*****
*****
LONDON: Seorang jururawat yang membunuh diri selepas diperdaya menjawab panggilan palsu dua hos radio Australia baru-baru ini ditemui tergantung dari almari pakaian di apartmennya, kata polis semalam.
Mayat Jacintha Saldanha ditemui 7 Disember lalu, hanya beberapa hari selepas dia diperdaya dua hos radio yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles.
Hos radio itu, Mel Grieg dan Michael Christian, menyamar untuk mendapat maklumat mengenai rawatan Kate Middleton. Mereka menghubungi Hospital King Edward VII pada ham 5.50 pagi (waktu Britain).
*****
*****
Walaupun tidak meyakinkan, Jacintha menyambung panggilan itu kepada jururawat di wad Kate sebelum mereka dimaklumkan mengenai keadaan Duchess Of Cambridge itu.
Dalam keterangannya kepada koroner semalam, Cif Inspektor James Harman berkata, Jacintha menggantung dirinya menggunakan sehelai skaf. “Kecederaan turut dikesan pada pergelangan tangannya,” katanya. Menurut Harman, polis menemui tiga nota ditinggalkan Jacintha di apartmen berkenaan. - Reuters
http://www.hmetro.com.my/articles/Jacint.../artikelMA