Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Suspek Kes Bunuh Ditahan Ketika Balik Rumah Tukar Baju

$
0
0
resim
Suspek kes bunuh yang ditahan polis malam tadi, di Kampung Pisang, Air Itam, ketika pulang mengambil pakaiannya.

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh di Flat Kampung Melayu, Jumaat lalu, diberkas polis di rumah sewanya di Kampung Pisang, Air Itam di sini, malam tadi.

Suspek berusia 23 tahun dikatakan pulang ke rumah pada jam 10.10 malam untuk mengambil pakaian, selepas diburu polis sejak tiga hari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Daerah melancarkan operasi mengesan suspek dan seorang lagi rakannya yang masih bebas sebaik menerima laporan kes.

"Suspek ditahan reman pagi ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi suspek yang terbabit dalam kes sama dipercayai masih bersembunyi.

"Kita masih lagi memburu suspek yang terbabit dalam kes pukul sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 33 tahun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.14 malam Jumaat lalu, mangsa, Lim Kok Boon, cedera parah di kepala selepas dipukul dua suspek terbabit dengan topi keledar.

Akibat serangan itu, mangsa yang pengsan kemudian dikejarkan ke hospital sebelum dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), pagi semalam.

Kejadian itu dipercayai berpunca apabila suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang disangka adalah anggota polis yang mahu menahan mereka ketika sedang membungkus dadah. - BHarian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788