Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live

Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Konkrit Pagi Ini - Polis

$
0
0
[Image: 20150916tong.transformed_0.jpg]
SATU tong ditarik anggota polis dari kawasan semak berhampiran dipercayai ada kaitan dengan kes kehilangan Kevin Morais. - Foto Mohd Yusni Ariffin 

SUBANG JAYA: Polis menemui mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1, pagi ini. 

Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin. 

Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi. 

Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit.

 Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati laluan memasuki jalan berkenaan ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi. 

Turut kelihatan pergerakan keluar anggota dari pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.15 pagi. 

Pada jam 8.55 pagi, anggota STAFOC bergerak keluar dari lokasi penemuan mayat terbabit. 

Bau busuk juga dapat dihidu di kawasan terbabit, dengan jarak hanya 100 meter dari tempat pengamal media berhimpun. 

Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. 

Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasfikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. - BHarian

Mayat Morais Disumbat Dalam Guni Sebelum Disimen Dalam Tong Dram

$
0
0
[Image: 20150916tong.transformed_0.jpg]

SUBANG JAYA: Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai dimasukkan ke dalam guni dan diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong dram.
 


Suspek kemudian dipercayai menyimen tong berkenaan sebelum membuangnya ke dalam paya di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, Subang Jaya, berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chee Wen. 

Mayat Morais akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani proses forensik. 

Ketika ini mayat masih berada di lokasi kejadian, selepas selesai kerja memecahkan tong konkrit oleh anggota Bomba. 

Satu sidang media akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini. - BHarian

Jepun Protes Lepas Pesawat Russia Ceroboh Ruang Udaranya

$
0
0
[Image: 337eb756ebe5bad33e253892176222fa547c3d1c.jpg]
Japan Air Self-Defense Force F-15J/DJ fighter - AFP file

TOKYO: Tokyo membuat bantahan terhadap Moscow selepas sebuah pesawat asing dipercayai milik Russia memasuki ruang udara Jepun secara tidak sah, kata pegawai kerajaan hari ini. 

Pegawai kerajaan berkata, sebanyak empat jet pejuang Jepun diaktifkan selepas menyedari pergerakan pesawat asing itu. 

Kementerian Luar membuat bantahan itu tidak lama selepas pesawat memasuki ruang udara Jepun di pesisir pantai utara Hokkaida, berhampiran rantaian pulau yang menjadi pertikaian, petang semalam. 

"Kami buat bantahan melalui kedutaan Russia di Tokyo," kata seorang pegawai Kementerian Luar. 

"Pihak Russia bagaimanapun tidak mengesahkan aktiviti itu dan hanya berkata akan menyemak." 

Pasukan Tentera Pertahanan Udara Jepun mengerahkan empat jet pejuang untuk menghalang penceroboh, dipercayai Russia selepas menganalisis pergerakan pesawat itu, katanya. 

Jika benar ia milik Russia, ia adalah kali pertama pesawat Russia memasuki ruang udara Jepun sejak Ogos 2013, apabila dua pengebom strategik Russia Tu-95 dipintas di luar barat daya Pulau Okinoshima, kata kementerian itu. - AFP/BHarian

Garis Panduan Baru Tv: Pakaian Dedah Susuk Tubuh Wanita Akan Ditapis

$
0
0
[Image: sari-AFP-L-939x470-600x360.jpg]
Walau bagaimanapun, lembaga tersebut membuat pengecualian terhadap wanita India yang memakai sari tradisional. - Foto AFP

KUALA LUMPUR, 16 September: Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh badan wanita, termasuk bentuk yang boleh dilihat iaitu lurah buah dada, punggung, dan pakaian dalam akan ditapis daripada rancangan televisyen di bawah garis panduan baru yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ini adalah antara kriteria baru yang ditetapkan di dalam surat pekeliling mengenai Garis Panduan Khas untuk Penapisan Filem Televisyen yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sejak 15 Jun 2015.

Walau bagaimanapun, lembaga tersebut membuat pengecualian terhadap wanita India yang memakai sari tradisional.

