Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live

Peniaga Petaling Street Tidak Akan Buka Kedai 16 September

$
0
0
[Image: 13petaling.transformed.jpg]

KUALA LUMPUR: Sebanyak 773 penjaja dan 500 pekedai di Petaling Street bersetuju untuk menghentikan perniagaan selama sehari pada 16 September ini bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berikutan Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan bakal diadakan di kawasan itu. 

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee Jp, berkata keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 September lalu. 

"Sebanyak 90 peratus peniaga di sini telah mengambil keputusan untuk menutup perniagaan pada hari berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita pada program 'walkabout' anjuran NGO bersama ketua komuniti dan peniaga di Petaling Street, hari ini. 

Beliau juga berharap pihak penganjur membatalkan perhimpunan berkenaan kerana banyak perniagaan di kawasan terlibat akan terjejas kerana terpaksa ditutup sepanjang hari. 

Beliau berkata perhimpunan yang bercorak perkauman itu tidak bersesuaian dengan Hari Malaysia yang sepatutnya disambut dengan penuh semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk. 

Lebih 50 wakil daripada 20 NGO menyertai program berkenaan untuk beramah mesra dengan peniaga serta penduduk di kawasan terbabit. 

Program tersebut turut dihadiri Presiden Pro-Rakyat Khairul Anwar Othman, anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan beberapa NGO seperti Otai Reformis, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Jingga 13, dan Pertubuhan Prihatin Selangor. 

Khairul berkata, 2,000 anggotanya bersama-sama 500 anggota Otai Reformis akan 'berkampung' di sekitar kawasan antara lain Petaling Street dan Bukit Bintang dari pagi sehingga 12 tengah malam pada hari berkenaan. 

"Kami sebagai orang Islam, juga orang Melayu dan rakyat Malaysia, ingin beri jaminan kami takkan biarkan rakyat Malaysia tidak kira bangsa diapa-apakan," katanya. 

Perhimpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai Perhimpunan Baju Merah dirancang diadakan pada 16 Sept ini di ibu negara. 

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Tan Sri Mohd Ali Rustam selaku penganjur perhimpunan, dalam sidang medianya semalam menegaskan pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok sekiranya dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan bukan di Bukit Bintang atau di Petaling Street. - BERNAMA/BHarian

Wanita Miliki Simpanan Rm1.4 Juta Dipercayai Pengedar Dadah Ditahan Di Langkawi

$
0
0
[Image: 13dadah1.transformed.jpg]
KETUA Polis Daerah Langkawi Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang (tengah) menunjukkan sebahagian kad mesin juruwang automatik, buku akaun dan dadah jenis heroin dan syabu yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, semalam. - Foto Hamzah Osman 

LANGKAWI: Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dalang utama jaringan pengedaran dadah di pulau ini serta merampas lima kilogram heroin dan 171 gram syabu di Jeti Kuah, Khamis lepas.

Hasil siasatan, polis turut mengesan simpanan berjumlah RM1.4 juta dalam akaun bank wanita berusia 28 tahun itu. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, wanita itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sini, sebaik tiba dengan menggunakan feri kira-kira jam 6.30 petang. 

"Dadah itu ditemui dalam beg galas yang dibawa wanita tersebut dan ia dianggarkan bernilai RM202,000 dan mampu dijual kepada kira-kira 50,000 penagih. 

"Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988. 

"Polis juga sedang mengesan lain-lain harta milik suspek untuk tindakan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Che Ghazali berkata, wanita berkenaan adalah antara dua pengedar yang berjaya diberkas menerusi Program Jihad Perangi Dadah yang dilancarkan baru-baru ini yang bertujuan membersihkan pulau tersebut daripada sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah. 

Kedua-duanya yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, katanya, dalam operasi di kawasan Bukit Malut di sini di antara 3 dan 10 September lalu, polis berjaya memberkas 71 penagih serta mengenal pasti 11 pengedar heroin dan syabu yang beroperasi di situ. 

