Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Bapa Cucuh Rokok Kerana Wajah Anak Mirip Jandanya

$
0
0
resim
Keadaan mangsa ketika diselamatkan selepas didera oleh bapa sendiri.

resim
Nurul Hazwani menunjukkan kesan kecederaan di betis kiri anak sulongnya akibat dicucuh puntung rokok.

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun bukan sahaja dikurung dalam sebuah rumah di Kampung Terap, Binjai di sini sejak sebulan lalu malah turut menjadi mangsa dera bapa sendiri sehingga mengalami kecederaan di seluruh badan.

Kejadian malang menimpa mangsa itu hanya disedari oleh ibunya, Nurul Hazwani Shahferi, 27, selepas bekas adik iparnya memaklumkan perbuatan bekas suami itu kira-kira pukul 11 pagi pada Sabtu lalu. 

Nurul Hazwani berkata, Khairunisa serta adiknya, Mohd. Khalif Daneal, 6, diambil lelaki itu yang berusia 31 tahun dari jagaan ibunya, Nurul Hazwani Shahferi, 27, pada 21 Oktober lalu untuk tinggal bersama suspek di sebuah kampung di Binjai di sini dengan alasan untuk menguruskan persekolahannya.

"Namun, bekas adik ipar menghubungi saya memaklumkan anak sulung menjadi mangsa dera bekas suami selepas dikurung dalam rumah sejak sebulan lalu. Mereka cuba membantu anak saya tetapi bekas suami mengugut akan memukul mangsa lebih teruk lagi.

"Saya membuat laporan polis pada Sabtu lalu, sebelum saya diiringi anggota polis ke rumah tersebut dan menyelamatkan kedua-dua anak. 

"Semasa ditemui anak saya dalam keadaan lemah selain kesan cucuhan rokok, serta kesan luka lama dan baharu di kepala dan badan," katanya ketika ditemui di rumah ibu saudaranya di Limbat di sini hari ini.

Wanita itu berkata, bekas suaminya bertindak demikian kerana benci melihat muka anak sulung mereka itu kerana iras dengan mukanya selain dendam kerana enggan rujuk selepas bercerai talak tiga pada September lalu.

"Jadi dia tidak mengapa-apakan anak lelaki saya, hanya anak sulung menjadi mangsa melepaskan marah kerana benci melihat mukanya seiras saya," ujarnya. - Kosmo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788