![[Image: missing.transformed.jpg]](http://assets.bharian.com.my/images/articles/missing.transformed.jpg)
Kuala Lumpur: Penolong Pengurus Bahagian Promosi dan Eksport, Matrade Ahmad Shazali Zakaria, 29, dilaporkan hilang sejak 30 Julai lalu.
Menurut bapa mangsa, Zakaria Kamarudin, 50-an, kali terakhir anaknya dilihat meninggalkan pejabatnya di Jalan Duta pada 4.28 petang melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Matrade.
Katanya, Ahmad Shazali memandu Proton Gen 2 dengan nombor pendaftaran BJF2455 keluar dari perkarangan Matrade selepas selesai bertugas pada Expo Young Asia Entrepreneur yang berlangsung selama dua hari.
"Dia tidak pulang ke rumahnya di Jalan Klang Lama dan gagal dikesan sehingga kini. Laporan polis juga sudah dibuat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya menghubungi saya ditalian 012-2898000 atau melaporkan ke balai polis berhampiran," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu,Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan kes berkenaan. - Metro