Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Tong Gas Dibeli Ada Besi Pemberat Tambahan

$
0
0
resim
Isteri Muhammad Mufti menunjukkan tong gas dibeli mereka pagi ini.

KUALA KETIL - Seorang peniaga terkejut apabila mendapati tong gas dibelinya mempunyai besi tambahan bagi menambah berat tong berkenaan.

Peniaga, Muhammad Mufti Wahab,48, berkata, tong berkenaan disedari mempunyai besi tambahan di bahagian pemegang ketika mahu memasak.

"Tong gas tu saya beli hari ini, waktu nak masak baru saya perasan ada besi tambahan di tempat pemegang.

"Bila saya pegang memang beratnya luar biasa. Tong gas tu ditulis 15.8 kilogram. Tapi bukan berat tong sebenar, tapi sebab ada besi tambahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kedainya di Kuala Ketil, hari ini.

Menurutnya, tong berkenaan dibeli daripada peniaga runcit.

"Bukan peniaga runcit yang tipu, tapi depa pun terkena sekali. Daripada kilang kepada pengguna, tong tu dah dapat berapa tangan.

"Saya harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan supaya pembeli lain tidak teraniaya," katanya. - Sinar


resim
resimresim
resim

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788