SEORANG guru mendakwa dia tidak dibenarkan masuk ke sebuah kelab malam hanya kerana memakai kasut tapak rata.
Abby Ashcroft, yang mengandung lapan bulan menangis apabila pekerja di pintu kelab tersebut tidak membenarkannya masuk untuk menghadiri parti anjuran teman baiknya.
Dia cuba untuk masuk ke dalam Club Liv on Deansgate di Manchester, apabila seorang pengawal memberitahunya bahawa "Anda tidak boleh masuk ke dalam dengan memakai kasut tapak rata" walaupun dia di dalam senarai jemputan.
Menurut Manchester Evening News, guru berusia 28 tahun itu memperjelaskan bahawa dia tidak memakai kasut tumit tinggi kerana dia mengandung.
Abby yang mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun menyifatkan pengawal pintu itu sebagai 'angkuh' dan bertindak mendiskriminasi wanita mengandung.
Tambahnya: "Saya sakit hati untuk menyatakan saya menangis. Saya bukan seseorang yang beremosi. Saya bukan mudah untuk sedih tetapi apa yang berlaku amat mengejutkan saya." - mirror.co.uk