Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Lempar Kerusi Ppr: Ibu Tergamam Lihat Anak Pecah Kepala

$
0
0
resim
resim
resim
RAJA Nong Chik melawat Kasthuribai di PPR Pantai Dalam hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

resim
S Sathiwaran maut ditimpa kerusi pejabat di PPR di Pantai Dalam, malam tadi. - Foto ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: "Saya tergamam lihat anak terbaring di hadapan mata... kepalanya pecah," kata M S Kasthuribai, 45, yang menceritakan detik tragis anaknya, S Sathiwaran, yang maut ditimpa kerusi pejabat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, kerusi berkenaan dipercayai dicampak dari tingkat atas Blok 102 Seri Pantai.

Mangsa adalah pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya.

Menceritakan kejadian itu, Kasthuribai berkata sebelum itu mereka baru pulang dari menghantar makanan di rumah abangnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) di PPR Lembah Pantai.

Sebelum mereka naik ke rumah di tingkat 16, anak bongsu dari dua beradik itu memberitahu ibunya bahawa dia mahu membeli kad tambah nilai kerana ada projek sekolah yang perlu disiapkan.

"Saya menunggunya di bawah blok berhampiran kedai. Sebaik dia keluar dari situ dan sudah hampir dengan saya, tiba-tiba kerusi entah datang dari mana melayang dan menimpanya.

"Saya pangku dia... goncang badan dia tetapi sudah tidak bernyawa. Saya jerit meminta pertolongan," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Kasthuribai yang masih trauma, berkali-kali memberitahu dia tidak dapat melelapkan mata kerana terbayang kejadian dan tidak dapat menerima hakikat yang anak kesayangannya itu sudah tiada.

Sambil mengesat air mata, dia memberitahu sebelum itu mereka berdua sempat berbual hampir sejam di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang dari rumah abangnya.

"Semalam dalam kereta, dia (Sathiwaran) cakap suruh saya berhenti kerja, biar dia yang kerja. Dia juga kata mahu beli rumah untuk saya. Saya sedih... saya kehilangan anak yang baik," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, K Sathiasilan, 45, berkata dia baru bersiap hendak pulang ke rumah dari tempat kerja di Damansara Jaya ketika isterinya menelefon jam 8.06 malam memaklumkan anaknya meninggal dunia.

"Saya amat rapat dengan dia, malah dia juga sering tidur bersama saya di ruang tamu.

"Dia memang dikenali di kawasan kejiranan ini kerana suka membantu orang. Ramai orang sayangkannya," katanya yang turut tidak menyangka akan kehilangan anak dalam sekelip mata.

Terdahulu, keluarga mangsa menerima kunjungan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata belum ada tangkapan dan siasatan masih dijalankan bagi mencari individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai. - BHarian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788