Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Tawaf Bertingkat Di Masjidil Haram Sudah Hampir Siap

$
0
0
[Image: lu_06.1.jpg]

Projek pembesaran Masjidil Haram fasa kedua hampir selesai dan di jangka dibuka kepada jemaah umrah sepanjang bulan Ramadan ini. - AGENSI


JEDDAH 27 Jun - Projek pembesaran Masjidil Haram fasa kedua hampir selesai dengan aras pertama yang digunakan untuk tawaf dan dikenali 'mataf' dijangka dibuka kepada jemaah umrah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut laman web, arabnews.com, Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais mengumumkan perkara itu selepas membuat tinjauan di sana, semalam.

"Aras pertama dan tingkat bawah telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan untuk solat selain dilengkapi dengan lif dan eskalator, manakala kerja-kerja pembesaran di tingkat kedua pula sudah siap hampir 80 peratus," katanya.

Fasa kedua melibatkan peluasan di bahagian timur mataf, di mana kerja-kerja pembesaran dijalankan di bawah pengawasan pegawai-pegawai kanan kontraktor projek, Kumpulan Saudi Binladin.

Kerja-kerja pembesaran fasa kedua itu melibatkan kawasan seluas 25,000 meter persegi, hampir dua kali ganda daripada kawasan fasa pertama.

Seorang pegawai kanan berkata, kawasan itu dijangka boleh menampung sehingga 75,000 jemaah setiap jam.

"Laluan lama telah dirobohkan dan dibina semula untuk memudahkan pergerakan jemaah di dalam mataf itu," katanya.

Kapasiti kawasan mataf dijangka bertambah daripada 50,000 jemaah setiap jam kepada 130,000 jemaah apabila kerja-kerja pembesaran siap sepenuhnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788