Georgetown: Seorang jurujual lelaki dihukum penjara 24 bulan dan 14 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku menipu dan menyalah guna kad kredit orang lain, empat tahun lalu.
Tan Leong Giap, 33, berdepan satu pertuduhan menipu serta tujuh pertuduhan pindaan menyalah guna kad kredit orang lain di Mahkamah Majistret 1, dan enam pertuduhan pindaan menyalah guna kad kredit orang lain di Mahkamah Majistret 2.
Majistret L Uma Devi menjatuhkan hukuman penjara antara lapan dan 15 bulan serta lapan sebatan manakala Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan
hukuman penjara antara lapan dan 24 bulan serta enam sebatan.
Bagaimanapun, kedua-dua majistret memerintahkan Tan menjalani kesemua hukuman penjara secara serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 4 Februari lalu.
Tan didakwa melakukan kesemua kesalahan itu antara 4 Februari 2010 dan 15 Disember 2010 membabitkan jumlah melebihi RM135,000.
Bagi kesalahan menipu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda manakala bagi kesalahan menyalah guna kad kredit orang lain, Tan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta boleh didenda.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkifli dan Nur
Farhana Hashim.
Terdahulu, peguam A Chandran memohon hukuman ringan dan memaklumkan tertuduh tidak boleh membaca serta menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
"Tertuduh tahu dia membuat kesilapan dan menyesal," katanya sambil menambah Tan sudah berkahwin namun tidak mempunyai anak.
Bagaimanapun, pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan mengambil kira faktor kepentingan awam serta kerugian yang dialami mangsa. - Bernama