"Bagi 11 pengedar yang telah dikenal pasti ini, polis akan terus memantau kegiatan mereka untuk diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 ataupun Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya. - BERNAMA/BHarian

Malaysia Pilih Chaiseri First Win Gantikan Kenderaan Berperisai Condor

$
0
0
[Image: Products%20l%20armored%20vehicle%203%20F...600400.jpg]
[Image: Chaiseri_4x4_FW_First_Win_armoured_vehic...40_001.jpg]

THAILAND - Malaysia telah memilih kenderaan berperisai First Win buatan firma pertahanan, Chaiseri Metal and Rubber Co Ltd. daripada Thailand untuk menggantikan kenderaan berperisai Condor yang digunakan Tentera Darat Malaysia ketika ini.
 
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan Chaiseri, Hiran Koolhiran di dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.
 
Buat permulaan, Malaysia telah memesan sebanyak 20 buah kenderaan berperisai First Win yang akan dibina oleh syarikat Deftech milik DRB-Hicom di bawah kontrak perlesenan.
 
Bagaimanapun enam buah kenderaan berperisai itu yang bakal dinamakan AV4 kelak akan dibina di kilang Chaiseri di Pathum Thani, sebelum selebihnya dibina di kilang Deftech di Pekan.
 
Malaysia dipercayai akan memesan 200 buah kenderaan First Win bagi menggantikan kira-kira 400 kenderaan berperisai Condor buatan firma Jerman yang kini digunakan oleh anggota tenteranya termasuk bagi misi pengaman di Lubnan.
 
Firma Chaiseri dan Deftech telah menjalin kerjasama dalam aspek pembinaan dan pemasaran kenderaan First Win. - MalaysiaGazette

Kren Tumbang: Seorang Jemaah Malaysia Disahkan Meninggal Dunia

$
0
0
alfatihah. sorang sah meninggal. Rusiah dari sungkai perak


[Image: 11219387_10153068775065965_1468751736275...e=56A664CA]

PETALING JAYA: Jemaah haji warga Malaysia, Rusiah Suar, 56, disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengesahan itu dibuat oleh Lembaga Tabung Haji yang membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar berdasarkan pengencaman diri, buku rekod kesihatan dan pas serta gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA sekiranya diperlukan.

"Hari ini (Ahad) satu jenazah jemaah haji Malaysia yang telahpun dikenal pasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak," katanya pada sidang media tergempar di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya di sini, malam Ahad. - MStar

Hari Raya Aidiladha Disambut Khamis, 24 September

$
0
0
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Khamis, 24 September, demikian diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tuan Hj Mohd Aseral bin Jusman.


Dalam pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu, beliau juga memberitahu bahawa 1 Zulhijjah jatuh pada lusa, 15 September.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 September 2015," katanya.


.

Skirt Singkat Bakal Diharamkan Di Alabama

$
0
0
[Image: hotpants.jpg?w=700]

US - Skirt pendek dan seluar pendek berkemungkinan besar akan diharamkan pemakaiannya di Alabama pada masa akan datang.

Ini kerana ahli parlimen Dadeville City, Stephanie Kelly menyatakan fesyen sebegitu adalah tidak wajar dan terlampau mencolok mata selain mahukan peraturan itu diaplikasi ke atas kedua-dua jantina, lelaki dan wanita.

Pendapat Stephanie turut disokong rakan sejawatannya, Frank Goodman yang mengatakan ia satu peraturan baharu yang diharap dapat mengubah pendapat orang ramai mengenai cara pemakaian yang terlalu provokasi dan seksi.

“Pemakaian terlalu singkat adalah satu hal yang sangat tidak bagus.

“Saya merasakan ia memberikan satu gambaran yang tidak tepat mengenai pemakaian ‘cool’ di kalangan anak muda masa kini,” katanya. - mynewshub

Tukang Jahit Hina Mendiang Margaret Dipenjara 2 Bulan, Denda Rm2000

$
0
0
[Image: margaret-600x360.jpg]
Mendiang ASP Margaret. Foto arkib

KUALA LUMPUR, 14 September: Akibat menghina seorang pegawai polis yang maut ketika bertugas, seorang tukang jahit di Batu Pahat dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh mahkamah.