Adegan yang menggambarkan lelaki atau wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan bentuk organ-organ seks juga akan ditapis, kecuali apabila ia melibatkan aktiviti sukan.

Walaupun larangan menyeluruh pada unsur-unsur tertentu dalam rancangan televisyen free-to-air atau berbayar, beberapa peraturan tidak tertakluk bagi program hiburan Melayu, Cina, India, dan Inggeris.

Sebagai contoh, pada ‘Perilaku Kurang Sopan’ (Kelakuan yang tidak sesuai) elemen dalam rancangan, perbuatan berbaring atau bersandar di pangkuan kekasih akan ditapis dalam rancangan Melayu manakala tiada sekatan yang dikenakan untuk rancangan dalam bahasa lain.

Penggunaan senjata ‘berlebihan’ seperti senjata api atau senjata tajam yang digunakan untuk melakukan perbuatan pembunuhan juga akan ditapis.

Tapisan juga digunakan untuk penggunaan senjata api atau benda-benda tajam seperti pisau yang digunakan untuk mengancam mangsa dalam plot.

Mendatangkan kecederaan fizikal ke atas wanita dan kanak-kanak juga akan dipotong, dan yang sama digunakan untuk adegan yang menunjukkan penderaan haiwan.

Adapun kata-kata yang menghina dalam dialog, ‘Anjing’ (anjing), ‘Babi’ (****), dan ‘pelacur’ (pelacur) adalah antara yang diharamkan dan dikategorikan sebagai penghinaan ‘berat’.

Yang menghairankan, perkataan ‘Beruk Mak Yeh’, yang menggambarkan watak beruk lucu dalam komik Melayu Ujang, juga ditambah kepada senarai perkataan yang ditapis.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan ‘cunnilingus’ dan fellatio akan ditapis, antara lain perkataan ‘sumbang’.

Mana-mana kejadian yang menunjukkan interaksi di antara manusia dan roh-roh atau jin yang hadir secara fizikal akan dipotong untuk rancangan Melayu. Arahan tersebut dikecualikan di rancangan dalam bahasa lain.

Walau bagaimanapun, lakonan upacara ‘bomoh’ seperti jampi tidak akan dipotong dengan syarat mereka tidak bercampur dengan ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran.

Lakonan yang menunjukkan ‘ajaran sesat’ tanpa apa-apa bentuk hukuman juga akan diharamkan.

Semalam, Lembaga Penapisan Filem (LPF) menggariskan pekeliling ‘Panduan Khusus Penapisan Filem Stesen Televisyen’ tempatan berkuat kuasa mulai 15 Jun 2015.

Pengerusinya, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata pekeliling ini dibuat bertujuan memberikan panduan kepada pihak stesen televisyen yang terlibat dalam proses penapisan filem bagi filem keluaran tempatan yang bakal ditayangkan.

Abdul Halim berkata, bagi stesen televisyen saluran linear, LPF menggunakan kaedah tapis halus dan aspek utama yang digunakan sebagai asas penapisan seperti keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasusilaan. - TRP

Tulang Manusia Berusia 900 Tahun Ditemui Di Bawah Akar Pokok Yang Tumbang

$
0
0
[Image: 2C4C626300000578-3233726-A_human_skeleto...076870.jpg]
[Image: 2C4C626300000578-3233726-Radiocarbon_dat...072769.jpg]
[Image: 2C4C618E00000578-3233726-The_upper_part_...061781.jpg]
[Image: 2C4C641600000578-3233726-The_215_year_ol...048592.jpg]

SLIGO, Republik Ireland – Satu rangka manusia yang terdiri daripada tulang belakang, kaki dan tengkorak dipercayai berusia 900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi di sini baru-baru ini.

Tulang-tulang berkenaan ditemui selepas sebatang pokok birch berusia 215 tahun tumbang ekoran angin kuat yang melanda kawasan berkenaan.

Ahli arkeologi Perkhidmatan Monumen Negara dan Perkhidmatan Arkeologi Sligo-Leitrim (SLAS) berkata, rangka manusia itu dipercayai milik seorang pemuda pada zaman pertengahan yang mati akibat dibunuh dengan kejam antara tahun 1,000 dan 1,200 Masihi.

