Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Agong Berkenan Berangkat Menyaksikan Perlawanan Akhir Bola Sepak

$
0
0
BANGI: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah 2014 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Perlawanan akhir itu menyaksikan pertemuan antara pasukan 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan dengan pasukan 19 RAMD Mekanis yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah yang juga merupakan naib juara pada tahun lepas.

Turut hadir menyaksikan itu, Pengerusi RAMD, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Perlawanan akhir itu dimenangi 19 RAMD Mekanis dengan jaringan 2-1.

Tuanku Abdul Halim kemudian berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang. - BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788