Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Kes Tembak Mati Di Ayer Keroh Dipercayai Dilakukan Pembunuh Upahan

$
0
0
Melaka, 5 Feb: Polis percaya kejadian tembak mati seorang lelaki yang baru selesai menghadiri prosiding perbicaraan di Ayer Keroh di sini semalam dilakukan pembunuh upahan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt P. R. Gunarajan berkata kejadian itu telah dirancang rapi oleh penjenayah kerana berlaku di luar pengawasan kamera litar tertutup (CCTV).

"Kita percaya penjenayah ini telah mengekori kenderaan mangsa sebaik keluar dari kawasan Mahkamah Ayer Keroh sehingga ke lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka hari ini.

Katanya, polis masih menggiatkan operasi mengesan penjenayah terbabit dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu, mangsa, S. Saravanan, 39, yang memandu kereta jenis Honda Accord bersama seorang rakan berusia 28 tahun ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Kawasan Perindustrian Ayer Keroh.

Mangsa dari Butterworth, Pulau Pinang sebelum itu hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh sebagai Orang Kena Tuduh dalam satu kes samun pada 2002.

Sementara itu, Gunarajan berkata rakan mangsa kini ditahan reman sehingga 11 Feb bagi membantu siasatan kes tersebut. - BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788