Kandungan radiokarbon yang terdapat di dalam tulang itu menunjukkan dia berusia antara 17 dan 20 tahun ketika dibunuh pada abad ke-11 atau 12.

“Lelaki yang setinggi 1.80 meter itu dipercayai bekerja sebagai buruh,’’ kata ahli arkeologi, Dr. Marion Dowd yang menyifatkan penemuan itu sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Anggota badan rangka itu ditemui di sekitar akar pokok berkenaan, manakala bahagian bawah kaki pula ditemui dalam keadaan baik yang tertanam di dalam tanah,” katanya. – Agensi/Kosmo

Motif Pembunuhan Morais Berkaitan Satu Kes Mahkamah Di Shah Alam

$
0
0
[Image: 20150916tongpecah.transformed.jpg]
TONG dram yang dipercayai mengandungi mayat Kevin Morais dipecahkan selepas dijumpai di satu kawasan paya di USJ 1, Subang Jaya. - Foto Mohd Yusni Ariffin

SUBANG JAYA: Polis klasifikasikan kes kehilangan Anthony Kevin Morais sebagai selesai selepas penemuan mayatnya pagi tadi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata, motif pembunuhan Morais berkaitan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun dan suspek utama itu sudah ditahan semalam. 

Dalam sidang media di sini, beliau berkata, polis sudah menahan tujuh individu yang ada kaitan dalam kes pembunuhan Morais, berusia bermula 22 hingga 52 tahun. 

Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lima orang yang dianggap suspek utama manakala dua lagi iaitu wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama. - BHarian

Kes Kevin Morais: Bunuh Kerana Dendam

$
0
0



[Image: ASY_1055.transformed.jpg]
MAYAT ditemui disimen di dalam tong dram. FOTO Asyraf Hamzah

Subang Jaya: Selepas 13 hari dilaporkan hilang polis hari ini mengesahkan mayat yang disimen di dalam tong dram dijumpai di dalam parit di Jalan Subang 3 di sini milik Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, mayat ditemui hasil pengakuan lima daripada tujuh suspek yang didalangi doktor berusia 52 tahun yang menunjukkan kepada polis mayat mangsa dibuang.

Menurutnya, semua suspek ditahan di Pulau Pinang, Rawang dan sekitar Lembah Klang, semalam.

"Siasatan awal mendapati motif pembunuhan adalah dendam berhubung satu kes rasuah yang di kendalikan Kevin sebagai Timbalan Pendakwa Raya ketika itu.

"Penemuan mayat ini sekaligus melenyapkan spekulasi yang dikaitan dengan kes 1MDB dan kematian Hussain Najadi," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Katanya, seorang doktor di Hospital Tentera menjadi dalang utama kes penculikan dan pembunuhan ini.

Difahamkan, suspek membunuh mangsa sebelum diikat dan diletakkan di dalam guni sebelum disimen di dalam tong dram sebelum dicampakkan di parit di Jalan Subang 3, Subang Jaya.

Doktor terbabit terlibat dengan kes rasuah yang masih dibicarakan dikendalikan mendiang di Mahkamah Tinggi Shah Alam, katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek lain berusia 22 hingga 52 tahun diupah bagi membunuh mangsa.

"Isteri dan anak salah seorang suspek juga ditahan bagi membantu siasatan, kita percaya ada persepakatan diantara semua suspek yang terlibat.

"Pihak kami juga percaya ada suspek lain terbabit dalam kes ini dan polis giat mengesan suspek bagi mengukuhkan siasatan," katanya. - Metro

Pembunuhan Morais: Doktor Tentera Antara Suspek Utama

$
0
0


[Image: Pembunuhan_Morais__Doktor_tentera_antara...formed.jpg] 

KUALA LUMPUR: Suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai mempunyai kaitan dengan satu perbicaraan di Shah Alam, dua minggu lalu.



Ia berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, ketika ditanya wartawan mengenai motif pembunuhan itu, hari ini. 

"Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah," katanya. 

