![[Image: kemalangan-bas-bukit-tagar.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/-jgMvfhXLcwg/USsW2MEM9DI/AAAAAAAAgmA/PkWCto7X7i4/s400/kemalangan-bas-bukit-tagar.jpg)
Tiga penumpang maut apabila bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran Plaza Tol Bukit Tagar, Hulu Selangor, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara awal hari ini.
Mereka yang maut dalam kemalangan pada jam 3.10 pagi itu ialah Mohd Zamri Rani, 42, berasal dari Kedah, Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, dari Simpang Renggam, Johor Baharu dan seorang penumpang wanita yang belum dikenal pasti.
Ketua Polis Derah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar pembahagi jalan.
“Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju utara itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan mengakibatkan pembahagi jalan itu tertusuk ke dalam bas,” katanya.
Beliau berkata pemandu bas berkenaan cedera dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, manakala 13 penumpang lain tidak cedera.
![[Image: kemalangan-maut.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/-u-vCQ6HUppI/USsXAxCB8UI/AAAAAAAAgmo/CkblJ7_2S48/s400/kemalangan-maut.jpg)
![[Image: kemalangan-bas-bukit-tagar3.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/-dI_AEq3SVVs/USsW5USmIUI/AAAAAAAAgmQ/PRQShn3Gu1E/s400/kemalangan-bas-bukit-tagar3.jpg)
![[Image: kemalangan-bas-bukit-tagar2.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/-6cyvsK6RjDw/USsW4ULEpuI/AAAAAAAAgmY/ysmvJ5gYv8U/s400/kemalangan-bas-bukit-tagar2.jpg)
![[Image: kemalangan-bas-bukit-tagar8.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/-Pm0nraU-EHs/USsW9-bccvI/AAAAAAAAgmg/ppapJ1y3RCI/s400/kemalangan-bas-bukit-tagar8.jpg)
Sumber: http://www.informasi.my/kemalangan-bas-e...kit-tagar/