Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live

Lelaki Diugut Pondan Mahu Sebar Video Seks Mereka Berdua

$
0
0
[Image: 937b7a31-60ac-4cc1-8d08-2416621882d2_1491622691.jpg] 

SUSPEK dipercayai mak nyah yang mengugut seorang lelaki. FOTO ihsan polis

Kuala Lumpur: Lelaki, 24, diugut seorang mak nyah selepas mereka melakukan hubungan seks di sebuah rumah sewa di Jalan Bukit Permai, Cheras, di sini, Khamis lalu.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai pemandu Grabcar berjumpa dengan pondan terbabit di kawasan rumah sewa berkenaan sebelum bersetuju melakukan hubungan seks.

"Tanpa mangsa sedari, suspek merakam video ketika mereka sedang melakukan hubungan seks kira-kira jam 4 pagi.

"Mangsa menerima panggilan daripada suspek sejam kemudian yang meminta wang sebanyak RM1,000 jika tidak mahu video itu tersebar," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang enggan memberikan wang diminta suspek menyebabkan dia menghubungi bapa lelaki berkenaan.

"Suspek juga mengugut akan membuat kecoh di tempat kerja bapa mangsa sekiranya dia tidak memenuhi tuntutannya," katanya yang memaklumkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

Katanya, susulan laporan itu, suspek berusia 28 tahun ditahan Jumaat lalu di sebuah bilik sewa di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini, pada jam 1.30 petang untuk siasatan lanjut. - Metro

Viral Pintu Balai Polis Terbuka Sendiri

$
0
0




[Image: pintuu.transformed.jpg]
KEJADIAN misteri dikejutkan anggota polis kira-kira jam 4.21 pagi apabila pintu kaca terbuka sendiri serta pecah pada khamis lalu di Balai Polis Banda Hilir, Melaka. - FotoRasul Azli Samad

MELAKA: Polis masih belum mendapat laporan berhubung kejadian pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir, di sini, yang terbuka sendiri sebagaimana dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman berdurasi selama 73 saat yang mula menjadi viral di media sosial, sejak semalam, dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan dilaporkan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah. 

Difahamkan, berdasarkan rakaman CCTV menunjukkan insiden jam 4.21 pagi, Khamis lalu, dengan tiga anggota polis sedang berada di meja aduan awam. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi viral di media sosial. 

"Saya sahkan yang pintu Balai Polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya. Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit," katanya, ketika dihubungi, hari ini. 

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagaimana rakaman CCTV di balai polis berkenaan boleh menjadi viral di media sosial. - BHarian

Tiada Telco Terlibat Jual Data Peribadi Pelanggan

$
0
0
[Image: telcoco_1491648785.jpg]
[Image: acryl-sani.ashx]

Tanjung Malim: Tiada syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini yang terbabit dalam penjualan data peribadi pelanggan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata data peribadi pelanggan itu mungkin diperoleh daripada pihak lain seperti penjualan produk atau mereka yang menjalankan kaji selidik.

“Kalau ada, kita sudah tahu. Sehingga ini, kita tak mendengar apa-apa seperti orang kata yang Telco menjual maklumat peribadi pengguna. Kita pasti benda itu tidak berlaku,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyertai program Kayuhan Berbasikal Amal Al-Hilmi bersama pengasas Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Baitul Al-Hilmi, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim rsempena sambutan Hari Polis ke-210 di Kampung Sawa, Slim Village, di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata, terdapat empat cara dalam jenayah siber iaitu penipuan urusniaga dalam talian, ‘Love Scam’, pelaburan skim cepat kaya dan terbatu, penyamaran panggilan sebagai kakitangan agensi kerajaan atau pihak bank menggunakan nombor telefon ‘sebenar’ yang dipalsukan bagi mengaburi penipuan.

“Mana ada pihak bank membuat pindaan butir melalui telefon. Mereka bijak mengambil kesempatan daripada tindak balas mangsa yang terkejut atas perkara itu,” katanya.

Malah, beliau turut mendapati ada peningkatan laporan polis berhubung sindiket penipuan berikutan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Biarpun berbuih nasihat dan amaran diberi polis, wanita tempatan berusia sekitar 30-an ke atas merupakan sasaran paling mudah sindiket itu menerusi pelbagai cara.

“Contohnya dalam Love Scam, ada lagi mangsa dengan mudah tergoda dan cair pada paras rupa suspek yang menyamar sebagai lelaki kacak melalui laman sosial Facebook dan aplikasi internet lain.

“Kebiasaan mangsa diperdaya apabila buah hati warga asing itu mendakwa ada mengirim hadiah berharga ke negara ini sebelum menerima panggilan diarah membuat bayaran cukai tertentu bagi mendapatkan kiriman bungkusan hadiah itu,” katanya. - Metro

Budak Perempuan 8 Tahun Ditemui Dipelihara Monyet Di India

$
0
0
[Image: 08hmmonkey_cropped_1491601722.jpg] 
IDENTITI kanak-kanak ini masih belum diketahui. - Daily Mail

New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai berusia lapan tahun ditemui hidup bersama monyet dan tidak boleh bercakap atau berjalan seperti manusia biasa, tidak ubah seperti dalam novel klasik The Jungle Book.

Kanak-kanak itu yang dilaporkan menjerit seperti monyet untuk berkomunikasi dan bergerak menggunakan kaki dan tangannya ditemui polis di kawasan hutan simpan terpencil di Bahraich, utara India.

Dia kini digelar ‘Mowgli perempuan’ sempena watak utama dalam The Jungle Book kerana persamaannya dengan watak nukilan penulis Rudyard Kipling mengenai budak lelaki dengan nama berkenaan yang dipelihara serigala.

Pihak berkuasa berkata, dia nampak selesa ketika berada bersama monyet di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Katarniaghat, berhampiran sempadan Nepal.

Mereka masih cuba mengenal pasti identiti, tempat asal dan tempoh kanak-kanak itu hidup di dalam hutan. - Metro

Pasangan Gay Viral Ditangkap Mungkin Kena 100 Sebatan

$
0
0
[Image: image.jpg]
Rakaman video menunjukkan pasangan sejenis yang kantoi berkhalwat mula tular di media sosial.
 
