Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Pemandu Myvi Cabut Lari Lepas Langgar Murid Sekolah Naik Basikal

$
0
0
resim
Keadaan anaknya yang cedera di muka akibat jatuh selepas dilanggar kereta terbabit.

resim
Myvi hijau. Foto hiasan

SUNGAI BULOH - Seorang bapa terkilan anaknya ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi di kawasan perumahan Sungai Buloh Country Resort,  di sini, semalam.

Ahli perniagaan, Suhaimi Abdul Karim, 43, berkata, basikal anaknya dilanggar kenderaan tersebut sehingga tayarnya tercabut.

Anaknya, Muhammad Danish Amsyar, 12, mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala selepas jatuh dan terseret pada jalan tar.

Ketika kejadian katanya, anaknya baharu pulang dari sekolah agama dan kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

"Tidak kisah siapa yang salah, tapi kenapa lepas langgar terus lari, anak saya bukan anak kucing tapi manusia, mana hilang sifat perikemanusiaan dan tanggungjawab kamu.

"Bayangkan situasi itu berlaku pada keluarga sendiri? Alhamdulillah anak cedera ringan saja, tapi kalau cedera parah macam mana?, "katanya tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu berkenaan yang lepas tangan meninggalkan lokasi selepas kejadian.

Katanya, laporan polis dibuat pada hari sama dan meminta pelaku untuk tampil bertanggungjawab dan memohon maaf.

"Terdapat saksi mendakwa kenderaan tu dipandu laju dan anak pula maklumkan kereta Myvi itu berwarna hijau,  namun nombor pendaftarannya tak jelas disebabkan cermin mata yang dipakainya tercabut dan pecah.

"Tapi saya akan memohon rakaman CCTV yang dipasang di taman perumahan bagi mengesan imej kereta tersebut dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Tindakan tegas ini saya ambil sebagai pengajaran kepada masyarakat tentang sikap tanggungjawab bukan hal tuntutan. Jika pelaku tampil untuk perbincangan, saya sedia tarik semula kes," katanya.

Katanya, pelaku boleh menghubunginya di talian 011-12227846 atau 013-3447846 bagi mengatur pertemuan dan menyelesaikan kes tersebut. - Sinar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788