Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Baling Bom Petrol Hingga Terbakar, Lelaki Dipenjara 6 Tahun

$
0
0
resim
Kwang On dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan khianat menggunakan api dengan cara membaling bom petrol ke sebuah garaj kereta hingga terbakar di Subang Jaya minggu lalu.

resim

PETALING JAYA - Seorang tukang paip dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan khianat menggunakan api dengan cara membaling bom petrol ke sebuah garaj kereta hingga terbakar minggu lalu.

Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Leong Kwang On, 30, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dalam bahasa Inggeris dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap iaitu pada 20 November lalu.

Mengikut pertuduhan, Kwang On didapati melakukan khianat dengan api yang berniat untuk membinasakan rumah milik Cheah Chee Meng, 46, dengan membaling botol berisi minyak petrol sehingga menyebabkan bahagian garaj kereta terbakar.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di USJ6/6 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10.55 malam pada 19 November lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 436 Kanun Keksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. - Kosmo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788