Semakan BH mendapati, ia berkemungkinan besar merujuk kepada perbicaraan seorang doktor berpangkat kolonel yang berkhidmat dengan angkatan tentera atas dua tuduhan rasuah. 

Tertuduh yang berusia 50 tahun ketika itu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000. 

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan. 

Morais mengendalikan pendakwaan kes bagi pihak SPRM. - BHarian

Gadis Bakal Spm Dicekup Dalam Hotel Bersama Kekasih Lepasan Spm

$
0
0
[Image: image.jpg]
Seorang pelajar dan wanita berasal dari Gunung Keriang antara ditahan.

ALOR SETAR - Tinggal lebih kurang dua bulan lagi, namun seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seolah-olah tidak ambil kisah apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam bilik hotel sekitar bandar Alor Setar.

Dalam ops maksiat itu, remaja perempuan berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki berdua-dua dalam keadaan mencurigakan bersama kekasih lepasan SPM pada Sabtu lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Undang-undang Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, mereka antara ditahan dalam operasi selama enam jam bermula 11 malam berkenaan.

“Ketika disoal, mereka memaklumkan menginap di bilik hotel kerana ingin berehat, malah belum memiliki hasrat untuk berkahwin.

“Pelajar tingkatan lima dari Perlis dipercayai berkenalan dengan pasangannya sejak dari sekolah,” katanya.

Menurutnya, mereka antara tujuh pasangan berusia 17 hingga 44 tahun termasuklah seorang janda anak tiga bersama lelaki muda berusia 23 tahun di sebuah hotel berasingan.

Katanya, masing-masing memberi pelbagai alasan kepada penguat kuasa Jaik untuk melepaskan diri selepas ditahan, bagaimanapun gagal membuktikan diri sebagai suami isteri sah.

Turut ditahan, seorang wanita berusia 22 tahun dipercayai dari Gunung Keriang bersama pasangannya berusia 23 tahun dari Pokok Sena dalam sebuah bilik hotel lain.

Ketika ditahan, wanita berkenaan hanya memakai baju dan tuala, dengan alasan terpaksa berpakaian sedemikian disebabkan sedang membasuh pakaian dalam bilik air.

Difahamkan, wanita berkenaan memaklumkan dia sudah beberapa kali menyewa bilik hotel sedemikian demi membasuh pakaiannya yang sudah kotor ataupun diguna.

Roshidi berkata, antara faktor kes sedemikian, adalah kurang didikan agama sehingga individu berkenaan sanggup melakukan sesuatu berlandaskan nafsu sahaja.

Disebabkan ini, katanya, kebanyakan mereka terpengaruh melakukan perbuatan tidak moral sedemikian sehingga menjejaskan kehidupan mereka sendiri.

Untuk itu, menurutnya, pihak Jaik akan mengadakan operasi sedemikian dari semasa ke semasa dalam usaha mencegah kegiatan maksiat di kawasan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali. - Sinar

Pembunuhan Morais: Mendiang Seorang Pegawai Dan Lelaki Baik – Gani Patail

$
0
0
Mendiang Kevin seorang pegawai dan lelaki baik – Gani Patail


[Image: 12003020_10153548662040600_5967427725104...cf0e863021]
Abdul Gani hadir di Hospital Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa. 

KUALA LUMPUR, 16 September: Bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan mendiang Kevin Anthony Morais sebagai pegawai yang baik dalam menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

“Dia seorang pegawai dan lelaki yang baik,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), dekat sini.

Beliau yang hadir kira-kira jam 1.30 tengah hari ke HKL, mengakui berbuat demikian bagi memberikan sokongan kepada keluarga mangsa.

Menurut Abdul Gani, Morais sering mengendalikan kes -kes besar sepanjang menjawat jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Pagi tadi, polis yang dibantu bommba dan penyelam, mengeluarkan tong dram yang mereka percayai berisi mayat Timbalan Pendakwa Raya berusia 55 tahun itu.

Tong dram itu dibuang ke dalam kolam di belakang Sekolah Cina Chee Wen di Taman Subang Mewah.

