Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Tauke Pub Nak Makan Steambot Mati Ditembak

$
0
0
Johor Bahru: Seorang pengusaha pusat hiburan yang mahu memesan makanan ditembak mati oleh seorang pembonceng motosikal di Jalan Permas 10, Permas Jaya di sini, jam 2.15 pagi semalam.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Kessu, 40-an, memiliki dua pusat hiburan masing-masing di Stulang dan di Permas Jaya, baru keluar dari daripada premis perniagaannya sebelum memandu Toyota Harrier ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa memandu berseorangan ke situ. “Tiba di lokasi kejadian, mangsa meletakkan Toyota Harrier berkenaan di depan lori kecil penjaja yang menjual ‘steamboat’.

“Tidak lama kemudian, dua lelaki menaiki motosikal berhenti di belakang Toyota Harrier berkenaan. Pemboncengnya meluru ke arah mangsa yang masih di dalam kenderaannya sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke kepalanya dari jarak dekat.


“Mangsa mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat,” katanya.

Sulaiman berkata, pihaknya masih memburu kedua-dua suspek dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

“Kami akan menyiasat latar belakang mangsa, pembabitannya dalam perniagaan selain menentukan sama ada dia berdepan masalah kewangan, peribadi atau kemungkinan lain,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788