Penghinaan berkenaan dilakukan terhadap seorang pegawai polis yang maut dilanggar ketika melaksanakan tugasan sekatan jalan raya di Kilometer 58, Jalan Batu Pahat Mersing, baru-baru ini.

Tertuduh, Muhammad Hanaffi Rahim, 21, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim setelah tuduhan dilakukan dan tertuduh memahaminya.

Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mustaqim Sukarno manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh pada 6 September lalu, jam 1 tengah hari bertempat di Kedai Makan D’Riau Duo, didapati mengeluarkan komen seolah-olah menghina pegawai polis trafik yang bertugas di daerah Kluang, mendiang ASP Margaret Tagum Goen, 32.

Komen berkenaan yang dianggap jelek berbunyi “Mam.pus juga kau…setelah sekian lama menyusahkan orang…hihihi.

“Banyak sebab aku benci polis dari zaman sekolah” dan “Langgar polis…Magret mati dah pon…ko kenal pegawai yang sita moto lagi seminggu nak raya tu.”

Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan pertuduhan dilakukan di Mahkamah Majistret Batu Pahat, semalam, lapor portal Sinar Harian.

Tertuduh sebelum itu ditahan di Kluang, lewat malam 7 September lalu kerana disyaki menghina mendiang ASP Margaret melalui aplikasi WeChat.

Difahamkan, dia menggunakan nama akaun H@n@FFI T@ILOR, untuk membuat kenyataan biadap yang menghina ASP Margaret beberapa jam selepas beliau meninggal disebabkan motosikalnya pernah disita sepasukan polis trafik yang diketuai Margaret, seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Julai lalu, di Kluang.

Mendiang Margaret terkorban, selepas dilanggar motosikal yang ditunggang seorang mat rempit berusia 17 tahun, dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing, di Kluang.

Kejadian itu berlaku pada jam 2.40 pagi Ahad, ketika mendiang bersama 20 anggota trafik dan sukarelawan polis sedang melakukan sekatan jalan raya dalam Ops Roda/Rempit.

Pegawai berusia 32 tahun itu yang mengalami kecederaan serius, termasuk patah tangan, kaki dan pinggul, meninggal dunia kira-kira 10 jam kemudian di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, disebabkan kecederaan abdomen dalaman.

Margaret yang berasal dari Sarawak, meninggalkan suaminya, Leon Bahak yang berkhidmat sebagai seorang askar di Kem Mahkota Kluang. - therakyatpost

[Image: tweet%2Bkpn%2Bhina%2Bpolis%2Btangkap.jpg]

Indonesia Denda Syarikat Sebabkan Jerebu Di Malaysia, Singapura Rm4525

$
0
0
[Image: 15putra.transformed.jpg]
KEADAAN berjerebu pada jam 8.30 pagi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 89 iaitu tahap sederhana di Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor 

JAKARTA: Sebuah syarikat yang melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan asap tebal ke Singapura dan Malaysia didenda Rp15 juta (RM4,525).

Syarikat itu adalah PT Adei Pelalawan & Industry. 

PT Adei memiliki ladang kelapa sawit seluas 12.856 hektar di Desa Kemang, Desa Palas, Desa Batang Nilo Kecil, Desa Telayap dan Desa Sungai Buluh di Pelalawan, Riau. 

Hakim mahkamah tempatan berkata, syarikat itu didapati melakukan kelalaian yang mengakibatkan berlaku kerosakan teruk terhadap alam sekitar. 

"Berdasarkan fakta kes, terdapat kebakaran yang berpanjangan selama dua minggu di kebun milik syarikat terbabit sehingga menyebabkan berlaku pencemaran dan gangguan asap di kawasan sekitar sehingga ke negara jiran," katanya. - Detiknews/BHarian

Malaysia, Thailand Setuju Bina Tembok Sempadan Bersama Tahun Depan

$
0
0
 

[Image: 15thai.transformed_0.jpg]
PANGLIMA Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kiri) beramah mesra dengan rakan sejawatnya Panglima Angkatan Tentera Thailand Jeneral Worapong Sanganetra (kanan) selepas selesai mempengerusikan bersama Mesyuarat Ke 32 Jawatankuasa Peringkat Tertinggi kedua negara di Wisma Perwira ATM.- Foto BERNAMA 

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand bersetuju membina tembok dan benteng sempadan bersama bagi meningkatkan pengawasan antara kedua-dua negara itu bermula tahun depan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin, berkata persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan dan akan dibawa ke peringkat Parlimen untuk peruntukan bajet. 

