Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Ahli Akademik As Dirogol Di Hadapan Suami

$
0
0
PORT MORESBY - Seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) diperkosa sekumpulan lelaki bersenjata di Papua New Guinea.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas seorang warga Australia dibunuh manakala rakannya dirogol sekumpulan lelaki.

Ahli akademik itu memberitahu agensi berita AFP, dia diserang pada Jumaat lalu ketika mengkaji burung dan impak perubahan iklim di sebuah hutan di Pulau Karkar, dalam wilayah Madang.

Polis di ibu kota Papua New Guinea semalam mengesahkan tentang kejadian itu.

"Kami telah mengambil keterangan mangsa tetapi belum ada tangkapan dibuat setakat ini," kata seorang jurucakap polis di sini.

"Ia merupakan satu insiden yang amat serius," tambahnya.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 32 tahun sedang berjalan di laluan belukar bersama suami dan seorang penunjuk arah apabila sembilan lelaki bersenjatakan raifal dan pisau menyerang hendap mereka.

Menurut mangsa, mereka mengikat suaminya dan penunjuk arah tersebut sebelum merogolnya selama 20 minit.

Kumpulan itu kemudian melarikan diri ke dalam hutan.

Insiden tersebut berlaku tidak sampai seminggu selepas seorang warga Australia, Robert Purdy, 62, ditembak mati di Gunung Hagen manakala teman wanitanya dirogol oleh 10 lelaki bersenjata. - AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.as...=du_09.htm

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788