Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Viral Ambulans Langgar Lampu Merah, Pemandu Didenda Rm6,000

$
0
0
Pemandu ambulans didakwa, didenda RM6,000






resim
Seorang pemandu ambulan swasta hadir di mahkamah Bukit Mertajam, bagi tuduhan memandu secara tidak cermat hingga mengakibatkan kemalangan di persimpangan Jalan Soon Beng Keang, Bukit Mertajam. - Foto NSTP/Ramdzan Masiam

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu ambulans mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu secara tidak cermat sehingga membahayakan pengguna di Jalan Song Ban Kheng di sini, awal bulan ini.

Chong Cheok Fai, 34, yang memakai baju-t putih berkolar dan berseluar hitam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Mengikut pertuduhan, Cheok Fai yang bertugas di sebuah hospital swasta didakwa memandu secara tidak cermat atau tanpa perhatian munasabah sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain di Jalan Song Ban Kheng, pada jam 8.35 pagi, 6 September lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh dihukum penjara 12 bulan, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain, manakala Cheok Fai tidak diwakili peguam.

Terdahulu Kamaliza memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan kes itu bukan sahaja medatangkan kemudaratan kepada tertuduh sahaja, tetapi turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

"Dalam kes ini, penunggang motosikal yang terbabit dalam kejadian itu turut mengalami kecederaan serius pada tulang rusuk, selain menyebabkan pengguna jalan raya lain menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan yang dialami mereka," katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM6,000 atau 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar jumlah berkenaan, selain mengarahkan lesen memandu tertuduh direkodkan.

Dalam kejadian itu, Cheok Fai yang memandu sebuah ambulans dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit, melanggar sebuah kereta selepas gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Ban Kheng, selain merempuh sekumpulan penunggang motosikal lain. - BHarian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788