Beliau berkata, beberapa kawasan sepanjang sempadan sudah dikenal pasti untuk pembinaan tembok atau pagar dengan kos pembinaan dan penyelenggaraannya dibiayai kedua-dua negara. 

"Dulunya kalau kita buat tembok atau pagar kita buat sebelah Malaysia dan Thailand asing-asing... pada masa depan kita akan buat satu sahaja tembok di tengah antara kedua-dua sempadan negara. 

"Dari segi rondaan, Thailand akan lakukan di sebelah mereka dan kita di sebelah kita... itu lebih sempurna dan menjimatkan kos bagi kedua-dua negara," katanya pada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Thailand Ke-32, di sini, hari ini. 

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Worapong Sanganetra. - BERNAMA/BHarian

Pegawai Kanan Tldm Didakwa Terima Jam Tangan Bell & Ross Bernilai Rm19,000

$
0
0
[Image: khairulizwan.ashx?w=620&h=413&crop=1&]
Khairul Izwan ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh setelah membayar ikat jamin RM40,000 atas lima pertuduhan rasuah.

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima seutas jam tangan mewah bernilai RM19,000 berhubung urusan pembekalan barangan ke TLDM.

Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Khairul Izwan yang merupakan Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM di Lumut, didakwa menerima seutas jam tangan jenama Bell  and  Ross bernilai RM19,000 daripada seorang kontraktor yang mana tertuduh mengetahui syarikat kontraktor berkenaan mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang pada 24 Mei 2013 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Aida Addha Abu Bakar dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh untuk dibicarakan bersama satu kes lain yang turut dihadapi tertuduh.

Peguam Norhasham Hasan yang mewakili tertuduh memohon jaminan sebanyak RM4,000 dengan alasan anak guamnya telah memberi kerjasama sejak ditangkap dan disiasat oleh SPRM selain turut dipantau oleh TLDM bagi memastikan kehadirannya ke mahkamah.

Hakim Rosbiahanin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama iaitu 8 Okt untuk kes itu disebut bersama dengan kes yang dihadapi tertuduh di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Pada 9 September lepas, Khairul Izwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas lima pertuduhan menerima wang dan sekeping kad debit berjumlah RM1.5 juta. - Bernama/MStar


Hiasan.
[Image: woldtempus_carrousel_ceramic_black.jpg?itok=eRVbpdNm]

Kren Tumbang: Waris Terima Pampasan Takaful Rm40,000

$
0
0
[Image: 14915razis1.transformed.jpg]
ASYRAF menyampaikan sumbangan dan pampasan insuran kepada Che Wil. FOTO Muhamaad Razis Ismail

Pasir Puteh: Lima waris mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Jumaat lalu akan menerima sumbangan dan pampasan insuran takaful RM40,000 oleh Tabung Haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sumbangan RM20,000 dan insuran RM20,000 akan diberikan, hari ini.

Katanya, ia adalah sebahagian usaha Tabung Haji untuk menjaga kebajikan waris mangsa yang terkorban Jumaat lalu.

"Saya diarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom untuk menguruskan sumbangan dan insuran ini kepada waris mangsa.

"Dengan sumbangan ini kita harap ia dapat ringankan beban waris mangsa," katanya selepas menyampaikan sumbangan dan pampasan insuran kepada Che Wil Che Muda, 41, waris arwah Munoh Jusoh 73 di Kampung Bukit Kecil tadi.

Hadir sama, Pengarah Tabung Haji Kelantan Wahyudin Tamami. - Metro

Kpn Bertikam Lidah Dengan Wartawan Al Jazeera

$
0
0
[Image: mgfigpseminarantarabangsa005.jpg?itok=iXkYyMx3]
Reaksi Khalid Abu Bakar bersama wartawan Al-Jazeera, Florence Looi (kiri) bertikam lidah mengenai berita yang telah disiarkan stesen televisyen itu. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 September 2015.

