Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Menteri Besar Tidak Dimaklum Arahan Denda Rm1,000 Lelaki Tak Solat Jumaat

$
0
0
MB tidak dimaklum arahan hukum lelaki tak solat Jumaat


resim
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco, hari ini. - UTUSAN ONLINE/IZZUL AHMAD

resim

SEREMBAN 17 Jan. - Sesuatu pekeliling yang hendak dibuat hebahan kepada orang ramai perlu dibincangkan di peringkat jabatan berkaitan sebelum diedarkan kepada umum.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jabatan berkenaan sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu mengenai sesuatu tindakan yang hendak diambil kepada orang ramai.

Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai satu surat pekeliling yang diedarkan di 68 masjid dalam daerah Kuala Pilah mengenai tindakan terhadap lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut.

"Saya Pengerusi MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) tidak tahu ada (surat pekeliling itu). Boleh jadi Pejabat Agama Islam Daerah yang mengambil inisiatif sendiri.

"Tapi saya hendak tanya siapa yang akan ambil kedatangan itu, hendak catit berapa kali orang datang dan berapa kali dia tidak datang. Kalau pun ada arahan dari kerajaan negeri, siapa yang hendak menguruskan perkara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai surat pekeliling kepada 68 masjid di Kuala Pilah mengenai kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut kepada lelaki Islam yang telah mencapai umur baligh.

Menurut hebahan itu, hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan boleh dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Mohamad menarik perhatian, beliau tidak dapat menyatakan sama ada bersetuju atau tidak terhadap perkara itu memandangkan surat berkenaan bukan pekeliling rasmi kerajaan negeri atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

"Pejabat agama daerah tidak sepatutnya buat pekeliling seperti itu. Kalau ada pekeliling mesti buat untuk seluruh negeri ini dan mesti dibincangkan di peringkat jabatan," ujarnya. - Utusan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788