BANDA ACEH: Dua lelaki berhadapan hukuman hingga 100 sebatan selepas jiran melaporkan aksi mereka melakukan hubungan seks kepada pihak berkuasa agama Aceh.

Ketua penyiasat polis Syariah, Marzuki, semalam berkata jika didapati bersalah, kedua-duanya akan menjadi pesalah pertama disebat kerana mengadakan hubungan seks sebagai pasangan gay menurut kanun baru yang dilaksanakan dua tahun lalu.

Jiran di kawasan penempatan di ibu negeri wilayah itu, Banda Aceh, melaporkan aksi pasangan berkenaan, berusia 23 dan 20 tahun, kepada polis pada 29 Mac lalu, kata Marzuki.

Katanya, kedua-dua lelaki itu mengaku sebagai pasangan gay dan disokong dengan rakaman video diambil jiran yang disebarkan di atas talian.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia mengamalkan undang-undang Syariah, yang dipersetujui kerajaan pusat pada 2006 bagi menamatkan pemberontakan pemisah selama beberapa tahun.

Kanun Syariah dilaksanakan dua tahun lalu yang membolehkan hukuman hingga 100 sebatan bagi kesalahan moral termasuk mengadakan hubungan seks sesama jenis.

Sebatan juga menjadi hukuman untuk kesalahan zina, judi, minum arak, wanita yang memakai pakaian ketat dan lelaki yang tidak bersolat Jumaat.

Homoseksual tidak dilarang di Indonesia, tetapi penilaian perundangan dipertimbangkan Mahkamah Perlembagaan dalam usaha menjadikan seks luar nikah dan seks sesama jenis adalah kesalahan jenayah. - AP/BHarian

Harga Ron95 Dijangka Naik Lagi

$
0
0


[Image: image.jpg]

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyeru orang ramai agar bijak memantau harga minyak RON95 bagi membolehkan mereka mengatur pembelian dengan harga lebih murah.



Menurutnya, minggu ini, harga RON95 dijangka akan naik di antara 10 sen hingga 20 sen seliter bergantung kepada reaksi pasaran dunia berikutan ketegangan geopolitik yang berlaku di Timur Tengah ekoran serangan roket Amerika Syarikat ke atas lapangan tentera udara Syria, semalam.

“Bloomberg melaporkan, harga minyak mentah dunia melonjak dari USD53.12 setong pada permulaan minggu ini (3 April 2017) dan ditutup pada USD55.12 semalam (7 April 2017), iaitu peningkatan mendadak sebanyak 4 peratus (%) dalam masa seminggu.

“Bergantung kepada tindakbalas Rusia (sekutu kuat rejim Assad) dan tentera rejim Assad, jika ketegangan geopolitik itu tidak reda, minggu depan boleh menyaksikan peningkatan mendadak harga minyak mentah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jika harga minyak mentah naik pada kadar yang sama iaitu 4 peratus seperti minggu ini, harga Brent boleh mencecah USD57.20 setong.

Menurut Rafizi, beliau bimbang jika ia naik lebih tinggi dari itu dan melonjakkan harga minyak mentah melepasi USD58 setong.

Katanya, oleh kerana harga minyak di stesen minyak berubah setiap minggu, pengguna disarankan supaya memantau harga RON95 setiap minggu untuk membolehkan mereka mengatur pembelian.

“Oleh itu, saya menasihati pengguna supaya bijak mengatur pembelian harga minyak mengikut harga yang diramalkan.

“Saya juga menyeru supaya Kerajaan Persekutuan campur tangan di dalam rundingan di antara pengendali stesen minyak dan syarikat-syarikat minyak supaya keputusan penghantaran stok tidak merugikan pengendali stesen minyak yang berkemungkinan terpaksa membeli stok pada harga yang lebih tinggi tetapi dijual pada harga yang lebih rendah,” katanya. - Sinar

Wanita Dicerai Lepas 3 Hari Nikah, Disaman Pula Bekas Suami

$
0
0
[Image: image.jpg]

RAMAI orang berkata, bertuah jadi wanita, dimanja, dibelai dan diberi kasih sayang oleh orang tersayang khasnya suami. Tetapi tidak ramai tahu bahawa tidak semua wanita bertuah mendapat layanan seperti itu.

Kebanyakan mereka kecundang di dalam rumah tangga, ditinggal suami dan putus kasih dengan orang tersayang kerana pelbagai sebab yang mendorong mereka mengambil keputusan hidup sendiri. Menjadi lumrah hidup, tidak semua yang dikehendaki oleh setiap manusia akan diperoleh kerana segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah.

Seperti juga dalam rumah tangga, tidak seorang wanita pun yang mahu diceraikan tanpa sebab tetapi suratan takdir tidak dapat dielak. Inilah kisah pilihan minggu ini, kisah benar yang dialami oleh Syifa (bukan nama sebenar) yang diceraikan suaminya, tiga hari setelah bergelar isteri.

Ini cerita Syifa.

“Saya seorang pegawai di sebuah bank, berkelulusan universiti dan berusia 32 tahun. Selepas tamat belajar dan mendapat kerja, saya ditunangkan dengan seorang lelaki atas kehendak keluarga.

“Saya akur dengan kehendak ibu bapa saya, sebab saya tahu, mereka tentu akan mencari calon suami yang terbaik untuk saya, sebab saya tidak mempunyai teman lelaki.

“Tunang saya seorang pegawai kerajaan, juga lulusan universiti, anak sulung dalam adik beradik seramai empat orang. Ibu dan ayahnya, rakan lama ibu bapa saya. Saya dimaklumkan dia telah melihat gambar saya sebelum kami ditunangkan dan tidak membantah permintaan ayah dan ibunya.

“Pada hari pertunangan, kami diperkenalkan dan itulah kali pertama saya melihat dia. Orangnya kacak, tinggi dan saya rasa dia menjadi idaman ramai wanita. Dia juga nampak baik, peramah dan sentiasa tersenyum melihat saya. Jauh dalam hati saya berkata, memang dia jodoh terbaik Allah hantarkan untuk saya.