KUALA LUMPUR - Sidang media Ketua Polis Negara hari ini di sini bertukar ‘sedikit tegang’ apabila Tan Sri Khalid Abu Bakar bertikam lidah dengan seorang wartawan Al-Jazeera berhubung penyiaran dokumentari eksklusif baru-baru ini mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Keadaan bermula apabila Khalid ditanya mengenai dokumentari tersebut dan tindakan yang bakal dikenakan ke atas wartawan yang menghasilkan dokumentari itu.

Khalid berkata, dokumentari itu dihasilkan bukan atas fakta sebenar dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja.

"Kami akan menyiasat wartawan Al Jazeera," katanya sebelum bertanya jika terdapat wakil wartawan dari agensi antarabangsa itu yang pada sidang media itu.

Seorang wartawan telah memperkenalkan diri dari Al Jazeera dan Khalid menegurnya bahawa dokumentari berdasarkan penilaian sendiri boleh mengelirukan orang ramai.

"Rakan anda cuba mewujudkan bukti baru dalam kes itu. Apa yang dia cuba lakukan?" katanya kepada wartawan dikenali Florence Looi itu yang cuba mempertahankan rakan sekerjanya sambil berkata mereka tidak mempunyai agenda tersembunyi dalam penghasilan dokumentari video yang disiarkan pada Rabu lalu.

"Kami tidak mempunyai apa-apa agenda tersembunyi dan video itu dihasilkan berdasar apa yang rakannya telah terbongkar melalui orang yang ditemuinya," katanya.

Khalid kemudian mengulangi kenyataan bahawa video itu berdasarkan dengar cakap namun Florence tetap mempertahankan lagi bahawa laporan yang dibuat tanpa sebarang motif tersembunyi.

"Ini bukan etika kewartawanan yang baik. Rakan anda cuba untuk mengelirukan rakyat. Polis akan siasat wartawan Al Jazeera," kata Khalid tegas.

Adegan bertikam lidah itu berlangsung selama kira-kira satu minit dan hanya berakhir selepas Khalid mengulangi bahawa Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan dalam kes Altantuya.

"Kes ini sudah selesai hingga Mahkamah Persekutuan dan kenapa video tidak dihasilkan sebelum ini. Rakan anda cuba mewujudkan bukti baru,?" katanya serius.

Khalid memberitahu, polis telah mengenal pasti beberapa individu yang didakwa memberikan maklumat kepada Jolley dan memberi amaran bahawa polis sedang memantau mereka.

"Kami tahu siapa mereka telah memberi maklumat beliau dan kami sedang memantau," katanya.

Bagaimanapun, selepas sidang media itu selesai, Khalid sempat menemui wartawan Al Jazeera itu yang masih cuba menerangkan sesuatu sebelum mereka bersalaman.

Pada Rabu lalu, dalam program berdurasi selama 25 minit, wartawan Australia, Mary Ann Jolley memaparkan kisah kontroversi Altantuya, seorang warganegara Mongolia yang telah dibunuh pada Oktober 2006 dengan badannya diletupkan dengan bahan letupan tentera, C4. - MalaysiaGazette

Rakyat Indonesia Sambut Aidiladha Pada Dua Tarikh Berbeza

$
0
0
[Image: hari-raya-indonesia-baiturrah-mosque2-600x360.jpg]
Tarikh 24 Sept bersamaan 10 Zulhijah 1436 itu ditetapkan oleh kerajaan manakala tarikh 23 Sept pula ditetapkan sebuah organisasi agama yang berpengaruh iaitu Muhamadiyah (Gambar hiasan). -Foto Asiaplacestosee.com

JAKARTA, 14 September : Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari raya Aidiladha pada dua tarikh berbeza iaitu pada 23 dan 24 Sept ini.

Tarikh 24 Sept bersamaan 10 Zulhijah 1436 itu ditetapkan oleh kerajaan manakala tarikh 23 Sept pula ditetapkan sebuah organisasi agama yang berpengaruh iaitu Muhamadiyah.

