Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Nenek 62 Tahun Lahirkan Bayi Dikecam Kerana Pentingkan Diri Sendiri

$
0
0
[Image: image.jpg] 

Pasangan warga emas Austarlia ini dikecam mementingkan diri sendiri selepas si isteri melahirkan bayi pada usia 62 tahun, baru-baru ini. AGENSI

SYDNEY 4 Ogos - Seorang nenek berusia 62 tahun yang melahirkan anak menerusi kaedah tabung uji (IVF) baru-baru ini, mengundang kritikan pakar perubatan Austra­lia yang melabelkan tindakan wa­nita itu sebagai mementingkan diri.

Wanita yang tidak dinamakan itu melahirkan anak perempuan melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di Melbourne Isnin lalu, menjadikannya sebagai ibu tertua yang melahirkan anak di Australia.

Namun Presiden Persatuan Perubatan Australia, Michael Gannon mengecam keputusan wanita terbabit dan pasangannya yang berusia 78 tahun, melahirkan anak pada usia lanjut.

Sambil menyifatkan tindakan wanita itu sebagai salah, Gannon menjelaskan, wanita lanjut usia sepatutnya mementingkan tahap kesihatan berbanding memikirkan untuk mendapatkan anak.

“Wanita hamil pada usia lanjut berisiko menghidap diabetes, masalah tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar dan darah beku.

“Isu ini juga melibatkan soal hak terutamanya masa depan bayi dan pandangan masyarakat,” jelasnya menerusi kenyataan dalam laman sosial Twitter.

Tiada undang-undang yang me­larang wanita tua menjalani rawatan IVF di Australia untuk mendapatkan anak, tetapi wanita berusia 50 tahun ke atas tidak digalakkan berbuat demikian atas faktor kesihatan.

Sependapat dengan Gannon, pakar pembangunan IVF, Profesor Gab Kovacs berkata, mengandung pada usia 62 tahun boleh membahayakan nyawa bayi dan ibu.

Jelasnya, wanita berkenaan mungkin menghidap penyakit darah tinggi yang biasa berlaku pada usia senja. – AFP/Utusan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788