Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Peniaga Terima Padah Gagal Pulangkan Seterika

$
0
0
[Image: image.jpg]

Seok Kia gembira apabila tuntutannya di TTPM untuk mendapatkan ganti rugi berjaya.


JOHOR BAHRU – Pengusaha kedai barangan elektrik diarah membayar ganti rugi kepada pasangan suami isteri selepas gagal memulangkan semula seterika yang dihantar pasangan itu untuk dibaiki sejak setahun lalu.

Presiden Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM), Datul Zul Hasnan Baharuddin mengarahkan kedai itu selaku penentang agar membayar ganti rugi seterika bernilai RM450 selepas mereka gagal mengembalikannya.

Penuntut, Tan Seok Kia, 33, membeli seterika berkenaan dari sebuah kedai di Jalan Permas Jaya 10, Taman Permas Jaya pada Oktober 2012 dan menghantarnya ke kedai itu untuk dibaiki ada April tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, selepas hampir setahun berlalu seterika berkenaan masih belum dipulangkan sehingga kini dan pihak kedai memberi pelbagai alasan ketika dia ingin mendapatkan semula seterika itu.

“Ketika saya hantar seterika untuk dibaiki mereka beritahu akan siapkan secepat mungkin dan hubungi saya sekiranya ia siap dibaiki.

“Tetapi selepas beberapa bulan pihak kedai masih tidak menghubungi saya, jadi saya pergi ke kedai berkenaan dan mereka minta datang semula pada minggu seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas prosiding TTPM, di sini.

Seok Kia berkata, selepas beberapa kali berulang-alik ke kedai berkenaan pengusaha kedai masih tidak memulangkan seterika miliknya malah turut bersikap kasar terhadapnya.

Dia akhirnya, membuat keputusan memfailkan aduan di TTPM pada awal tahun ini untuk menuntut semula ganti rugi seterika miliknya.

“Saya berasa lega kerana akan mendapat semula wang ganti rugi, sebelum ini saya banyak membeli barangan elektrik dari kedai ini.

“Tetapi selepas kejadian ini berlaku saya sudah serik untuk membeli di kedai berkenaan dan akan lebih berhati-hati agar tidak tertipu,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/joho...a-1.269360

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788