itu 'khayal', Jumaat lalu.

Kejadian itu menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook (FB) sejak semalam selepas seorang anaknya berkongsi kisah menimpa Zabaidah Aspan, 63.

Ketika itu, suami mangsa, Yusof Sarmidi, 68, keluar menunaikan solat Jumaat kira-kira jam 1 tengah hari.

Zabaidah mendakwa didatangi dua wanita yang mengaku sebagai jururawat dari Klinik Kesihatan Batu Pahat yang ingin membuat pemeriksaan berikutan penyakit kencing manis dihadapinya.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana seorang wanita itu memakai pakaian seragam jururawat dan mendakwa pemeriksaan kesihatan ke rumah dibuat bagi kemudahan warga tua supaya tidak perlu beratur atau menunggu lama.

"Mereka meminta saya menanggalkan barang kemas dan pakaian bagi menjalankan pemeriksaan lengkap sebelum saya menyimpan barang kemas di laci berdekatan.

"Saya diminta meniarap dan dua wanita itu memaklumkan akan memberi dua suntikan ubat kolestrol, kencing manis dan darah tinggi di leher serta belakang.

"Tidak lama selepas itu, saya mulai khayal dan seorang daripada mereka sempat melakukan bekam di belakang badan saya.

"Rakannya memberitahu mahu mengambil peralatan dan tidak lama selepas itu, seorang lagi wanita turut keluar.

"Apabila mereka tidak muncul selepas lima minit, saya bangun dan meninjau keluar sebelum mendapati kereta mereka tiada.

"Dalam keadaan separuh sedar, saya memeriksa laci dan mendapati semua barang kemas sudah lesap," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Zabaidah berkata, antara barang kemasnya yang hilang ialah seutas rantai emas bersama loket, tiga utas gelang tangan dan tiga cincin emas bernilai RM25,000.

Beliau dan suami membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada hari sama sebelum diarah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat berikutan disuntik cecair misteri.

Kesan suntikan berkenaan masih bengkak sehingga hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. - BHarian
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live