Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Naqsyabandiah Puasa Hari Ini, Muhammadiah Esok, Nahdlatul Ulama Ahad

$
0
0
KUALA LUMPUR: Penganut tarekat Naqsyabandiah di Sumatera Barat mula berpuasa hari ini selepas jemaah itu menetapkan permulaan Ramadan melalui perkiraan hisab mengikut kalendar tarekat itu, lapor agensi berita Antara.

Perkiraan hisab itu menetapkan permulaan hari pertama puasa adalah 360 hari selepas 1 Ramadan pada tahun sebelumnya.

Lebih 5,000 pengikut tarekat itu di sekitar Padang malam tadi menunaikan solat sunat tarawih sebagai memulakan ibadah khusus bulan yang mulia itu.

Kementerian Agama Indonesia menetapkan pengesahan tarikh permulaan puasa dengan melihat anak bulan akan dibuat pada petang ini dalam satu sidang yang dijadual disertai oleh badan-badan agama serta wakil Lembaga Aeronautik dan Angkasa Nasional.

Muhammadiyah, pertubuhan umat Islam kedua terbesar di republik itu, minggu lalu mengumumkan akan mula berpuasa pada Sabtu.

Kumpulan umat Islam yang terbesar, Nahdlatul Ulama (NU) pula akan berpuasa pada Ahad selepas menetapkan hari terakhir Syaaban jatuh pada Sabtu. -- Agensi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788