Kuala Lumpur: Maut atau mandul. Itu risiko kepada wanita hamil luar nikah yang menggugurkan kandungan mereka bersendirian dengan menggunakan pil diperoleh daripada doktor tidak bertauliah yang berlambak di laman sosial.
Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka.
Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.
“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.
![[Image: xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.8Ej39ozuHD.webp]]()
Foto
JANIN yang digugurkan hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil Misoprostol berbentuk enam segi yang boleh menyebabkan keguguran.
“Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Piltam...eritaUtama
Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka.
Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.
“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.
![[Image: xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.8Ej39ozuHD.webp]](http://4-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Piltambahdosa/xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.8Ej39ozuHD.webp)
Foto
JANIN yang digugurkan hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil Misoprostol berbentuk enam segi yang boleh menyebabkan keguguran.
“Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Piltam...eritaUtama
Quote:Jualan melalui talian laris
Kuala Lumpur: Untuk memikat pelanggan dan mengatasi pesaing, ada penjual pil Misoprostol yang beroperasi di alam siber menawarkan khidmat selepas jualan dan boleh dihubungi 24 jam.
Pemantauan Harian Metro mendapati puluhan laman web dan Facebook (FB) menyediakan khidmat jualan pil berkenaan, malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjual pil tiruan dengan harga jauh lebih murah dengan kuantiti pil lebih banyak.
Kebiasaannya, pil untuk merawat penyakit ulser itu dijual pada harga RM380 untuk 20 biji pil bagi menggugurkan kandungan berusia dua bulan ke atas manakala bagi kandungan di bawah dua bulan pula berharga RM220 untuk 10 biji.
Wartawan Harian Metro menyamar sebagai pembeli dan seorang wanita berusia 24 tahun cuba yang menjual pil itu di Internet mendakwa dia pekerja sebuah farmasi di ibu negara.
Wanita itu mendakwa pil dijualnya tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan, namun individu yang mengambilnya cuma berasa sakit seperti senggugut. Menurutnya, hanya tiga jam saja tempoh diperlukan untuk mengugurkan janin yang berusia seawal tiga hingga lima bulan melalui pengambilan pil itu.
“Saya tidak buat perkhidmatan jualan secara terus. Urus niaga hanya melalui Internet dan kurier. Jangan risau, pil ini diluluskan pihak hospital dan tidak akan mendatangkan kesan sampingan jika mahu hamil lagi.
“Bagaimanapun mereka yang mengambil pil ini akan rasa pening, muntah, cirit-birit dan demam,” katanya.
Wanita itu berkata, pelanggan hanya perlu memasukkan pil itu ke kemaluan sedalam mungkin dan tunggu selama tiga jam sehingga berlaku pendarahan.
“Kebanyakan pelangan saya berusia antara 21 dan 35 tahun yang mengugurkan janin akibat terlanjur.
“Sebahagian daripada mereka juga penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), pelacur dan pekerja swasta,” katanya dalam perbualan telefon selama 30 minit.
Menurutnya, perniagaannya mendapat sambutan kerana ramai gadis masa kini yang hamil luar nikah selepas terlanjur dan takut melakukan rawatan gugur janin di klinik.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...index_html