Sanjeevan bebas tuduhan hina bekas KPN
![resim]()
PETALING JAYA, 26 Sept — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R.Sri Sanjeevan daripada pertuduhan menghina bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, di laman Facebooknya.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memutuskan untuk tidak memanggil Sanjeevan membela diri atas pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Khalid yang ketika itu ketua polis negara, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
“Tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” kata hakim.
Pihak pendakwaan memanggil empat saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula Mei tahun ini.
Sanjeevan, 33, yang juga ahli perniagaan didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebooknya di pautan https://www.facebook.com/MalaysianCrimeWatchMyWatch secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah dibaca pada 11.30 pagi, 5 September 2016.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat kiosk kawasan USJ1 Subang Jaya pada 1.48 tengah hari petang, 3 September lepas mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun dan boleh didenda selanjutnya RM1,000, bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim manakala tertuduh diwakili peguam S. Prakash. — Bernama/MMO