Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Adik Minta Maaf Terpaksa Hantar Bekas Jaguh Tinju Ke Pusat Orang Tua

$
0
0
[Image: aberahim.jpg]



Shah Alam: “Maafkan saya abang kerana berbuat demikian dan ia bukannya sengaja dilakukan. Saya terpaksa kerana tidak mampu dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai terutama cucu berusia semuda empat tahun.

“Bagaimanapun, hubungan kekeluargaan antara kami berdua tidak akan sesekali putus dan saya sekeluarga akan sentiasa datang menziarah, termasuk membawanya menjalani rawatan perubatan di hospital,” kata Abdul Rahman Salim, 60, adik kepada bekas jaguh tinju negara, Abe Rahim Salim, 62, yang terpaksa menghantar lelaki warga emas itu ke Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang, kerana keadaan keluarga dan kewangannya terhad.


Menurut Abdul Rahman, kehidupan abangnya mula terumbang-ambing selepas pemergian isteri yang meninggal dunia akibat penyakit barah hati ketika mereka menetap di Sitiawan, Perak.

“Melihat keadaannya dibelenggu kesedihan kira-kira 10 tahun lalu, saya menasihatkannya supaya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.

“Walaupun memperoleh pendapatan kecil, dia tabahkan diri melakukan pelbagai kerja, termasuk menjadi kedi di sebuah kelab golf di sekitar ibu negara. “Namun, malang menimpa dirinya apabila jatuh tergelincir beberapa hari sebelum puasa tahun lalu dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

“Dia kemudian disahkan doktor lumpuh separuh badan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Seksyen 16, di sini.

Muka depan akhbar ini minggu lalu melaporkan, Abe Rahim yang memenangi pingat gangsa dalam kategori ‘light flyweight’ temasya Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) di Bangkok, Thailand pada 1975, kini terlantar di pusat itu dalam keadaan lumpuh separuh badan bahagian kanan sejak tahun lalu.


Jasa Abe Rahim yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 1977. Abdul Rahman yang juga bapa kepada tiga anak dan sembilan cucu berkata, dia sekeluarga sememangnya tidak mengetahui perkara berkenaan sebelum dimaklumkan adik kandungnya Shida, 50-an.

“Februari lalu, kami sekeluarga yang bersimpati dengannya membawa pulang abang saya untuk dijaga. Namun, ia tidak mampu kekal lama kerana faktor kewangan dan keadaan rumah yang sempit dipenuhi dengan anak serta semua cucu saya.

“Tidak dinafikan, kos penjagaan ditanggung adalah tinggi, termasuk membeli lampin pakai buang beliau, selain suasana di rumah kami kurang sesuai untuknya kerana terlalu bising,” katanya yang tinggal di tingkat 14 kuarters itu.

Abdul Rahman berkata, dia sekeluarga bersama adik beradik lain berbincang dan bersetuju menghantar Abe Rahim ke pusat jagaan itu beberapa bulan lalu. “Kami sekeluarga berjanji tidak akan sesekali melupakan abang dan sentiasa menziarahinya pada setiap bulan, termasuk menghantarnya ke hospital,” katanya sebak.

Menurutnya, selain akhbar ini, mereka sekeluarga menghargai keprihatinan beberapa pihak seperti Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang tampil menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada abangnya.


“Saya tidak menyangka masih ada pihak bersimpati dengan nasib Abe Rahim yang sememangnya banyak berjasa kepada negara sama ada di bidang sukan mahupun ATM,” kata pesara kerajaan itu.


Ketika ditanya mengenai tiga anak Abe Rahim, Abdul Rahman berkata, dia tidak mengetahui apa-apa dan lebih mengutamakan abangnya. Bagi isterinya Ummi Abdullah, 60, dia tidak pernah menyisihkan abang ipar iparnya walaupun mereka sekeluarga hidup susah.

“Walaupun hanya dalam tempoh singkat, saya menjaganya dengan sepenuh hati dan bersimpati dengan nasibnya yang lumpuh separuh badan hingga menyukarkannya untuk bergerak,” katanya.

Sementara itu, Abe Rahim ketika ditemui sebelum ini berkata, dia gembira dan bersyukur ditempatkan di Pusat Jagaan Al-Fikrah kerana diberi layanan mesra selain mempunyai ramai rakan untuk bersembang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788