![[Image: china.png]](http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2014/06/china.png)
JIANGXI – Seorang pegawai kanan kerajaan dibuang kerja selepas dia mengarahkan salah seorang kakitangannya mengendongnya ketika dia mengadakan lawatan ke satu kawasan banjir, kerana tidak mahu kasut kulit yang dipakainya rosak dan basah.
Tindakan Wang Junhua, yang juga timbalan pengarah di sebuah agensi kerajaan, telah dirakamkan dan kemudiannya disebarkan ke internet.
Junhua cuba membuat rayuan namun ia ditolak.
Mengikut laporan media tempatan, ketika kejadian Junhua melawat kawasan banjir yang meragut nyawa dua pelajar. Namun dia turun ke situ tanpa persediaan fizikal.
Sebaliknya, Junhua memakai kasut kulit berwarna krim dan kerana tidak mahu kasut itu basah, dia telah mengarahkan kakitangannya, Ding Xianbao mengendongnya di belakang.
Dalam pada itu, salah seorang penduduk yang juga saksi, Hu Peng berkata, Junhua kelihatan angkuh dan menunjukkan muka kebosanan ketika mengadakan lawatan ke kawasan itu.
“Adalah jelas dia sengaja datang ke situ untuk mendapatkan publisiti. Dia telah mengarahkan kakitangannya mengendongnya di belakangnya seperti keldai.
“Saya sangat simpati dengan kakitangannya itu dan dia juga sangat malu kerana disuruh mendukung bosnya,” katanya.