“Kami bertunang tidak lama, hanya tiga bulan. Dalam tempoh itu, kami tidak berjumpa, semua urusan dibuat oleh ibu bapa kami. Sampaikan barang hantaran juga mereka yang uruskan atas permintaan saya. Genap tiga bulan, kami disatukan. Majlis sangat meriah, maklumlah, kedua-duanya anak sulung, tentunya majlis meriah dengan kehadiran kawan-kawan dan sahabat andai serta keluarga jauh dan dekat.

“Saat kami diijabkabulkan, air mata saya menitis. Saya sangat terharu dan sebak setelah dia dengan sekali lafaz sah menjadi suami saya. Inilah saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh seorang wanita. Masa untuk mengabdikan diri kepada suami dengan penuh rasa tanggungjawab dan dengan harapan, bahagia yang dibina akan kekal sampai ke akhir hayat.

“Bagaimanapun, bahagia yang saya harapkan tidak nampak cahayanya apabila suami terus menghilangkan diri selepas tiga hari kami bergelar suami isteri. Dia tinggalkan saya tanpa pesan, tanpa sepatah kata. Saya terkapai-kapai tidak tahu apa salah saya sampai dia sanggup buat saya macam itu.

“Saya langsung tidak disentuh. Pada mulanya saya faham mungkin dia penat, lagipun selepas majlis, kami tinggal di rumah ibu bapa saya. Malangnya pada hari ketiga semasa saya sedang berkemas di dapur dengan mak dan adik-adik, dia keluar rumah tanpa memberitau saya.

“Sedar-sedar dia sudah tidak ada di dalam bilik. Sebelah petangnya, mentua saya datang. Kecoh dia bercerita. Saya hanya mendiamkan diri. Mak dan bapa saya yang melayan mentua bercerita. Saya melihat mak saya menangis. Kemudian adik-adik.

“Saya masih tidak tahu sebabnya sehinggalah bapa memanggil saya ke ruang tamu dan menyuruh saya duduk. Saya duduk di hadapan pelamin yang belum dibuka. Dengar apa yang mentua kamu hendak beritahu, kata bapa.

“Ketika bapa berkata-kata, saya merasa dunia berpusing ligat dan suasana gelap gelita. Saya tidak nampak apa-apa lagi di hadapan saya. Setelah sedar, saya tidak melihat kelibat mentua saya lagi, yang ada mak, bapa dan adik-adik saya yang kesemuanya menangis.

“Saya juga menangis. Tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan saya ketika itu. Yang saya dengar, saya telah diceraikan oleh suami. Maknya sendiri yang bagi tahu saya di hadapan ibu bapa dan keluarga saya.

“Bapa sangat marah tapi me­ngawal kemarahannya itu. Sepupu dan bapa saudara saya mula datang ke rumah. Kalau kelmarin mereka datang dengan wajah gembira, tetapi kali ini semua nampaknya sangat marah. Bapa saudara dan sepupu saya pergi ke rumah suami untuk mendengar sendiri dari mulut dia yang telah menceraikan saya.

“Nak tahu apa dia kata, kita jumpa di mahkamah! Saya sudah ceraikan dia. Betapa biadapnya dia kepada keluarga saya. Nampak sahaja belajar tinggi tetapi kurang ajar. Itulah yang keluarga saya kata. Mereka sangat marah.

“Akan tetapi tidak ada gunanya lagi. Sebab saya telah diceraikan. Yang saya tidak faham, bekas suami membawa pula kes itu ke mahkamah dan menuntut saya membayar ganti rugi. Dia yang ceraikan saya, dia pula yang minta ganti rugi. Sepatutnya saya yang buat saman malu. Ini terbalik pula.

“Enam tahun kes itu berlarutan. Penat saya naik turun mahkamah dengan mak dan bapa saya. Buang masa, membazir duit dengan perkara yang tidak kami tahu sebabnya. Ibu dan bapanya langsung tidak menasihatkan anaknya, sebaliknya menyokong tindakan anaknya menyaman saya dan keluarga.

“Saya tanggung malu dengan keluarga, jiran, saudara mara dan kawan-kawan kerana dia. Saya minta tukar kerja di tempat lain kerana tidak mahu diganggu. Semuanya saya yang tanggung. Sudahnya saya yang disaman.

“Saya terima ini semua dengan reda. Alhamdulillah kes ini telah selesai dua bulan lalu. Saya terpaksa bayar RM10,000 kepada bekas suami di atas kesalahan yang saya tidak tahu apa. Saya pelik kenapa mahkamah begitu ambil mudah kes penganiayaan ke atas isteri seperti saya. Patutnya siasat sampai ke akar umbi, apa puncanya. Bukan main dengar sebelah pihak sahaja.

“Saya bersyukur kerana semuanya telah selesai. Walaupun saya telah menerima hukuman dunia yang diputuskan manusia, saya yakin hukuman di akhirat untuk dia yang menganiaya saya tetap ada. Allah tahu siapa benar dan siapa salah. Saya mendoakan supaya satu hari nanti dia dan keluarganya akan sedar kesilapan mereka dan bertaubat.

“Saya pula akan teruskan hidup saya. Pintu hati saya sudah tertutup rapat untuk lelaki. Saya serik. Bukan tidak percaya jodoh, tetapi pengalaman ini sangat sakit dan saya tidak pasti bila kesakitan itu akan hilang. Semoga Allah bagi saya kekuatan dan semangat untuk terus muhasabah diri dan menjadi wanita solehah di dunia dan akhirat,”demikian Syifa menutup ceritanya.

Sedihkan cerita Syifa? Semoga Allah makbulkan doa Syifa. Apa pun saya kagum dengan semangat dan kesabaran Syifa menangani masalah ini. Tidak siapa tahu apa yang dia rasa.

Kisah ini baik dijadikan teladan oleh kaum lelaki, khasnya mereka yang mendapat jodoh yang diatur oleh ibu bapa. Niat ibu bapa baik tetapi anak-anak juga perlu fikirkan yang terbaik untuk mereka. Jangan kerana hendak menjaga hati ibu bapa, terima sahaja pilihan mereka. Ambil masa untuk mengenali bakal isteri, jangan terus terima. Jangan buat aniaya anak dara orang.