Ketua Pengarah Bina Masyarakat Islam Kementerian Agama Republik Indonesia, Machasin dalam kenyataannya menerusi siaran langsung stesen televisyen tempatan berkata, penetapan tarikh 10 Zulhijah 1436 Hijrah dibuat secara rukyah dan hisab.

“Tidak ada satupun perukyah dari Aceh hingga Papua yang melihat hilal (anak bulan). Sehingga, pemerintah memastikan 1 Zulhijah 1436 Hijrah jatuh pada Selasa 15 Sept 2015,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak dapat menghalang sesetengah umat Islam di negara ini yang menetapkan tarikh 10 Zulhijah pada 23 Sept iaitu sehari lebih awal kerana mereka berpendapat 1 Zulhijah 1436 jatuh Rabu ini.

Katanya, masyarakat perlu saling menghormati jika terdapat unsur yang berbeza pandangan dalam penetapan Aidiladha.

Machasin berkata, apa yang penting ialah tidak ada penistaan antara satu sama lain dan Kementerian Agama mempersilakan masyarakat merayakan hari Aidiladha yang berbeza dengan kerajaan.

“Kami persilakan masyarakat yang berkeyakinan 1 Zulhijah jatuh pada 14 Sept dan Aidiladha pada Rabu, 23 Sept,” katanya.

Muhammadiyah yang dipimpin golongan ulama telah mengumumkan tarikh Hari Raya Aidiladha pada 23 Sept ini sejak sebulan lepas.

Setiausaha Agung Muhammadiyah Abdul Mu’ti dipetik sebagai berkata, penetapan tarikh itu berdasarkan kepada penghitungan hisab hakiki wujudul hilal iaitu atas kiraan waktu dan darjah kedudukan anak bulan.

Indonesia adalah sebuah negara yang paling ramai umat Islam dengan lebih 80 peratus daripada 300 juta rakyatnya adalah beragama Islam. - therakyatpost

2 Wanita Bogel Naik Pentas Ganggu Persidangan Islam Di Perancis

$
0
0
[Image: 2C438B8600000578-0-image-a-45_1442146176844.jpg]

PERANCIS - Persidangan Islam yang diadakan di Pontoise, Perancis bertukar menjadi huru-hara apabila dua aktivis sosial wanita bertindak melakukan aksi tidak berbaju ketika majlis tersebut sedang rancak bersiar.

Menerusi video, mereka secara tiba-tiba melompat ke atas pentas dan memaksa dua orang lelaki dipercayai Imam untuk beredar dan melaungkan beberapa slogan sebelum pasukan keselamatan membawa mereka turun dari pentas berkenaan.

“Tiada sesiapa boleh paksa saya menyembah kepada apa-apa pun,” demikian tertulis di atas buah dada wanita yang menimbulkan kekecohan.

Tidak beberapa lama kemudian, kedua-dua wanita berkenaan diusir daripada pentas dan dapat disaksikan salah seorang daripadanya telah disepak oleh salah seorang lelaki.

Kumpulan FEMEN diasaskan di Ukraine pada tahun 2008 dan dikatakan berpangkalan di Paris.

Mereka menggambarkan idealogi mereka melalui tiga perkara, sexterisme, atheis dan feminisme.

Pertubuhan tersebut terkenal dengan aksi melampau membuka baju di khalayak ramai di mana pada tahun 2014, mereka melakukan provokasi sewaktu program persidangan Islam yang diadakan di Berlin, German.

Pada 1 Mei lepas, aktivis FEMEN juga mengganggu ucapan Marine Le Pen pada sambutan Hari Mei dalam sebuah perhimpunan oleh Parti Kebangsaan Perancis juga di Paris. - mynewshub



Kes Kevin Morais: Keluarga Tawar Ganjaran Rm100,000

$
0
0
Keluarga Kevin tawar ganjaran RM100,000


[Image: kevinm%20(1).ashx?w=620&h=413&crop=1&]

PETALING JAYA: Selepas seminggu tanpa sebarang petunjuk terbaharu, adik kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Anthony Kevin Morais yang hilang menawarkan  ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penemuannya.

