Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Menyamar Sebelum Tahan Gro

$
0
0
[Image: GRO.jpg]

JOHOR BAHRU – Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor menahan 14 GRO warga asing dalam serbuan Ops Sayang di sebuah pusat hiburan di Taman Sentosa, di sini, kelmarin.


Penolong Pengarah Imigresen Johor, Masri Adul berkata, hasil pemeriksaan ke atas 20 GRO, pihaknya menahan 10 wanita warganegara Vietnam dan empat rakyat China yang bekerja di premis itu dalam serbuan jam 11.20 malam itu.

“Sebelum pemeriksaan, jabatan menghantar anggota menyamar sebagai pelanggan. Kami menerima maklumat daripada anggota yang menyamar memaklumkan mereka tidak dapat melanggan GRO kerana sedang menerima taklimat daripada penjaga premis di salah sebuah bilik.

“Bagaimanapun, kami tetap menjalankan serbuan. Menyedari kehadiran anggota ops, suasana premis terbabit menjadi kelam kabut. GRO cuba melarikan diri keluar dari bilik taklimat, tetapi dapat ditahan seterusnya diarahkan masuk bilik berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas 20 GRO, 14 daripadanya yang berusia 20 hingga 31 tahun ditahan kerana didapati melakukan kesalahan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Masri yang bertindak selaku Ketua Ops berkata, 11 daripada 14 GRO warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas dimiliki, manakala selebihnya dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)© Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas dan permit.

Beliau berkata, semua GRO warga asing yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas di Pontian untuk siasatan dan tindakan lanjut pihaknya. - Sinar Harian Online

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788