Menamatkan catatan, pesanan saya, sekiranya tidak dapat menggembirakan hati orang, cukuplah hanya tersenyum, bukan membuatkan orang itu terus berduka. - Utusan

Lelaki Sanggup Belanja Rm12,000 Untuk Rasai Upacara Kematian Sendiri

$
0
0
[Image: 3F08E24100000578-4387178-image-a-42_1491557224433.jpg][Image: 3F08E24500000578-4387178-image-a-40_1491557213887.jpg]
[Image: 3b59a502db764141a4036d7f00b4c319.ashx?la=en]

BEIJING: Seorang penduduk kampung di China sanggup 'memalsukan kematiannya' semata-mata mahu melihat sendiri bagaimana upacara pengkebumiannya diadakan.

Menurut laporan Mail Online, Lin Guozhong tidak pernah berkahwin dan memiliki anak, sekali gus membuatkan dirinya mahu merasai pengalaman upacara pengkebumian dirinya sendiri.

Lelaki berusia 58 tahun itu mengatur majlis tersebut pada 3 April lalu dan menjemput jiran serta saudaranya untuk 'meratapi' pemergiannya selain mengusung 'keranda menuju ke tanah perkuburan.

Guozhong juga sanggup menghabiskan belanja sebanyak 20,000 yuan (RM12,849) untuk mengadakan majlis pengkebumian palsu itu di kampungnya di Changyan, Zhangjiajie di wilayah Hunan, selatan China.

Malah dia menyediakan makanan dan hiburan sepanjang acara itu diadakan bagi menghiburkan tetamunya.

Ketika upacara itu diadakan, Guozhong duduk di dalam keranda sambil dibawa berarak oleh penduduk kampung yang 'menangisi' pemergiannya.

Bagaimanapun, tindakan Guozhong itu dikritik oleh saudaranya sendiri, Chen Yonghong yang menyifatkan majlis tersebut sebagai satu pembaziran.

Katanya, Guozhong boleh menggunakan wang tersebut untuk hal kecemasan memandangkan usianya yang sudah tua.

Susulan tindakan Guozhong itu, media tempatan menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan bagi pihak yang mengadakan majlis sedemikian yang dilihat bertentangan dengan kepercayaan masyarakat setempat. - MStar

Penunggang Motosikal Rempuh Wanita Dakwa Tak Nampak Lampu Merah

$
0
0
Kenapa lari? soal keluarga mangsa
Penunggang dakwa tak nampak lampu merah



[Image: langgar%20lari.ashx?w=620&h=413&crop=1&]

GEORGE TOWN: Keluarga mangsa langgar lari di Jalan Burma Khamis lalu mahu keadilan ke atas kematian wanita terbabit.

Anak bongsu mangsa yang mahu dikenali Cheah, 23, berkata, mereka telah kehilangan segalanya dalam sekelip mata.

"Penunggang motosikal itu tidak berperikemanusiaan.

"Kami ada soalan kepada dia.

"Kenapa dia lari selepas langgar ibu kami?" ujar Cheah ketika majlis penghormatan terakhir ibunya di Mount Erskine pada Jumaat.

Cheah berkata, pihak doktor memberitahu bahawa ibunya mengalami 90 peratus pendarahan di otak.

Ketika kejadian Foo Swee Wah,58, dirempuh oleh sebuah motosikal yang melanggar lampu merah ketika melintasi jalan di laluan pejalan kaki pada pagi Khamis.

See Wah dalam perjalanan membeli stok barang-barang masakan untuk kedai makan miliknya.

"Ibu saya kebiasaannya akan pergi ke pasar sebelum kami memulakan perniagaan. Ketika kejadian berlaku lebih kurang 10 pagi, abang sulung saya ada di kedai.

"Penduduk-penduduk yang menyaksikan kejadian itu terus memberitahu abang saya," jelas Cheah.

Cheah turut meminta pihak media agar memberi ruang kepada keluarga dalam tempoh bersedih ini.

Ayah serta kakaknya turut menghadiri majlis tersebut.

Keluarga mangsa telah menuntut mayatnya dari bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, penunggang motosikal telah ditahan di Hospital Pulau Pinang pagi Jumaat.

"Dia  dimasukkan ke wad selepas mengalami keretakan tulang pipi dan tulang dagu berikutan kejadian itu.

"Kami membawanya Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi merakamkan kenyataannya sebelum dihantar semula ke hospital untuk rawatan," jelasnnya.

Suspek memberitahu kepada media bahawa dia kelam-kabut ke tempat kerja dan tidak nampak lampu merah.

"Selepas itu saya terus ke hospital kerana cedera.

"Saya tidak berhenti kerana takut diserang orang ramai yang ada di situ," katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian, yang membawa hukuman penjara antara dua dan 10 tahun, denda sehingga RM20,000 dan penggantungan lesen memandu.

Pengebumian akan diadakan pada pukul 2 petang Isnin ini. - MStar

Cikgu Diraba Pelajar Sendiri Dalam Kelas Di Puchong

$
0
0
[Image: balai_polis_Bukit_Puchong.jpg]
Seorang guru ganti membuat aduan di balai polis Bukit Puchong, Selangor selepas diraba murid tingkatan satu di kelas pada Rabu lalu.

SUBANG JAYA, 8 April — Seorang guru muda menjadi mangsa cabul pelajarnya sendiri di kelas sebuah sekolah menengah di Puchong Perdana dekat sini Rabu lalu.

Pelajar tingkatan 1 itu menyentuh kemaluan guru ganti berusia 27 tahun ketika pelajar lain ke surau menunaikan solat sekitar jam 4 petang, lapor Harian Metro.

“Suspek kemudian terus berjalan ke arah mangsa yang berada di bahagian hadapan kelas dan memegang kemaluan mangsa,” satu sumber memberitahu akhbar itu.

“Suspek melarikan diri keluar dari kelas, [lalu] dikejar mangsa yang kemudian memukul bahagian bahu suspek serta menyoal tindakan liar suspek.”

Namun murid itu hanya berdiam diri, seolah-olah tiada apa yang berlaku dan terus keluar dari sekolah tersebut.