Mayat dibawa ke HKL bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Morais berhubung penemuan mayat itu.

“Semua anggota kerja SPRM berasa simpati terhadap insiden yang melanda Kevin Morais, yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang selama 10 tahun sebelum kembali ke Pejabat Peguam Negara pada Julai 2014, dan berharap keluarganya akan tabah menghadapi insiden ini.

“Kehilangan Kevin Morais adalah kehilangan besar kepada institusi yang mendukung undang-undang negara,” luah SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya itu berharap mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan.

Seorang doktor perubatan pusat perubatan tentera, yang berdepan dakwaan rasuah oleh Morais, adalah antara tujuh yang ditahan berhubung insiden itu. - TRP

Bacaan Ipu Di Pontianak Cecah Lebih 1,000

$
0
0
JAKARTA: Pencemaran udara di Kota Pontianak, Kalimantan Barat kini dilaporkan sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencecah lebih daripada 1,000 pada jam 2 petang tadi.

Mengikut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofiska http://www.bmkg.go.id setakat ini pencemaran udara di kota itu adalah yang terburuk di seluruh Indonesia. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan di kota itu masih belum mengisytiharkan darurat seperti yang berlaku di Riau semalam. Pencemaran udara di Pekanbaru, Riau dilaporkan semakin menurun walaupun masih berada di tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU antara 250 dan 300 pada petang ini.

Mengikut laporan televisyen tempatan Metronews, beberapa saksi memberitahu jarak penglihatan di beberapa kawasan Pontianak tidak sampai 100 meter dan kebanyakan penduduk hanya tinggal di rumah. Jerebu di kawasan itu berpunca daripada kebakaran hutan dan ladang di beberapa kawasan di Kalimantan Barat dan ia juga dilaporkan telah merebak ke Malaysia dan Singapura. Pasukan Tentera Nasional Indonesia sedang membantu memadamkan kebakaran hutan di wilayah itu. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/82355?As3

[Image: hazees.transformed.jpg]

Warga Malaysia Dihukum Mati Di Indonesia Seludup Meth 46.5kg

$
0
0
[Image: 47175357956-ng-hai-kwan.jpg]

JAKARTA: Seorang lelaki warga Malaysia dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Daerah Pekanbaru semalam selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 46.5kg ke negara itu, April lalu.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris, 'The Jakarta Post' hari ini, tertuduh Ng Hai Kuan, yang juga dikenali sebagai Jimmy, 55, ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia dengan dadah bernilai Rp180 bilion (kira-kira RM44 juta). 

Panel hakim diketuai Amin Ismanto memutuskan Ng bersalah memilik dadah tersebut yang dibungkus dalam 93 paket yang dirampas oleh polis Riau di Hotel Parma di Pekanbaru, 2 April lalu. 

"Dadah gred pertama itu diperoleh daripada seorang lelaki dikenali dengan singkatan ABE, seorang penduduk Melaka di Malaysia. 

Dadah tersebut sepatutnya dihantar kepada kawan ABE di Palembang, Sumatera Selatan," kata Amin seperti dipetik oleh akhbar itu. 

Dalam prosiding sebelum ini, beberapa saksi memberitahu bahawa dadah itu dibawa dalam dua beg pakaian berwarna hitam yang diseludup dengan bot laju dari sebuah jeti di Dumai. 

Kunci kepada dua beg tersebut dikatakan telah dihantar oleh ABE kepada pembeli dadah berkenaan di Palembang. 

Menurut Amin, Ng melanggar Artikel 113 dan 132 Undang-Undang No. 35/2009 berkaitan narkotik di Indonesia. - BERNAMA/BHarian

Raja Bomoh Adakan Ritual Untuk Kurangkan Jerebu

$
0
0




KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ telah mengadakan ritual untuk mengurangkan jerebu.
 
Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 81, yang berpengalaman lebih 50 tahun itu melakukan upacara ritual tersebut selama hampir 20 minit.
 
Beliau yang meminta negara bebas jerebu itu turut menyediakan ais yang diletakkan pada kuali.
 