Charles Morais berkata, beliau sudah hilang sabar dengan siasatan pihak polis yang didakwa perlahan dan hanya mendapat beberapa jawapan.

"Saya terkejut mengapa polis mengambil masa empat hari hanya untuk menyemak rakaman CCTV melihat bagaimana adik saya hilang.

"Mereka juga berkata  akan mengambil masa seminggu untuk menentukan jika kereta yang terbakar adalah milik Kevin tetapi masih tiada jawapan," katanya.

Charles berkata, beliau bersedia untuk menawarkan RM100,000 untuk maklumat "boleh dipercayai dan boleh disahkan"  mengenai Kevin dan beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik penyiasat persendirian yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk menjalankan siasatan kes ini.

Katanya, beliau juga bercadang untuk mengupah peguam untuk memantau siasatan polis.

"Saya tidak kisah apa yang polis fikir. Saya hendak mencari abang saya dan saya akan menggunakan segala sumber yang ada untuk mencari dia dan mengesan penculik," kata Charles, sambil menambah bahawa percubaan untuk menghubungi pihak polis dalam kes abangnya tidak berjaya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai DPP hilang boleh menghubungi Charles di cmorais@cpjfk.com.

Kevin dilaporkan hilang selepas meninggalkan kediamannya di Menara Duta, pada 4 September lalu  ketika menuju ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana bewarna kelabu plat pendaftaran WA6264Q.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya empat suspek mengikut Kevin dengan menaiki kereta berlainan melalui trafik sesak ketika dalam perjalanan untuk bekerja sebelum dicekup di Bangsar. - MStar

Bom Bangkok: Suspek Utama Larikan Diri Ke Turki

$
0
0
[Image: bom-600x360.jpg]

BANGKOK, 14 September : Pihak berkuasa polis Thailand tampil dengan maklumat yang menyatakan suspek utama dalam insiden pengeboman besar bulan lalu di sebuah kuil Hindu di tengah Bangkok telah melarikan diri ke Turki, pada Isnin.

Insiden pengeboman itu mengorbankan 20 nyawa kebanyakannya pelancong asing dan mencederakan lebih daripada 120 orang yang lain.

Jurucakap polis Thailand Prawut Thavornsiri berkata bahawa maklumat yang dikumpul oleh polis Thailand dan Bangladesh secara rasminya menunjukkan bahawa warga China berusia 27 tahun, Abudureheman Abudusataer, yang dipercayai menjadi dalang insiden pengeboman Kuil Erawan, telah meninggalkan Bangladesh pada 30 Ogos dan berpindah ke Istanbul, Turki sebagai destinasi terakhir.

Abudusataer bertolak dari Thailand menuju ke Bangladesh sehari sebelum serangan bom, dan terdapat spekulasi bahawa dia mungkin telah pergi ke China di pada hari selanjutnya, lapor portal BBC.

Sementara itu, suspek dilaporkan akhirnya mendarat di Turki, negara dengan kepadatan penduduk yang ramai melalui ibu negara India di New Delhi, dan Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu.

Pada Sabtu lalu, pihak berkuasa Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap Abudureheman, yang juga dikenali sebagai Ishan, atas tuduhan memiliki bahan-bahan membuat bom. - therakyatpost

Semua Sekolah Di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Nsembilan Dan Melaka Diarah Tutup

$
0
0
Semua sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarah tutup.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid yang dimaklumkan oleh timbalannya P Kamalanathan melalui Twitter sebentar tadi.

Arahan itu dikeluarkan ketika kualiti udara akibat jerebu bertambah buruk.

Setakat jam 11 malam ini, Indeks Pencemar Udara menunjukkan kualiti udara di Kuala Selangor mencecah paras bahawa dengan 207 mata. Manakala di tempat lain dalam lingkungan 170.


Bacaan terburuk di Negeri Sembilan mencatatkan angka 200 di Nilai; Melaka 193; Kuala Lumpur 192 dan Putrajaya 182.