Remaja berkenaan ditahan selepas laporan polis dibuat mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - MMO

Pengajuk Trump, Obama Dan Jong Un Di Hong Kong

$
0
0
[Image: 3lucukk.transformed.jpg]
TIGA lelaki yang mengajuk sebagai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; bekas Presiden Barack Obama dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mencetus suasana lucu dan huru-hara di tengah kota Hong Kong, semalam. - Foto Reuters
 
HONG KONG: Tiga lelaki yang mengajuk sebagai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; bekas Presiden Barack Obama dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mencetus suasana lucu dan huru-hara di tengah kota Hong Kong, semalam.

Lalu lintas terhenti apabila orang ramai mula mengerumuni tiga individu itu untuk mengambil gambar.

Reggie Brown, yang mengajuk sebagai Barack Obama dengan mengenakan telinga palsu yang ditempah khas, berkata beliau cukup gembira dengan perhatian yang diberikan itu.

"Saya rasa dunia merasa kehilangan Obama kerana presiden baru yang kini memimpin Amerika Syarikat," kata Brown yang berasal dari Chicago.

Sementara itu Howard X, warga Australia yang mengajuk sebagai Jong-un berkata menjadi satu penghormatan yang amat besar dapat duduk bersama Obama dan Donald Trump.

"Donald Trump memang amat mengagumkan," katanya.

Ahli muzik dan pelakon yang menyerupai Trump, Dennis Allen, 66 berkata beliau sekadar mahu membuat orang ketawa.

"Saya tidak menafikan. Saya bukan Donald Trump, tapi sejak sekian lama orang sering mengatakan yang saya menyerupai Donald Trump. Jadi mengapa tidak saya menggunakan kelebihan itu untuk menghiburkan dan membuat orang ketawa," kata Allen. - Reuters/BHarian

Tokan Tawar Pakej Hisap Syabu Sambil Tonton Video Lucah Di Hotel Bajet

$
0
0
[Image: 09hm02ra4_1491697995.jpg]
MEREKA yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Bandar Baru Ampang, semalam.

Ampang: Sekumpulan ‘tokan muda’ tidak hanya menawarkan syabu, malah turut menyediakan pakej istimewa menagih dadah sambil menonton filem lucah di bilik hotel.

Kegiatan jenayah dilakukan suspek di sebuah hotel di Bandar Baru Ampang di sini, terbongkar apabila hotel itu diserbu sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), semalam.

Dalam serbuan jam 10 pagi, kumpulan pengedar dadah diketuai lelaki berusia 20 tahun dipercayai turut menjadikan bilik hotel itu sebagai markas membungkus dadah berdasarkan penemuan peralatan.

Berdasarkan siasatan, pelanggan yang datang membeli dadah turut boleh menagih dadah di bilik hotel berkenaan menggunakan ‘dapur’ disediakan.

Malah pelanggan turut ditayangkan video filem lucah susulan penemuan cakera padat digital (DVD) lucah di bilik hotel itu.

Ketika ditahan, lelaki terbabit ditemui bersama tiga rakannya termasuk remaja perempuan berusia 17 tahun yang dipercayai bertindak sebagai pembantu.

Pemuda yang dikenali sebagai Apai mengaku sering menyewa bilik hotel berkenaan dengan bayaran RM150 sehari dan mendaftar masuk sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun ketika diserbu, pihak berkuasa hanya menemui puluhan plastik lut sinar dan peralatan membungkus dadah manakala tiada dadah ditemui dipercayai habis dijual.

Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, serbuan dilakukan berikutan aduan awam dan hasil risikan pihaknya sejak seminggu lalu.

Katanya, empat individu berusia 17 hingga 23 tahun ditahan di dalam bilik hotel berkenaan dan hasil pemeriksaan lanjut menemui peralatan menagih dan membungkus dadah.

“Lelaki berusia 20 tahun itu mengaku aktif menjual dadah sejak berusia 17 tahun dan pernah ditahan polis. Malah dia memberitahu masih berada di bawah siasatan dan dilepaskan atas jaminan pihak berkuasa.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati semua individu berkenaan positif syabu,” katanya ketika ditemui di Pejabat AADK Ampang, semalam.

Menurutnya, semua individu itu ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan dibawa ke pejabat AADK Ampang untuk tindakan lanjut. - Metro

Kerana Miskin, Ibu Sanggup Buang Anak Ke Dalam Sungai

$
0
0
[Image: 08hmtempat.jpg_1491601478.jpg]
SEORANG penduduk menunjukkan tempat mayat bayi itu ditemui. - Detik

Bandung: Seorang wanita kini ditahan polis di sini selepas dia didakwa membuang anaknya berusia 16 bulan ke dalam sungai.

Perbuatan wanita itu, Fitriani, terbongkar selepas mayat anaknya, Fazar Sulaiman ditemui di Sungai Singaparaya di daerah Banjaran kelmarin.

Jurucakap polis tempatan, Susi Rachmi semalam mengesahkan penahanan Fitriani.

“Kami menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi oleh seorang penduduk. Selepas disiasat, kami mengesahkan bayi berkenaan anak Fitriani.

“Dia mulanya tidak mengaku membuang bayi berkenaan, sebaliknya mendakwa anaknya terjatuh ketika berjalan di tepi sungai itu,” kata Susi.

Bagaimanapun, Susi berkata, pihaknya tidak mempercayainya kerana tidak mungkin bayi sekecil itu boleh berjalan bersendirian di tepi sungai itu, tambahan pula Fitriani tidak menunjukkan rasa sedih.

Selepas disoal siasat, wanita itu akhirnya mengaku melakukan kekejaman itu kerana menghadapi masalah kewangan.

“Dia mendakwa bertindak demikian kerana kesempitan hidup.

“Dia kehabisan wang selepas suaminya hanya memberinya Rp50,000 (RM17) untuk dibelanjakan selama seminggu minggu lalu,” kata Susi. - Agensi/Metro

Pemandu Uber Diugut Tuduh Merogol Kerana Dalam Kereta Tiada Pengecas Telefon

$
0
0
[Image: 08hmuber_cropped_1491601328.jpg]
GAMBAR dari rakaman kamera papan pemuka menunjukkan wanita itu mengugut pemandu berkenaan. - Daily Mail

New York: Seorang penumpang Uber mengancam menuduh pemandunya merogolnya kerana lelaki berkenaan tiada pengecas telefon bimbit.