Upacara ritual itu juga menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh sebagai simbolik untuk menghilangkan jerebu di Malaysia.
 
“Kita gunakan teropong sebagai simbolik, begitu juga dengan ais yang dapat membantu menjadikan suasana bebas dari jerebu,” katanya.
 
Melalui jampinya juga, dia meminta Allah supaya jerebu dapat hilang dalam masa 2-5 hari atau secepat mungkin.
 
Menurutnya lagi, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.
 
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang. – SuaraTV

Ada 10 Kes Simen Mayat Dalam Tong Dram Sejak 1998

$
0
0


KUALA LUMPUR: Penemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi ini, sememangnya amat mengejutkan.
 


Namun modus operandi menyembunyikan mayat dengan menyumbat dalam tong dram dan kemudian disimen, bukan baharu kerana sudah berlaku beberapa kali di negara ini. 

Rekod di Bernama Library and Infolink Service (BLIS) menunjukkan sejak 1998 sehingga penemuan terbaharu hari ini, sebanyak 10 kes bunuh menggunakan modus operandi sama telah berlaku. 

Berikut adalah rekod kes bunuh yang lain membabitkan mayat mangsa disembunyikan dalam tong dram bersimen sejak 1998: 

* 11 Februari 2015 - satu rangka manusia dipercayai mayat lelaki ditemukan dalam tong dram biru yang telah disimen di tepi kolam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, Selangor dan dipercayai telah dibunuh sejak 10 minggu sebelum itu. 

* 21 Mac 2009 - polis menemui mayat lelaki yang dipercayai mangsa bunuh dalam tong dram berkonkrit di tepi jalan di Kampung Parit Punggur Darat, Muar, Johor. 

* 29 Julai 2006 - mayat tanpa identiti dan jantina yang tidak dapat dikenal pasti dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam tong dram yang berisi simen di sebuah tapak pembinaan di Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor. 

* 16 November 2005 - seorang lelaki yang dipercayai warga Pakistan dijumpai mati dibunuh dengan mayatnya disumbat ke dalam tong berisi air, disimen dan ditanam di halaman rumah sewanya di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. 

* 25 Mac 2005 - mayat lelaki warga Indonesia ditemui di dalam tong dram yang disimen pada bahagian atas dan bawah di kawasan belukar berhampiran Taman Nilai Perdana, Seremban, Negeri Sembilan. 

* 9 Januari 2004 - satu mayat yang sudah reput ditemui ditimbus dengan simen dalam tong besi di tepi Sungai Bonus di tapak projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mukim Air Panas, Setapak. 

* 11 April 2000 - mayat lelaki berusia lingkungan 40 tahun ditemui bersalut simen dalam tong dram di tempat pembuangan sampah di Kampung Hicom, Seksyen 28, Shah Alam. 

* 29 Jun 2012 - satu rangka manusia yang dipercayai dibunuh setahun lalu, ditemui di dalam tong dram bersimen oleh seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong, Kajang 

* 9 April 1998 - mayat warga Bangladesh dijumpai dalam tong dram yang disimen permukaannya di tebing sungai di Batu 9 Selayang, Kuala Lumpur. 

[Image: ASY_1055.transformed.jpg]

* 16 September 2015 - Mayat Morais, ditemui kira-kira pukul 6 pagi ini di taman perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Kelang, 13 hari selepas beliau dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September. 

Polis telah menyifatkan kes pembunuhan Morais bermotifkan dendam dan berkait rapat dengan satu kes bicara yang dikendalikan Morais di Mahkamah Shah Alam, yang melibatkan kes rasuah seorang doktor berusia 52 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital tentera di Wangsa Maju. - BERNAMA/BHarian

Isteri Mudanya Ada 3 Suami, Pakcik Rugi Rm26,000

$
0
0
[Image: ne_08.1.jpg]

BACHOK – Seorang lelaki mendakwa bukan sahaja kerugian sebanyak RM26,000 malah tidak menyangka isteri muda yang dinikahinya sejak dua tahun lalu rupa-rupanya memiliki dua suami lain di Beris Kubur Besar di sini semalam.