[Image: jerebutututp.png]

sumber

Jurutol Nyaris Maut Lori Bergesel Pondok Tol

$
0
0
[Image: tol0223.transformed.jpg]
KEADAAN pondok tol yang rosak selepas bergesel dengan sebuah lori muatan kelapa sawit berlebihan menyebabkan seorang jurutol nyaris maut dalam kejadian kira-kira jam 8 malam di Plaza Tol Juru arah utara di Pulau Pinang. - Foto Danial Saad 

BUKIT MERTAJAM: Seorang jurutol lelaki nyaris maut selepas sebuah lori yang membawa muatan kelapa sawit bergesel dengan pondok tol tempatnya bertugas dalam kejadian dekat Plaza Tol Juru arah utara di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

Difahamkan, jurutol berusia lingkungan 20-an itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini untuk menerima rawatan apabila mengalami kecederaan kecil di bahagian kepala dan jari. 

Pondok tol itu mengalami kerosakan teruk dalam kejadian berkenaan. - BHarian

[Image: 12032234_10153544315340600_6566546831227...e=56A8FD2F]
[Image: 12003285_10153544315355600_3726557238854...e=5672E590]

Wanita Pakai Rantai, Gelang Emas Ketika Berbasikal Disamun 4 Lelaki

$
0
0
[Image: 15hmsamun.transformed.jpg]
MANGSA cedera disamun kumpulan lelaki bermotosikal.

Ampang: Seorang wanita tidak menyangka aktiviti riadah hujung minggu bersama suaminya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila disamun empat lelaki di Jalan G-2 Taman Melawati di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa berusia 50 -an berbasikal bersama suami sebelum dua motosikal ditunggangi empat lelaki menghampiri mereka.

Menurut sumber polis, dua daripada lelaki terbabit menolak mangsa sebelum mengarahkannya menyerahkan rantai dan gelang emas yang dipakai.

“Bimbang dicederakan, mangsa menyerahkan barang kemas tanpa melawan sebelum suspek melarikan diri,” kata sumber itu.

Katanya, kejadian berlaku tidak sampai 10 minit. Mangsa turut cedera akibat terjatuh.

Polis kini mengesan kumpulan suspek yang dianggarkan berusia 20-an. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. - Metro

Bertie Pecah Rekod Kura-kura Terpantas Di Dunia

$
0
0
[Image: article-2688102-1F8A07EC00000578-292_634x589.jpg]
Bertie diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kura-kura paling pantas di dunia selepas memecah rekod lama yang sudah bertahan selama 38 tahun. AGENSI

DURHAM, United Kingdom 14 Sept. - Seekor kura-kura dari negara ini, diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kura-kura paling pantas di dunia selepas memecah rekod lama yang sudah bertahan selama 38 tahun.

Laman web Guinness World Records melaporkan, kura-kura berkenaan, Bertie, diuji kepantasannya di sebuah gelanggang sepanjang 5.48 meter, baru-baru ini.

Dalam ujian tersebut, Bertie mencatatkan kepantasan ‘larian’ 0.28 meter per saat iaitu lebih pantas daripada rekod dunia yang dicatatkan pada tahun 1977 oleh seekor kura-kura dikenali sebagai Charlie iaitu 0.125 meter per saat.

Idea untuk mencabar rekod lama milik Charlie timbul selepas pemilik Bertie, Marco Calzini dan isterinya, Janine terbaca tentang kura-kura terpantas di dunia di sebuah majalah.

“Kami menguji kepantasan ‘larian’ Bertie. Setiap kali diuji haiwan itu dengan mudah akan menewaskan rekod berkenaan. Saya berfikir adalah lebih baik jika keupayaan Bertie diuji sendiri oleh pihak Guinness World Records,” kata Calzini.

Kata Calzini, dia pada mulanya agak gusar untuk mengisi borang Guinness World Records kerana bimbang Bertie tidak berupaya melakukannya, namun kura-kura tersebut mempamerkan persembahan terbaik untuk memecah rekod berkenaan.

Sejak memecah rekod dunia, Bertie dilayan seperti selebriti oleh penduduk di kawasan kediamannya di Adventure Valley, malah orang ramai datang mengunjunginya setiap hari. - Utusan

[Image: image.jpg]
Viewing all 20788 articles
Browse latest View live