Rakaman video ‘dashcam’ menunjukkan kesabaran pemandu terbabit mendengar leteran, ugutan dan makian berbentuk rasis selama lapan minit.

Kejadian dirakam di Bronx, New York, itu mencetuskan kemarahan pengguna Internet terhadap wanita terbabit dengan ramai yang turut memuji kesabaran pemandu itu, lapor Daily Mail.

Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat menjerit dari tempat duduk belakang: “Saya akan mula menjerit yang kamu merogol saya.

“Saya akan menumbuk wajah sendiri dan memberitahu polis kamu melakukannya. Kamu mahu mencari pasal dengan saya? Siaplah kamu dipenjara kerana keganasan rumahtangga.”

Pemandu itu dengan tenang menjawab: “Saya tidak mempunyai pengecas telefon bimbit. Jika kamu tanya dengan baik, saya juga akan bertanya dengan baik.”

Wanita itu kemudian mengarahkan pemandu itu menelefon telefon bimbitnya namun tidak diendahkan sebelum dia akhirnya keluar dan memaki hamun orang ramai dalam bahasa Sepanyol serta Inggeris.

Sebaik berseorangan, pemandu itu memandang kamera dan berkata: “Inilah nasib pemandu Uber setiap hari. Orang tidak menghormati kami.”

Jurucakap Uber berkata: “Perangai penumpang itu tidak boleh diterima. Uber tidak bertolak ansur dengan pengguna kami yang berkelakuan seperti itu.

“Akaun pengguna itu sudah dibatalkan dan Uber sedang menyiasat kejadian ini.” - Agensi/Metro

Lelaki Derita Disengat Ikan Sembilang Di Jambatan Pulau Pinang

$
0
0
[Image: image.jpg]
SEORANG lelaki berusia 21 tahun bersandar di tiang ke-60 Jambatan Pulau Pinang selepas disengar ikan sembilang kira-kira pukul 11.40 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

PULAU PINANG 8 April - Seorang lelaki menderita kesakitan hampir sejam selepas disengat ikan sembilang ketika memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 2 negeri, Kepten Maritim Rozali Mohd. Said berkata, pihaknya menerima panggilan daripada rakan mangsa yang memaklumkan lelaki berusia 21 tahun itu sedang menahan kesakitan di tiang ke-60 jambatan berkenaan, kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.

“Sebuah bot penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Jeti Pasukan Penguat Kuasa Maritim (PPM) Batu Uban pukul 12.20 tengah hari sebelum diserahkan kepada ambulans,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rozali memberitahu, pihaknya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A yang dikendalikan seorang tekong berusia 50 tahun bersama dua awak-awak berusia 24 dan 27 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Jelasnya, dalam operasi pukul 6.40 pagi semalam, pihaknya mendapati nelayan terbabit melanggar Akta Perikanan 1985 iaitu pemilik bot berkenaan tidak mengusahakan sendiri bot miliknya.

“Bot Maritim Malaysia membawa kesemua lelaki yang ditahan ke Jeti PPM Batu Uban bagi menjalankan siasatan lanjut manakala Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menjalankan ujian air kencing terhadap ketiga-tiga mereka.

“Hasil ujian, dua daripada suspek didapati positif dadah jenis morfin dan methampetamine sebelum dibawa ke pejabat AADK negeri untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan nelayan atau orang awam supaya mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini terutama ketika berada dalam kawasan perairan negara. - Utusan

Katering Kenduri Kahwin Terlalu Berkira, Tepat 4 Petang Habis Licin Dikemasnya

$
0
0
[Image: image.jpg]

TEPAT pukul 4 petang, petugas syarikat penyajian makanan atau katering mengemas barang-barang. Talam, pinggan juadah diangkut. Kerusi meja diangkat. Ini bukan soal disiplin atau efisien. Ini soal ‘terlalu berkira’.

Memanglah dalam perjanjian kenduri bermula antara pukul 12 tengahari hingga 4 petang. Tetapi syarikat katering buat-buat tidak mengerti bahawa sehingga pukul 5 petang pun akan ada orang datang. Paling tidak sekali pun, tinggalkanlah semeja dua dan makanan di satu sudut bawah khemah.

Apa yang berlaku sebaliknya. Dalam 30 minit syarikat katering telah mengemas licin semua barangannya.

Tuan rumah tidaklah mahu memprotes terang-terangan. Wajahnya sedikit sebal sebab masih ada beberapa kenalannya yang baharu sampai untuk meraikan kenduri, terpaksa dipersilakan makan di dalam rumah.

“Saya bayar premium. Lebih RM20,000 untuk pakej katering dan meja, kerusi. Sebenarnya, perkhidmatan yang diberi semua bagus. Makanan orang puji, petugas pantas buat kerja.

“Tetapi terlalu pantas. Pukul 4 petang dia kemas semua,” kata pengantin baharu sedikit terkilan.

Tinjauan rambang terhadap sahabat-sahabat yang baru mengadakan majlis, mendapati semuanya gembira dengan mutu perkhidmatan syarikat katering. Contoh yang dipaparkan di atas, wajar diberi perhatian oleh para pengusaha.

Bila pengusaha mengenakan caj premium, semestinya pelanggan berharapkan perkhidmatan premium. Serba-serbi kena TIP TOP, dari detik pertama dewan kenduri dibuka kepada tetamu sehinggalah majlis tamat. Pelanggan yang berhak menamatkan majlisnya, bukan jurukater yang kemas barang tepat jam 4 petang.

Menurut seorang pengatur majlis, caj premium yang dimaksudkan berharga RM20,000 ke atas, manakala bawah RM20,000 adalah standard. Terkedu juga dibuatnya. Inilah running cost untuk kenduri perkahwinan sekarang, terutama di Lembah Klang. Sekilas teringat video tular seorang wanita mengomel hal belanja hantaran. Patutlah dia sebut ‘RM20k’.

Maaflah kalau saya bunyi naif. Zaman saya nikah dua dekad lalu, jauh lebih rendah. Apatah lagi, kenduri rumah mentua diadakan secara gotong-royong. Adik ipar bersama jiran tetangga berganding bahu memasang khemah dari surau. Jam 6 petang salin baju, saya panjat tangga membuka ikatan khemah dan tolak troli khemah/kerusi balik ke Surau Al-Ridzuaniah. Tiada masalah.

