Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Globalnews_enggan Berganjak

$
0
0
Enggan berganjak


Istanbul: Penunjuk perasaan Turki semalam enggan berganjak dari taman dekat bandar raya ini, sekali gus menolak tawaran yang diharap kerajaan mengakhiri kekacauan di seluruh negara itu.

Tawaran Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan untuk menggantung projek pembangunan semula Taman Gezi dianggap sebagai tolak ansur penting.


Bagaimanapun, selepas berunding semalaman, penunjuk perasaan berkata mereka lebih utama daripada matlamat diperjuangkan. “Kami akan terus membantah sebarang ketidakadilan di negara kami. Ini hanya satu permulaan,” kata anggota Perpaduan Taksim yang dilihat wakil utama penunuk perasaan dalam kenyataan mereka.




Keputusan itu pasti menyemarakkan ketegangan sehari selepas Recep menawarkan penggantungan pembangunan Taman Gezi hingga mahkamah memutuskan kesahihan projek itu dalam usaha mengakhiri cabaran terbesar yang dihadapi kerajaannya.


“Anda sudah berada di situ terlalu lama dan sudah menyatakan hasrat kamu. Mengapa masih tidak berganjak?” kata Recep dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.


Sementara itu, di ibu negara Ankara, polis antirusuhan menembak gas pemedih mati dan meriam air sekali lagi untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Kira-kira 30 penunjuk perasaan ditangkap.

*****

Foto

Seorang penunjuk perasaan memakai topeng Guy Fawkes baring di atas kereta yang terbalik di pintu masuk Taman Gezi.



Dalam pada itu, puluhan ribu penyokong Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep dijangka berarak di Ankara hari ini untuk perhimpunan pilihan raya, sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri itu.


Keganasan melanda Turki sejak 31 Mei lalu apabila polis bertindak keras menyuraikan kempen secara aman untuk menyelamatkan 600 pokok di Taman Gezi.

Empat orang terbunuh dan hampir 7,500 cedera sepanjang keganasan itu yang menyaksikan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah. - Agensi


Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16








http://www.hmetro.com.my/articles/Enggan...k/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788