NTU 10 universiti terbaik di Asia
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11
http://www.hmetro.com.my/articles/NTU10u...a/Article/
Singapura: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) naik tujuh anak tangga untuk memasuki senarai 10 teratas dalam senarai terbaru dunia universiti terbaik Asia yang dikeluarkan semalam.
Dalam Senarai Universiti Quacquarelli Symonds (QS): Asia, NTU berada di tempat ke-10 bersama dengan Universiti Kyoto, Jepun. Ia adalah kedudukan tertinggi NTU sejak edisi pertama senarai tahunan itu diterbitkan pada 2009.
Universiti Nasional Singapura (NUS) mengekalkan kedudukannya sebagai universiti kedua terbaik di Asia, berkongsi kedudukan dengan Universiti Hong Kong.
Sementara itu, kedudukan teratas tiga tahun berturut-turut disandang Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong. - Straits Times
*****Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11
http://www.hmetro.com.my/articles/NTU10u...a/Article/