Zaman sekarang, semuanya sudah melambung. Dalam menguruskan kebimbangan sebegini, para pengusaha tampil dengan kreativiti menggabungkan semua elemen di dalam penganjuran sesuatu majlis atau kenduri.

Lazimnya, pemilik dewan atau premis akan menjadi ketua pengurus untuk melantik pengusaha katering, pembuat pelamin, jurugambar, penyedia khemah dan meja kerusi serta kipas industri atau penyaman udara boleh ubah. Dan daripada kesemua elemen tersebut, ramai bersetuju elemen katering adalah yang paling dirisaukan.

Berikut adalah tujuh perkara yang disenaraikan oleh Merrepak, yang boleh anda pertimbangkan sebelum memilih jurukater premium anda:

1 .Mesra dan pantas penuhi permintaan anda

Bermula dengan panggilan telefon, nilaikan cara petugas melayan anda. Jika kasar, sila letak ganggang telefon. Jika tidak, itulah cara mereka melayan anda sehingga majlis berlangsung. Nilai juga apakah syarikat itu berusaha untuk memahami keperluan anda, dan tetamu anda kelak? Bolehkah juadah dimasak mengikut selera keluarga bakal menantu anda? Apakah juadah boleh disesuaikan dengan bajet anda? Anda kena cerewet. Majlis gagal bukan orang lain kecewa tetapi anda!

2 .Nilai untuk wang

Bayar kacang, anda dapat babun, kata bidalan Barat. Memilih syarikat katering yang 'murah’ mungkin sesuai dengan bajet tetapi tidak semestinya menjamin anda mendapat apa yang anda harapkan. Jadi bila bayar premium, pastikan anda dapat layanan premium.

Jurukater yang bagus sewajarnya menyenaraikan setiap satu perkara iaitu kakitangan, peralatan, fi penghantaran atau pengambilan serta ais dan peralatan sajian, selain daripada menu. Ini memastikan tiada caj tambahan kelak.

3 .Keenakan makanan

Memang orang selalu bercerita ‘sedap tak lauk?’ Sesuatu majlis bukan sahaja diingati kerana kesegakan pengantin tetapi juga keenakan juadah. Sila minta diadakan acara 'mencuba juadah’ (food tasting) dan bawa kawan-kawan yang arif mengenai masakan dan pengkritik makanan untuk membantu anda memilih juadah.

4 .Tanya jurukater berapa pelanggan pada hari 
 majlis anda

Bukan hendak meragui keupayaan jurukater, tetapi kita bimbang jika mereka mempunyai terlalu banyak pelanggan pada hari sama dengan majlis kenduri anda. Tentulah mereka berkeupayaan. Jika tidak, mereka tidak akan menerima. Tetapi tidak salah minta pengurus lafazkan ikrar bahawa pelanggan banyak tidak akan jejaskan komitmen mereka kepada anda.

5 .Siapa memasak?

Pun tidak salah bertanya. Dan patut tanya siapakah tukang masak. Apakah pengalamannya, kemahiran dan kepakarannya. Bukan apa, kita hendak elak juadah dimasak oleh bukan orang yang sepatutnya. Lagi bagus, minta tunjukkan di mana dapur tempat mereka memasak.

6 .Khidmat tambahan

Jurukater yang bagus, biasanya tahu bagaimana memaksimumkan kepuasan anda. Mereka tidak akan berhenti setakat pada penyediaan makanan utama. Ada yang tawarkan meja manisan, rojak, air batu campur, teh tarik dan sebagainya, secara percuma.

7 .Testimoni pelanggan lain

Seandainya anda memilih jurukater berdasarkan pemerhatian anda semasa majlis kenduri orang lain, maka tanyalah orang tersebut. Apakah pengalaman mereka, senang atau susah berurusan, mahalkah, sedapkah makanan? Dari sini anda ada keyakinan untuk membuat keputusan. - Utusan

Punggung Lelaki Dipercayai Mangsa Perang Tertusuk Roket

$
0
0
[Image: C884tzHVwAALurM.jpg]
Imej roket yang telah dikeluarkan daripada bahagian punggung . 

[Image: image.jpg]
SEORANG lelaki menderita selepas sebatang roket tertusuk di bahagian punggung di Yemen baru-baru ini. GAMBAR/LIVE LEAK/MIRROR ONLINE

SANA’A, Yemen 8 April – Seorang lelaki di Yemen telah menjadi perhatian ramai apabila tiba di sebuah hospital dengan keadaan roket yang tertusuk pada bahagian punggung.

Lelaki yang dipercayai menjadi mangsa perang itu amat bernasib baik kerana roket berkenaan tidak meletup ketika kejadian, demikian menurut laporan Mirror Online.

Katanya, kejadian ber­kenaan telah dirakam menerusi video berdurasi 48 saat sebelum dimuat naik ke dalam laman sosial, Live Leak.

Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat berada dalam keadaan meniarap atas katil sementara pembedahan dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah.

Difahamkan, pembedahan itu dianggap sukar kerana roket terbabit tidak boleh dikeluarkan de­ngan mudah dan sebahagian daging paha mangsa terpaksa dipotong untuk mengeluarkan roket ber­kenaan.

Roket itu kemudian dibawa keluar dari bilik bedah itu sebaik sahaja pembedahan selesai.

Iraqi Clinical Knowlegde dilaporkan turut menyiarkan kisah yang sama dalam laman Facebook mereka.

Dalam pada itu, lelaki terbabit dikatakan ber­ada dalam keadaan stabil dan bernasib baik kerana kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket tersebut.

Bagaimanapun, mangsa mungkin terpaksa menjalani satu lagi pembedahan untuk membaiki tulang pahanya yang rosak akibat tusukan roket ber­kenaan. - Utusan

Pedofilia Perkosa, Bunuh Budak Perempuan Selepas Sejam Bergambar Bersama

$
0
0
[Image: pefodiliamangsabergambar.ashx?w=620&h=41...13&crop=1&]
Rajkovic bergambar bersama kanak-kanak termasuk mangsa (duduk di hadapan). CEN/Mirror

SEORANG pedofilia merogol dan membunuh seorang budak perempuan berusia tiga tahun hanya selepas sejam dirakamkan bergambar bermain bersama dengan mangsa di parti hari jadi kanak-kanak.

