Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Dail 999 Kerana Pelacur Tak Cantik

$
0
0
London: Seorang lelaki menghubungi talian 999 untuk mengadu pelacur yang dilanggan tidak secantik seperti didakwa selepas bertemu wanita itu di tempat letak kereta sebuah hotel.

Pemanggil, yang kemudian diberi amaran kerana membazirkan masa polis, menghubungi pegawai untuk mengadu pekerja seks itu melanggar peraturan ketat menyatakan ‘barangan mesti memuaskan’ daripada segi kualiti.
Namun, pegawai di pusat panggilan di Solihull, Birmingham, membalas dengan memberitahu wanita itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan menjelaskan perbuatan meminta khidmat seks adalah salah di sisi undang-undang.

Rupa sebenar berbeza

Polis West Midlands mengesahkan dihubungi lelaki terbabit yang berkata dia mahu membuat aduan berdasarkan Akta Penjualan Barangan. Jurucakap pasukan polis, yang menghantar surat amaran kepada lelaki terbabit selepas itu, berkata:

“Panggilan 999 diterima oleh polis kira-kira jam 7.30 malam waktu tempatan petang baru-baru ini daripada lelaki yang mahu mengadu mengenai pekerja seks yang ditemui di tempat letak kereta hotel.

“Pemanggil menuduh wanita itu memberitahunya dirinya yang cantik tetapi kecewa apabila mendapati rupa sebenarnya berbeza menyebabkannya berhasrat membuat laporan kerana melanggar Akta Penjualan Barangan.
“Apabila dia membangkitkan isu itu dengan wanita berkenaan, pelacur itu dikatakan mengambil kunci keretanya, melarikannya dan membaling semula kepadanya yang memaksa dia menghubungi polis.”

Bagaimanapun, pegawai di pusat panggilan di Solihull memberitahu, wanita itu tidak membuat kesalahan dan meminta habuan seks yang salah. AGENSI

aaaaaaaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788