Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Globalnews_paris Jackson Cuba Bunuh Diri

$
0
0
Paris Jackson cuba bunuh diri


Los Angeles: Paris Jackson, anak perempuan ikon pop, Michael Jackson dikejarkan ke sebuah hospital di California selepas cuba membunuh diri, kata sumber keluarga.

Remaja berusia 15 tahun itu cuba mengelar pergelangan tangan kanannya dengan pisau pemotong daging dan menulis nota membunuh diri, menurut laman web selebriti, TMZ.




Paris yang bapanya meninggal dunia pada 2009 diletakkan di bawah perhatian pakar sakit jiwa selama 72 jam di hospital, kata sumber itu yang turut berkata, remaja itu mengalami tekanan dan pernah dilapor menimbang untuk membunuh diri.

“Dia cuba mengelar dirinya. Dia merasakan dia perlukan bapanya. Dia pernah dirawat kerana tertekan. Ini umpama tangisan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, keadaannya baik ketika ini,” kata sumber itu yang enggan namanya disiarkan.

*****




Seorang jurucakap syerif berkata, pihaknya bergegas ke sebuah rumah di Calbasas dekat Los Angeles, tempat keluarga Jackson tinggal selepas menerima panggilan mengenai ‘keadaan kesihatan.’ Dia enggan mengesahkan identiti orang yang dibawa ke hospital.


Paris menulis dalam laman Twitternya beberapa kali Selasa lalu, termasuk; “Semalam, semua masalah saya kelihatan begitu jauh. Kini, ia seperti akan kekal’ dan ‘Saya hairan mengapa air mata berasa masin?”

Dalam satu kenyataan neneknya, Katherine berkata: “Menjadi remaja 15 tahun yang sensitif adalah sukar, tidak kira siapa anda. Ia lebih rumit lagi apabila anda kehilangan orang paling rapat dengan anda. Paris secara fizikalnya sihat dan kini mendapat rawatan perubatan yang sesuai. Harap anda dapat menghormati privasinya dan keluarga kami.”

Ibu Paris, Debbie Rowe dan bekas isteri Raja Pop itu berkata: “Kami menghargai semua tumpuan diberikan kepada Paris ketika ini dan penghormatan terhadap privasi keluarga itu,”

TMZ melaporkan, Paris menelefon talian bunuh diri dan orang yang menyambut panggilannya memaklumkan kepada perkhidmatan kecemasan.

Ia menyiarkan rakaman audio panggilan 911 itu dengan orang yang menjawab panggilan itu kedengaran berkata: “Dos berlebihan. Syerif sudah dimaklumkan.”
Paris dibawa keluar dari rumah keluarganya di Calabasas dengan pengusung.

Menurut TMZ, remaja itu mengelar lengan kanannya dan memakan pil Motrin, ubat yang digunakan untuk mengurangkan pening kepala dan sakit gigi. - AFP


Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06








http://www.hmetro.com.my/articles/ParisJ...i/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788