Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Globalnews_harga Baru Minyak Diumum Hari Ini

$
0
0
Harga baru minyak diumum hari ini


Jakarta: Kerajaan Indonesia dijangka mengumumkan harga baru minyak bersubsidi hari ini selepas mesyuarat pleno Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

“Selepas mesyuarat esok (hari ini), kenaikan harga minyak akan diumumkan,” kata Menteri Perusahaan Negara, Dahlan Iskan semalam, seperti yang dipetik agensi berita Antara.


Dengan simpanan minyak Indonesia semakin merosot dan peningkatan import kerana penggunaan tinggi, Dahlan berkata, rancangan kerajaan menaikkan harga bahan itu tidak boleh ditangguhkan lagi.




Menurutnya, setiap tahun sejuta kereta baru dan lapan juta motosikal baru dijual menyebabkan permintaan terhadap minyak meningkat di negara itu.


“Harga minyak perlu dinaikkan. Meskipun ada pihak menolak rancangan itu, ia mesti dilakukan juga. Nilai rupiah merudum kerana jumlah import minyak yang tinggi,” katanya.


Beberapa parti, termasuk Gerakan Indonesia Raya (GERINDRA), Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) dan Parti Hati Nurani Rakyat (HANURA) menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan itu.

*****



Sementara itu, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang mulanya menentang cadangan itu mengubah pendirian mereka selepas Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengancam menyingkirkannya daripada kerajaan campuran.


Kerajaan sebelum ini mengumumkan harga baru minyak akan ditetapkan antara Rp6,000 (RM1.90) dan Rp6,500 (RM2.05) seliter. Harga subsidi bahan itu ketika ini ialah Rp4,500 (RM1.42) seliter. Pada masa lalu, setiap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak akan mencetuskan kekacauan di seluruh negara itu.- Antara



Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16








http://www.hmetro.com.my/articles/Hargab...i/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788