Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Bekas Pelajar Terbaik 15a Spm 2003 Meninggal Dunia

$
0
0

resim

SHAH ALAM - Bekas pelajar terbaik SPM 2003, Dr. Ahmad Atiq Abd. Hamid, 31, dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak pada malam tadi.



Memetik perutusan takziah Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), pihaknya melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang juga merupakan  Pengerusi Ikram Health Perak.

"Ikram mengucapkan takziah kepada isterinya, Dr. Mai Shahira Meor Hazizi, kaum keluarga serta Ikram Perak atas kehilangan sebutir permata yang amat bernilai ini," petik kenyataan Ikram.
 
Difahamkan Jenazah allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Meru Raya, Ipoh Perak, hari ini.

Allahyarham yang telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, sebelum ini muncul pelajar terbaik SPM selepas memperoleh keputusan 15A pada tahun 2003.

Bapa kepada dua cahaya mata, graduan University of Nottingham ini merupakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar serta aktivis Ikram dan Ikram Health yang gigih menggerakkan dakwah dan tarbiah. - Sinar


====

25.09.2017 - Ipoh, Ahmad Atiq yang pernah dinobatkan sebagai pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaik Malaysia tahun 2003. Beliau merangkul anugerah itu setelah berjaya mencapai keputusan cemerlang 15A penuh dalam peperiksaan tersebut. Dukacita dimaklumkan bahawa Ahmad Atiq atau nama sebenarnya Dr. Ahmad Atiq Abdul Hamid telah kembali ke Rahmatullah pada 25 September 2017 (Isnin).

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika di usia muda iaitu 31 tahun. Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas solat Zohor pada 26 September 2017 (Selasa) di Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Ipoh kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Meru Raya.

Difahamkan kematian Allahyarham adalah berpunca daripada masalah pendarahan dalam otak yang dialami beliau pada 22/9/2017 (Jumaat) lepas. Ketika kejadian, Ahmad Atiq dilaporkan tidak sedar diri dan beliau telah segera dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi mengurangkan tekanan yang berlaku dalam otak serta membuang darah beku.

Bagaimanapun, bekas graduan perubatan dari Nottingham University, United Kingdom telah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi hospital itu semalam. Keadaan beliau kali terakhir dilaporkan hanya bergantung pada sebuah alat pernafasan (ventilator) sebelum bantuan pernafasan itu diputuskan pada petang Isnin lalu.

Menurut sumber, apa yang berlaku pada Ahmad Atiq sebenarnya adalah intracerebral bleed (ICB). Dalam bahasa mudah adalah pendarahan otak yang disebabkan oleh arteriovascular malformation (AVM).

AVM adalah di mana satu keadaan arteri dan vein dalam bahagian otak yang bersambungan lalu menyebabkan pressure antara keduanya menjadi tak seimbang. (arteri pressure tinggi, vein pressure rendah).

Keadaan salur darah di kawasan berkenaan adalah amat sensitif dan dikatakan mudah pecah secara tiba-tiba. Ahmad Atiq merupakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar. Selain itu beliau juga adalah seorang aktivis dakwah dan tarbiyah di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia dan IKRAM Health.

Ahmad Atiq mempunyai seorang isteri, Dr. Mai Shahira yang merupakan graduan perubatan Leicester University United Kingdom dan mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Allahyarham merupakan seorang doktor yang berjiwa besar dalam usaha menyumbang kepada ummah. Selain itu, beliau juga sangat aktif dalam aktiviti dakwah dan tarbiah bersama isterinya.


resim

resim

resim

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788