Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Globalnews_jiah Hamil Anak Sooraj

$
0
0
Jiah hamil anak Sooraj


Mumbai: Keluarga Jiah Khan yang membunuh diri minggu lalu, semalam berkongsi surat enam halaman didakwa ditulis untuk Sooraj Pancholi yang mempunyai hubungan bermasalah dengan aktres itu.

Ahli keluarga berkata, mereka tidak gembira dengan siasatan polis. Ibu Jiah, Rabiya menyerahkan surat itu kepada polis Sabtu lalu.


Adik bongsu Jiah, Kavita yang pulang ke Mumbai dari London turut bercakap dengan Newsline. “Surat enam halaman sudah diserahkan kepada polis. Kami mahu suara Jiah didengari dunia,” katanya.




Ahli keluarga berkata, terdapat beberapa petunjuk dalam surat Jiah mengenai hubungannya yang bermasalah dengan anak lelaki aktor Aditya Pancholi, Sooraj tetapi siasatan polis sangat lambat dan kurang cekap.


“Ibu dan kakak saya sudah merakamkan kenyataan kepada polis dan memberitahu mereka mengenai hubungan antara Jiah dan Sooraj,” katanya.


Ditanya sama ada Sooraj hadir dalam upacara pengebumian Jiah, Kavita berkata, dia tidak hadir.

*****



“Sooraj tidak diundang dan tiada sesiapa di antara kami mahu dia datang,” katanya.


“Kami kini menunggu laporan forensik bagi mengesahkan tulisan tangan Jiah untuk melihat sama ada kes ini boleh berubah daripada “kematian akibat nahas” kepada “mendorong kematian”, kata seorang pegawai polis. Surat enam halaman itu ialah luahan rasa hati Jiah terhadap hubungan cintanya bermasalah.

“Saya tidak punya alasan lagi untuk terus hidup. Apa yang saya inginkan ialah cinta. Saya lakukan apa saja untuk kamu. Saya gugurkan anak kita, ia amat menyedihkan. Kebahagiaan diragut daripada saya. Kamu tidak pernah menghargai cinta saya. Tendang saya di muka. Saya tiada keyakinan lagi. Apa juga bakat, apa juga impian, kamu ambil semuanya. Kamu musnahkan hidup saya.


“Apa yang kamu inginkan dalam hidup hanya berparti, wanita, sikap penting diri kamu. Apa yang saya mahu hanya kamu dan kebahagiaan. Kamu ambilnya daripada saya.


“Tiada apa lagi yang tinggal di dunia ini. Saya sangat berharap kamu mencintai saya seperti saya cintakan kamu. Saya tinggalkan tempat ini tanpa apa-apa kecuali impian yang musnah dan janji kosong. Apa yang saya inginkan sekarang ialah tidur dan tidak bangun lagi.” - Indian Times


Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/10








http://www.hmetro.com.my/articles/Jiahha...j/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788