Refleksologi bersalut noda
Kuala Lumpur: Tindakan polis menyamar sebagai pelanggan berjaya membawa kepada penangkapan 43 wanita warga asing yang bekerja di sebuah pusat refleksologi yang beroperasi dengan kawalan ketat, di Jalan Bukit Bintang, malam kelmarin.
Serbuan dilakukan jam 10.45 malam oleh polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang diketuai Superintendan Amir Rasid Derani.
Menurutnya, serbuan dilakukan kerana premis itu dikesan menjalankan kegiatan pelacuran dengan berselindung di sebalik lesen perniagaan rumah urut selain turut menawarkan pusat karaoke tanpa lesen.
“Mereka yang ditahan berusia 18 dan 35 tahun membabitkan 22 warga Vietnam, China (12), Thailand (10), Indonesia (7) dan masing-masing seorang warga Laos serta Mongolia,” katanya kepada media selepas tamat operasi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pusat refleksologi itu dilengkapi sistem keselamatan ketat dan ada banyak laluan rahsia keluar untuk memudahkan pekerjanya meloloskan diri.
“Beberapa individu lengkap dengan alat ‘walkie-talkie’ turut dikesan berada di lobi dipercayai bertugas sebagai pengawal untuk memastikan aktiviti mereka berjalan lancar daripada gangguan,” katanya.
Menurutnya, sebahagian besar daripada wanita yang ditahan itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan mereka dipercayai dibekalkan oleh ejen sindiket pelacuran.
Amir Rasid berkata, siasatan awal mendapati pusat berkenaan mempunyai lesen kegiatan refleksologi tetapi turut menawarkan pusat karaoke di tingkat tujuh dan lapan tanpa lesen.
“Pusat itu juga menyediakan sebuah kafe kepada pelanggan untuk dijadikan tempat beristirehat selepas menjalankan aktiviti urut atau seks,” katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.
![[Image: pix_gal1?harianmetro]]()
Foto
WANITA warga asing ditahan dipercayai dibekalkan oleh ejen sindiket pelacuran.