Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Mesin Atm Agro Bank Diseret Hingga Atas Jalan Di Kuala Besut

$
0
0
[Image: 22516zatul1_1463890124.jpg]
MOHD Zamri (kanan) melihat mesin ATM yang ditemui ditinggalkan di atas jalan raya. FOTO ihsan pembaca

Jertih: Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) cuba dilarikan penjenayah daripada bank di Kuala Besut, di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, cubaan penjenayah terbabit gagal selepas mesin ATM berkenaan ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di hadapan bank berkenaan manakala mesin CDM turut ditemui berubah kedudukannya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, polis mendapat maklumat awal daripada syarikat keselamatan yang memaklumkan penggera mesin di bank berkenaan berbunyi pada 5.35 pagi.

Beliau berkata, polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian

dan pemeriksaan mendapati pintu bank dipecah dengan kedudukan mesin CDM berubah dari kedudukan asal sementara mesin ATM pula berada di atas jalan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, seorang lelaki keluar dari kenderaan berkenaan dan bertindak mengumpil pintu bank menggunakan kuku kambing dan cangkul kecil sebelum mengikat mesin ATM menggunakan tali.

"Suspek kemudian menarik mesin ATM dan cuba memecahkan tetapi gagal sebelum melarikan diri.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab di sebalik kejadian berkenaan," katanya. - Metro


[Image: 13239921_1006244009424815_60621275896536...eaff6a5038]
[Image: 13263783_1006243992758150_13171055856097...e=57D8AD97]
[Image: 13267887_1006243969424819_59374928303221...e=57E12E70]
[Image: 13221033_1006243959424820_29509939134948...e=57CE22CA]
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788