KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal hari ini didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri sebatang tongkat motosikal dan penyembur rantai motosikal.
Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Tan Seu Mee, 49, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan mencuri perkakasan motosikal bernilai lebih RM400 milik Mohd Ihsan Anuar, 28, pada pukul 11.17 malam, 11 April sehingga 2 pagi, 12 April lalu.
Tan didakwa melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Sri Gembira, Jalan Trolak 9, Taman Bamboo, Sentul, di sini.
Melalui pendakwaan yang dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nithia Sivasamy, Tan dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu Tan yang diwakili peguam Zamani Mukhtar merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas tertuduh kerana dia tidak bekerja dan mengalami masalah kesihatan, penyakit darah tinggi dan strok serta mempunyai anak yang masih bersekolah rendah.
Berdasarkan fakta kes, Tan dipercayai mencuri tongkat dan penyembur yang disorokkan Mohd Ihsan di bawah tangga sebuah pangsapuri sebelum keluar makan kira-kira pukul 11 malam, 11 April lepas.
Mohd Ihsan mendapatinya hilang bila kembali dua jam kemudian lalu membuat aduan kepada pihak pengurusan pangsapuri untuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat itu. - Bernama