Lelaki yang berusia 57 tahun itu mendakwa, isteri mudanya yang berusia 29 tahun itu telah memperdayakannya sehingga berhabis sejumlah RM26,000 sepanjang tempoh per­kenalan mereka.

Petani yang mempunyai seorang isteri dan tiga anak itu berkata, dia bertemu dengan isteri mudanya pada tahun 2011 ketika wanita itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang padi di Jitra, Kedah.

“Selama dua tahun kami berhubung dan saya kerap ke Kedah atas urusan perniagaan, akhirnya dia ajak saya berkahwin di selatan Thailand pada 2013. - Kosmo

Anggota Parlimen Russia Gemuk Tersekat Dalam Kereta Kebal Selama 5 Jam

$
0
0
[Image: image.jpg]
Igor Zotov keluar dari kereta kebal selepas terperangkap selama lima jam dalam kenderaan itu. AGENSI

MOSCOW 16 Sept. – Seorang anggota Parlimen Rusia, Igor Zotov `terperangkap’ di dalam sebuah kereta kebal selama lima jam dan mengancam akan menembak orang ramai yang berada di sekitarnya, jika dia tidak dapat keluar dari kenderaan itu.

Laman web Daily Mirror melaporkan, kejadian itu menjadi berita utama media apabila Setiausaha Parlimen Negeri Duma yang berbadan gemuk itu memasuki sebuah kereta kebal semasa menghadiri Ekspo Tentera Rusia di Nizhny Taqil.

Saksi memberitahu akhbar Bloknot bahawa Zotov ‘terperangkap’ di dalam kenderaan itu selama lima jam dan mengancam akan menembak orang ramai jika dia tidak dapat keluar dari kenderaan itu.

Sementara itu, Zotov mengesahkan dia menaiki kenderaan pengempur infantri amfibia BMP-3 itu, namun menafikan dia terperangkap.

“Laporan itu tidak betul. Saya masuk di dalam BMP-3, duduk di kerusi pemandu dan kemudian keluar semula.

“Ya, saya tinggi dan gemuk tetapi saya tidak pernah terperangkap dalam mana-mana kereta kebal,’’ katanya kepada agensi berita Russian News Service.

Zotov berkata, anggota Parlimen lain boleh mengesahkan ceritanya itu.

Bagaimanapun, penyelaras pameran berkenaan, Alexander Pisarevsky mengesahkan Zotov yang berbadan besar teragak-agak untuk keluar dari kereta kebal itu dan dia ‘terperangkap’ di dalam kenderaan itu selama lima jam. - Utusan

Lelaki Miskin Bina Taj Mahal Demi Cinta Untuk Arwah Isteri

$
0
0
[Image: image.jpg]
Demi cinta sejati, Faizul sanggup menghabiskan semua wang simpanannya untuk membina replika Taj Mahal bagi memperingati arwah isteri, Tajamulli. AGENSI

UTTAR PRADESH, India 16 Sept. - Demi cinta yang mendalam terhadap isterinya, seorang lelaki miskin sanggup membelanjakan setiap sen wang simpanannya untuk membina replika Taj Mahal bagi memperingati arwah isterinya.

Portal Daily Mail melaporkan, Faizul Hasan Quadri, 80, dari sebuah perkampungan kecil di Kaser Kalan, Uttar Pradesh, utara India membina replika Taj Mahal itu sejak Februari 2012 di taman di belakang rumahnya, yang juga tempat persemadian isterinya, Tajamulli yang meninggal dunia pada usia 53 tahun.

Tajamulli meninggal dunia akibat kanser mulut.

Bagi Faizul, isterinya merupakan cinta pertama dan terakhirnya.

Pasangan tersebut juga tidak dikurniakan anak.

Bagaimanapun, pembinaan replika yang hampir siap itu terpaksa dihentikan berikutan Faizul kekurangan dana.

Sehingga hari ini, Faizul sudah membelanjakan sebanyak £110,000 pound (RM 725,479).

Walaupun kerajaan negeri, orang ramai, peniaga termasuk jutawan di India menawarkan bantuan untuk membiayai usahanya menyiapkan monumen cintanya itu, namun Faizul menolaknya dengan baik.

