Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Senarai Pindaan Enakmen Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor 2014

$
0
0
Nusajaya: Berikut adalah senarai 10 pindaan dalam lapan fasal Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014:

* Fasal 4 (1) (d) Keanggotaan Lembaga

Lembaga hendaklah terdiri tidak lebih empat orang wakil daripada apa-apa
perbadanan, agensi atau mana-mana orang yang membawa manfaat kepada lembaga yang dilantik oleh Raja


Dipinda - Lembaga hendaklah terdiri tidak lebih empat orang wakil daripada apa-apa perbadanan, agensi atau mana-mana orang yang membawa manfaat kepada lembaga yang dilantik oleh Raja atau Menteri Besar.


* Fasal 4 (2) Keanggotaan Lembaga

Seseorang anggota Lembaga kecuali sesiapa yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan © hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula, melainkan jika dia tidak terlebih dahulu meletak atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu diberhentikan oleh Raja.

Dipinda - Seorang anggota Lembaga kecuali sesiapa yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan © hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula, melainkan jika dia terlebih dahulu meletak atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan oleh Raja atau Menteri Besar.


* Fasal 4 (3) Keanggotaan Lembaga

Ahli-ahli Lembaga bolehlah dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Raja.

Dipinda - Ahli-ahli Lembaga bolehlah dibayar saraan atau elaun yang ditentukan oleh kehendak Pihak Berkuasa Negeri.


* Fasal 7 Kuasa Untuk Menubuhkan Perbadanan

Lembaga bolehlah dari semasa ke semasa, dengan keputusan Raja, menubuhkan suatu perbadanan menurut Jadual Kedua dengan apa-apa nama yang ditentukan oleh Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan pemajuan, projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan Lembaga.

Dipinda - Lembaga bolehlah dari semasa ke semasa dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, menubuhkan suatu perbadanan menurut Jadual Kedua dengan apa-apa nama yang ditentukan Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan pemajuan, projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan oleh Lembaga.


* Fasal 12 (2) Pelantikan Pengarah, Pegawai dan Pengkhidmat;

Segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat
kelulusan Raja.

Dipinda - Segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja atas nasihat Menteri Besar.


* Fasal 26 (2) Kewangan

Lembaga hendaklah sebelum permulaan Julai menyerahkan kepada Raja dan Pihak Berkuasa Negeri anggaran perbelanjaan untuk tahun hadapan dalam bentuk berserta butir-butir yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah sebelum permulaan September setiap tahun memberitahu Lembaga berkenaan jumlah yang dibenarkan untuk perbelanjaan secara amnya ataupun untuk jumlah yang dibenarkan setiap perbelanjaan.

Dipinda - Lembaga hendaklah sebelum permulaan Julai menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri anggaran perbelanjaan untuk tahun hadapan dalam bentuk dan berserta butir-butir yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah sebelum permulaan bulan September memberitahu Lembaga berkenaan jumlah yang dibenarkan untuk perbelanjaan am atau untuk jumlah yang dibenarkan setiap jenis perbelanjaan.


* Fasal 32 (3) Tahun Kewangan dan Akaun Beraudit

Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa Negeri bersama-sama satu salinan atau kebenaran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juru audit yang dilantik di bawah sub Seksyen (2) atas apa-apa kenyataan akaun Lembaga dengan satu salinan laporan dirujuk dalam Seksyen 34.

Dipinda - Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Pihak Berkuasa Negeri, bersama-sama satu salinan atau kebenaran yang dibuat oleh Audit Negara atau juru audit yang dilantik di bawah sub Seksyen (2) atas apa-apa kenyataan akaun Lembaga dengan satu salinan laporan merujuk Seksyen 34.


* Fasal 33 (1) Siasatan Terhadap Akaun

Raja atau Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang
tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urusniaga Lembaga.

Dipinda - Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urusniaga Lembaga.


* Fasal 34 (1) Laporan Tahunan

Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa Negeri suatu laporan menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun yang lepas.

Dipinda - Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri suatu laporan menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun yang lalu.


* Fasal 43 (1) Penggulungan dan Pembubaran

Raja boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya Lembaga digulung dan dibubarkan.

Dipinda - Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya Lembaga digulung dan dibubarkan. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788