Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Bapa Kelar Leher Anak Sebelum Tikam Diri Sendiri Di Kodiang

$
0
0
[Image: 22516stab1_1463896630.jpg]

Kodiang: Kanak-kanak perempuan cedera di leher selepas dikelar bapanya di Kampung Tengah Kodiang, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, ibu saudara suspek dengan isterinya baru tiba di rumah sebelum lelaki terbabit, 29, datang dan terus mengambil anaknya berusia tiga tahun dan mengunci pintu menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mereka kemudian terdengar mangsa menjerit sebelum suspek membuka pintu dalam keadaan dirinya turut cedera di dada sebelah kiri selepas dipercayai menikam dirinya sendiri.

Menurutnya, isteri suspek kemudian mengambil anaknya dan membawanya ke Hospital Kangar untuk menerima rawatan.

“Ibu saudaranya pula kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibu suspek sebelum mereka membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati suspek sudah seminggu mengalami kemurungan dan kurang selera makan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek juga mempunyai rekod sakit mental dan pisau turut ditemui di tempat kejadian.

“Kedua-dua mereka kini menerima rawatan di Hospital Kangar dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan 309 Kanun Keseksaan,” katanya. - Metro


[Image: 13256488_1006284156087467_29856372417346...e=57D3F831]
[Image: 13260032_1006284176087465_57740607606150...e=57D1D838]
[Image: 13256544_1006284136087469_38946642046372...e=57E155B1]

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788