Menurut Faizul, dia hanya mahu menggunakan wangnya sendiri bagi menyiapkan Taj Mahal buat isterinya.

“Ketika kerajaan negeri tampil untuk membantu, saya tolak dan memohon kepada mereka agar membangunkan sekolah di kampung kami menggunakan dana yang hendak diberikan kepada saya. Saya rasa itu lebih baik.

“Replika ini khas buat isteri saya, saya akan menggunakan segala kudrat saya yang ada bagi menyiapkan Taj Mahal saya. Sehingga kini, saya telah menjual tanah, membelanjakan wang simpanan serta wang pencen saya, malah barangan kemas isteri saya juga sudah saya jual,” katanya, baru-baru ini.

Faizul berharap ‘Taj Mahal’ mininya dapat disiapkan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Dia juga berharap jasadnya dapat disemadikan bersebelahan kubur isteri tercintanya selepas dia meninggal dunia.

Taj Mahal merupakan simbol cinta agung Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal yang mula dibina pada 1632 dan siap sepenuhnya pada 1648. - Utusan

Terlalu Takut, Wanita Dicekup Khalwat Tiba-tiba Pengsan

$
0
0
[Image: gabra01.transformed.jpg]
WANITA terbabit yang pengsan dibawa ke Hospital Jitra.

Jitra: Seorang wanita yang ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di sebuah rumah di Tunjang di sini, kerana disyaki berkhalwat tiba-tiba pengsan sejurus tiba di Balai Polis Jitra untuk proses membuat laporan, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, wanita berusia 24 tahun terbabit dipercayai takut sehingga tidak sedarkan diri dalam van PADKP.

Berikutan itu, anggota penguat kuasa PADKP terpaksa berpatah balik ke Hospital Jitra untuk membawa wanita terbabit mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba tersedar sebaik berada di hospital itu sebelum dibawa semula ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan bersama pasangannya berusia 24 tahun.

Difahamkan, wanita itu pernah mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan dia pengsan sekiranya takut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Lelaki China Cuba Jual Buah Pinggang Mahu Beli Iphone 6s

$
0
0
[Image: pong01.transformed.jpg]

Beijing: Dua lelaki di Yangzhou di wilayah Jiangsu cuba menjual buah pinggang mereka kerana hendak membeli telefon baru iPhone 6s yang berharga 6,000 yuan (RM4,000.)

Seorang daripada mereka, Wu, berminat mendapatkan telefon berkenaan, tetapi tidak mempunyai wang secukupnya.

Rakannya, Huang, yang juga berminat memiliki telefon itu mencadangkan mereka menjual buah pinggang masing-masing amalan biasa di China, tempat pendermaan organ begitu rendah, menyebabkan kegiatan jual-beli organ berkembang pesat.

Kedua-duanya kemudian menghubungi seorang jurujual menerusi Internet.

Dia mencadangkan mereka menjalani ujian perubatan di sebuah hospital di Nanjing.

Apabila tiba di tempat yang dijanjikan Jumaat lalu, lelaki itu tidak muncul.

Hajat mereka untuk memiliki telefon pintar tercanggih itu terkubur begitu saja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Seret Dan Perkosa Mangsa Dalam Van Hijau

$
0
0
[Image: van01.transformed.jpg]
VAN hijau diparkir di rumah jiran suspek.

Kajang: Penjenayah lelaki ‘gila seks’ yang gemar menculik dan merogol mangsa dengan menggunakan kenderaan van hijau akhirnya berjaya diberkas polis, malam kelmarin.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan polis di rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, di sini, pada jam 10.30 malam kelmarin.

Hasil siasatan polis mendapati suspek mengaku pernah merompak dan memperkosa tiga mangsa sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek ditahan susulan kes culik membabitkan seorang wanita berusia 47 tahun menggunakan van hijau, jam 8.30 malam, Isnin lalu.

Menurutnya, suspek kemudian membawa mangsa ke ladang sawit di Sepang sebelum dirompak dan cuba diperkosa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live