Vladica Rajkovic dipenjara selama 40 tahun selepas menculik Angjelina Stefanovic.

Susulan penahanan tersebut, Rajkovic, 28, membuat pengakuan kepada polis bahawa dia turut membunuh perempuan simpanannya kerana wanita tersebut bersikap mendesak dan menjengkelkan.

Sekeping gambar menunjukkan Rajkovic yang berasal dari sebuah kampung Vratarnica di Serbia sedang bermain dengan kanak-kanak kecil itu semasa 'menghiburkan' kanak-kanak di majlis hari jadi.

Gambar itu menunjukkan dia dikelilingi kanak-kanak, termasuk mangsa yang duduk di hadapannya.

Memberi keterangan di mahkamah, Rajkovic menceritakan bagaimana dia menculik mangsa dari majlis hari jadi dan membawanya ke hutan, kira-kira 700 meter dari kampung itu.

Selepas berita kehilangan Angjelina tersebar, Rajkovic dihubungi bapanya yang bertanyakan sama ada dia mengetahui di mana kanak-kanak itu berada.

Panggilan tersebut kemudiannya terganggu dengan suara jeritan kanak-kanak itu sebelum talian terputus.

Angjelina tidak berhenti menangis semasa diserang Rajkovic sehinggalah mangsa 'membisu' selepas dipukul menggunakan batu besar.

Rajkovic kemudiannya terus merogol mangsa. 

Semasa perbicaraan di mahkamah tinggi di Zajecar, timur Serbia, Rajkovic menafikan dia membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu pada Julai tahun lalu.

Dia mendakwa kematian kanak-kanak tersebut disebabkan kemalangan sewaktu berjalan membawanya dan kemudiannya terjatuh.

Bagaimanapun dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman di atas dua kesalahan itu dan pembunuhan Dragana Stankovic, 47. - Mirror/MStar

Pembaca Berita Sampaikan Berita Kematian Suami Sendiri Di Tv

$
0
0




[Image: C887u_jUMAAg4Cz.jpg]
Pembaca berita, Supreet Kaur. Foto Twitter/Mirror

INDIA - Seorang pembaca berita televisyen mengetahui berita mengenai suaminya maut dalam nahas jalan raya ketika menyampaikan laporan berita tergempar secara langsung.

Supreet Kaur yang merupakan pembaca berita untuk saluran IBC24 di India dilihat tenang semasa seorang wartawan yang berada di tempat kejadian memberikan butiran nahas dan mangsa menerusi panggilan telefon.

Walaupun wartawan itu tidak menyebut nama-nama mangsa, tetapi memaklumkan bahawa tiga daripada lima orang di dalam kereta terbabit nahas terbunuh.

Butiran itu sudah cukup bagi Kaur, 28, menyedari bahawa suaminya, Harsad Kawade merupakan salah seorang daripada tiga yang maut.

Ketika kejadian, suaminya menaiki kereta yang sama, Renault Duster, di jalan yang sama pada masa yang sama bersama empat lagi rakan.

Kaur bagaimanapun terus membaca berita-berita lain selama 10 minit selepas laporan mengenai nahas jalan raya membabitkan suaminya disampaikan.

Memetik laporan Hindustan Times, Kaur bagaimanapun menitiskan air mata sebaik sahaja program berita pagi Sabtu berakhir.

Seorang editor kanan memberitahu, kakitangannya menyedari mengenai kematian suaminya semasa membaca berita berkenaan.

Editor itu berkata: "Tetapi kami tidak memberitahu dia. Kami tak sanggup."

"Dia bagaimanapun dapat merasakan bahawa kenderaan yang terbabit dalam nahas itu adalah kenderaan yang dinaiki suaminya."

Seorang rakan setugas berkata: "Dia seorang wanita yang sangat tabah. Kami berbangga dengan dia sebagai pembaca berita, tetapi apa yang telah berlaku hari ini benar-benar mengejutkan kami." 

Kaur bertugas sebagai pembaca berita untuk IBC24 selama sembilan tahun.

Dia dan suaminya telah setahun berkahwin. - Mirror/MStar

Wanita Hasilkan Kek Harijadi Nasi Lemak Dengan Sambal Petai

$
0
0
[Image: 0904-projekmmo-tiana_kitchen-nasi_lemak-cake.jpg]
Nasi lemak unik yang diolah dalam bentuk kek dihias udang dan timun seperti dipromosi di Facebook milik Tatiana Hartono. — Foto ihsan Facebook/Tiana Kitchen

KUALA LUMPUR, 9 April — Mahu kelainan ketika sambutan hari jadi anak? Cuba kek nasi lemak dengan hiasan udang, sotong atau sambal ikan bilis.

Pengusahanya Tatiana Hartono, 46, menjual kek unik ini melalui Facebook dengan harga RM58 sebuah bagi saiz seberat 1.5 kilogram, lapor Kosmo!.

Memulakan perniagaan sejak September lalu, beliau sudah menjual lebih 1,000 kek nasi lemak untuk pelanggan yang suka mencari kelainan.

Hidangan itu tidak ubah seperti kek bulat yang biasa tetapi kandungannya nasi lemak, sambal, kacang, timun dan lauk termasuk cendawan dan petai.

Dikenali Tiana Kitchen di media sosial itu, pengusahanya mendapat ilham awal September lalu ketika menyambut ulang tahun kelahiran cucu yang kedua.

“Sebenarnya pada waktu itu saya menghasilkan kek nasi lemak secara suka-suka sahaja,” katanya, yang menggunakan resipi dari tempat asalnya Surabaya.

“Saya tidak sangka ramai yang tertarik dengannya sehingga mereka mula membuat tempahan.”

Tatiana setakat ini hanya menerima tempahan 15 biji kek sehari kerana perlu membuatnya dengan teliti. - MMO


[Image: C88-I-tUQAM1qai.jpg]
[Image: C88-BTCUIAAEb75.jpg]
[Image: C889-9gU0AEetqP.jpg]
[Image: C88-CMDVoAEjazP.jpg]
[Image: C88-KHUU0AElGyy.jpg]
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live