Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Paul Kevin Curtis Ditangkap Cuba Meracuni Obama

$
0
0
Obama cuba diracuni
CORINTH – Seorang lelaki dari negeri Mississippi, Paul Kevin Curtis ditangkap kelmarin selepas dia didakwa cuba menghantar sepucuk surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang mengandungi bahan beracun, risin.

Lelaki itu turut didakwa menghantar surat yang mengandungi bahan tersebut kepada Senator Roger Wicker daripada parti Republikan.

Obama merupakan anggota parti Demokrat.

Curtis ditangkap di apartmennya di sini.

Surat-surat itu berjaya dipintas sebelum tiba di pejabat Obama dan bangunan Dewan Senat.

Bahan itu jika dihidu boleh membawa maut.

Menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), ujian awal menunjukkan surat-surat berkenaan mempunyai bahan beracun itu.

Beberapa anggota polis turut mengawal kawasan kediaman Curtis di sini.

Pihak berkuasa turut melakukan siasatan ke atas tiga bungkusan yang ditemui di bangunan pejabat Dewan Senat.

Penemuan bahan beracun itu berlaku selepas kejadian dua buah bom meletup di Boston Maraton di Boston yang menyebabkan tiga orang terbunuh dan 180 lagi cedera.

Bagaimanapun, FBI menyatakan, penghantaran surat beracun itu tidak mempunyai kaitan dengan letupan bom tersebut.

Pihak FBI menyatakan, surat yang dihantar kepada Obama itu diterima di sebuah kemudahan mengimbas surat dan bungkusan dekat White House.

Menurut agensi itu, surat itu kemudian dikuarantin. – Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.as...=du_07.htm

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788